Ada sikit maruah pun kira okay lah…

Patik malas nak ulas pasal politik di Malaysia nie, kita ada ramai tokoh yang menulis dan berkomentar, belum lagi mereka yang saban hari memberikan ceramah dan tazkirah mengikut kapasiti masing-masing.  Belum juga masuk para penulis blog dan penyebaran emel berserta SMS.  Bila cakap pasal penulis blog nie termasuklah dua orang kakitangan pencen yang kerajaan pahang lantik untuk lawan blog menentang kerajaan.

Kenapa-lah agensi-agensi kerajaan pusat bekerja seperti zombie?  Ikut je arahan yang dikeluarkan tanpa usul periksa, tanpa imbangan halal haram, tanpa ada ingatan tentang dosa pahala – syurga neraka.

Yang membaca berita – tak de ke langsung dalam hati terdetik “apa yang aku sampaikan tadi semuanya fitnah, semuanya penipuan – rezeki yang aku dapat nie tak halal, syubahat dan tak berkat”.  Yang POLIS pulak, tak ke ada dalam hati korang rasa sikit pun bahawa korang nie jadi alat – jadi terompah aje pada pemimpin-pemimpin atasan?  Korang sendiri tahu cerita sebenar Altantuya… korang sendiri tahu pasal tembelang pemimpin nie semua – korang kan yang simpan segala maklumat – tak kanlah korang tak bincang sesama korang tentang nie semua?   Aku tak paham kemana hilangnya nilai kemanusiaan dan pertimbangan wajar yang patut ada dalam diri korang.  Hati nurani korang nie semacam tak berfungsi.  Korang nie percaya ke tak percaya satu hari nanti kita akan mati dan disoal semua benda yang kita buat?

Sekarang dah nak main rampas-rampas akhbar pakatan, lepas nie mesti nak haramkan pulak, lepas tu ISAkan pemimpin pakatan, lepas tu berderet-deretlah pemimpin, yang entah dari ceruk mana pun dia datang aku tak tahu, memuji tindakan tak bertamadun nie, dan korang pun angguk ajelah.  Cam dalam kes derhaka pada raja, entah mana punya NGO pun ada – NGO yang sokong kerajaan nie aku kategorikan sebagai NGO-K atau singkatannya korang sendiri paham-pahamlah… NGOK nie bukan susah nak dikenal pasti – caranya senang je – diaorang akan ada dalam demonstrasi yang dah di kow-tim dengan FRU.  Demolah lama mana pun, Cakaplah pasal apa pun, satu orang pakai t-shirt FRU pun tak kan datang.  Aku nak cadang, geng pakatan rakyat patut join demo diaorang nie, ajar sikit cara demo yang betul, lagipun tak lama lagi diaorang yang kena takeover kerja-kerja men”demo” nie.

Oklah, aku pun penat nak fikirkan pasal kakitangan kerajaan yang tak reti-reti bahasa nie, korang ingat kalau pakatan memerintah – yang jadi kastam tu kena jadi posmen ke?  yang jadi cikgu tu kena tukar jadi askar ke?  yang jadi jururawat tu kena jadi bomba ke?  Entahlah labu, jangan sebab pencen korang hilang akal dibuatnya… 

Kalau tak ada banya, ada sikit maruah pun kira okay lah…  SHAHRUL PESHAWAR

PAS dan PKR kecam tindakan rampas Harakah dan Suara Keadilan

Wed Feb 11, 09 12:23:55
KUALA LUMPUR, 11 Feb – PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

“Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.
“Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan,” tegas beliau.
Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.
Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis pelantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.
“Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu,” jelas Mahfuz.
Beliau merujuk tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan Sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan.
“Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar,” tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar arahan segera dikeluarkan agar perbuatan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta akhbar yang lain dihentikan.
Sementara itu , Tian Chua menjelaskan bahawa rampasan itu setelah berlakunya kekalahan Bn dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu dan sejak itu akhbar Suara keadilan di rampas, termasuk edisi kekecohan kerajaan Perak.Sehingga kini hampir 20,000 naskah dirampas di seluruh negara.
“Ianya seolah-olah kembali di zaman Mahathir” demikian jelas Tian Chua di Kuala Lumpur jam 11 pagi tadi.
Edaran Suara Keadilan menurut Tian Chua, semenjak pilihanraya ke 12, Mac lepas, telah mencecah 150,000 naskah seminggu dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini.
Walaubagaimanpun pada keluaran minggu ini, Suara Keadilan telah dirampas kira-kira 20,000 naskah. Menurut Penolong Pengurus Bahagian Pengedaran Akhbar Suara Keadilan, Marina Awanti Nordin, rampasan terbesar telah dilakukan di Seberang Perai dan Melaka.
Selain itu beberapa pengedar Suara Keadilan di sembilan lokasi telah menerima surat amaran daripada daripada Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-quran Kementerian Dalam Negeri.
Surat berkenaan tertulis bahawa akhbar ini telah melanggar syarat-syarat permit penerbitan yang dikehendaki mengikut Kaedah-Kaedah mesin citak dan penerbitan (lesen dan permit) 1984.
Kandungan surat berkenaan juga mengingatkan para penjual tidak menjual akhbar berkenaan ataupun diambil tindakan.
Tian Chua menambah, dalam awal bulan ini, rampasan Suara Keadilan diibaratkan sebagai satu tindakan yang diambil dalan satu operasi yang tersusun.
“Selepas pilihanraya, kami tidak pernah menghadapi satu operasi yang besar, namun pada bulan lepas, kita telah menghadapi satu tindakan yang begitu sistematik yang berlaku di semua peringkat,” katanya kepada wartawan.
Katanya lagi, KeADILan mengutuk sekeras-kerasnya rampasan Suara Keadilan, dan menurut Tian, tindakan ini adalah menyekat edaran maklumat bebas di pasaran.
“Bagi pihak parti, saya mengutuk sekeras-keranya tindakan yang diambil dalam edaran maklumat bebas di pasaran,” kata Tian pagi ini.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s