Bantuan kemanusiaan dapat disalurkan?

khairil

RAFAH 13 Feb. – Kemungkinan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan ke Gaza hanya akan diketahui minggu depan apabila pelbagai pihak kembali ke meja rundingan bagi membincangkan proses damai pembukaan semula sempadan Rafah oleh Mesir.

Sehingga persetujuan itu dicapai, tiada sebarang pergerakan bantuan dibenarkan ke wilayah itu sama ada makanan, perubatan, doktor atau pihak media sejak penutupannya pada 5 Februari lalu.

Namun kini terdapat tanda-tanda positif yang bakal membawa kepada pembukaan sempadan tersebut apabila semua pihak terutama Hamas, Israel dan Mesir sedia berunding bagi mencari kata putus untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan secara berterusan ke Gaza.

Malah Israel dan Hamas dijangka mengumumkan gencatan masa untuk tempoh yang panjang pada 15 Februari ini yang pasti akan memberi laluan kepada pergerakan bantuan.

Pada masa ini, walaupun Israel bersetuju dengan gencatan senjata unilateralnya pada 18 Januari lalu namun masih terdapat serangan-serangan roket antara kedua-dua belah pihak.

Mesir yang menjadi orang tengah kepada rundingan Hamas-Israel hanya akan membuka sempadannya di Rafah apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan gencatan senjata.

Menurut Mesir, hanya dengan gencatan itu akan menghentikan serangan melintasi sempadan antara pihak yang bertelagah membolehkan sempadan dibuka dan penduduk di wilayah itu dibantu.

Malah pemimpin kedua-dua kumpulan Palestin iaitu Hamas dan Fatah juga diundang ke Kaherah untuk rundingan damai tersebut.

Setakat ini, kawasan sempadan Rafah dikawal rapi oleh pasukan keselamatan Mesir dan hanya rakyat Palestin yang ingin pulang dan yang perlu mendapatkan rawatan di negara ini sahaja dibenarkan melepasinya.

Sesiapa sahaja yang menghampiri kawasan pintu sempadan itu akan diperiksa rapi dan diarah meninggalkan kawasan tersebut serta merta.

Ekoran penutupan pintu sempadan itu, beribu-ribu tan bekalan makanan yang dihantar oleh pelbagai agensi bantuan dari seluruh dunia untuk penduduk Gaza kini tersadai di Al-Arish dekat ini.

sumber:  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0214&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_32.htm&arc=hive

Leave a comment

Filed under Gaza, Humanitarian, Palestine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s