Kenaikan TOL ditangguh

Aku tak tahulah apa nak cakap. 

Dalam keadaan ekonomi gawat nie, masih ada lagi pihak yang nak bersandiwara.  Sandiwara pulak jenis yang membodoh-bodohkan orang.  Sekejap kata nak buat, lepas tu kata tak jadi.  Cuba korang fikir:-

1.  Umum tahu, dunia sedang dilanda kemelesetan, Malaysia pun kena tempias – tak boleh ke keuntungan yang sebelum ni dah berbillion korang buat digunakan untuk menampung perbelanjaan bagi tahun-tahun yang tak berapa nak bagus ni… (bisnes tol mana boleh rugi)

2.  Dalam kerajaan bn –  kerajaan yang buat ppsmi, yang buat kajian bermacam-macam jenis, tak kan tak tahu rakyat tak setuju kenaikan tol yang melampau nie.  Tak kanlah, dalam era hantar orang ke bulan nie, kita masih nak tunggu NGO bantah baru nak timbang?  Korang yang makan gaji  “through taxpayer money” tu buat apa duduk situ?

3.  Politik campurtangan PM last minute nie agak lapuk gak, nak tunjuk yang PM ada sumbu (taring?)  Nampak sangat yang PM sekarang nie cuma sibuk nak terbang sana nak terbang sini, menghabiskan duit rakyat.  Takkanlah Menteri Kerjaraya tak maklumkan dia langsung?

4.  Tak perlulah nak tipu rakyat dengan kata-kata dan muka sedih – “kita terpaksa bayar gantirugi pada syarikat konsesi…” apa punya bodoh agreement – coverlah interest government dan rakyat dulu.

5.  Kalau tol nie asyik merugikan negara (agreement yang tak masuk akal), jadikanlah tol nie sebagai hak milik negara, kutiplah sendiri dan selenggara sendiri – JKR kan ada.

malaslah aku dengan pemimpin yang tak ada langsung dalam hati dia sayang dan kasih pada rakyatnya..

Ada otak pikirlah sendiri.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s