10,000 kerusi roda untuk Gaza

truk-ubat-ubatan-gpm-masuk-ke-gaza-pada-23-jan-09
RAFAH 8 Feb. – Walaupun Israel telah menghentikan serangan terhadap Gaza, tetapi penderitaan rakyat Palestin di wilayah itu masih berterusan ekoran kecederaan dan kemusnahan yang dihadapi.
Mangsa yang cedera pula tidak mendapat rawatan sempurna ekoran kemudahan di hospital yang amat kekurangan terutama ubat dan peralatan perubatan.
Keadaan itu bertambah buruk apabila kerajaan Mesir menutup pintu sempadan di sini mulai 5 Februari lalu.
Ekoran penutupan itu, tidak ada sebarang pergerakan melintasi sempadan ke Gaza dibenarkan. Sama ada ia berupa bantuan perubatan, peralatan, doktor dan media, semua tidak dibenarkan.
Tindakan kerajaan Mesir itu menyebabkan penduduk Gaza kini terputus hubungan dengan dunia luar. Keadaan ini menambahkan lagi penderitaan dan kesengsaraan mangsa kekejaman Israel itu.
Menurut Pengarah Bantuan dan Kemanusiaan Global Peace Malaysia, Khairil Annuar Khalid, antara keperluan yang paling mendesak sekarang di Gaza ialah kerusi roda.
Katanya, hospital di Gaza tidak mempunyai kerusi roda yang mencukupi untuk kegunaan pesakit terutama ketika kecemasan.
Yang paling penting, katanya, kebanyakan kecederaan yang dialami oleh penduduk di sini akibat serangan Israel ialah di kaki dan tangan yang memerlukan penggunaan kerusi roda sepanjang hayat.
“Ramai yang kudung kaki dan tangan. Hospital pula tidak cukup kerusi roda. Kalau ada pun keadaannya banyak yang menyedihkan.
“Jadi Global Peace Malaysia akan menggerakkan kempen untuk mengumpul 10,000 kerusi roda di Malaysia untuk dihantar ke Gaza,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, tinjauan Global Peace Malaysia di Gaza juga mendapati kerusi roda sukar diperoleh di wilayah itu.
Jika ada sekalipun, kata Khairil Annuar, jumlahnya sikit dan tidak mampu menampung keperluan penduduk Gaza yang cedera selain harganya terlalu mahal.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama daripada rakyat Malaysia dan sektor korporat yang prihatin untuk menyumbang kerusi roda untuk Gaza.
Katanya, mereka juga sedia menerima kerusi roda terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk dihantar kepada rakyat Palestin.
Kata Khairil Annuar, walaupun sempadan Rafah ditutup, pihaknya mempunyai cara untuk menghantar peralatan tersebut termasuk bekerjasama dengan agensi bantuan di Palestin.
Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kerusi roda ini boleh menghantar ke pejabat Global Peace Malaysia di 2-2A, Jalan GJ 2, Batu 5 1/2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Atau telefon 03-61883230 dan faks 03-61883233.
sedutan dari:-Utusan Online

Leave a comment

Filed under Gaza, Humanitarian, Palestine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s