Kugan Mati Akibat Hentakan Benda Tumpul

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Keputusan bedah siasat kedua kematian A. Kugan, semasa dalam tahanan polis, menunjukkan suspek kes curi kenderaan mewah itu mengalami 45 kesan kecederaan akibat hentakan benda tumpul secara berterusan pada beberapa bahagian badan, menurut peguam keluarga mendiang, N. Surendran.

Katanya kematian Kugan adalah berpunca daripada kecederaan pada tisu otot di samping kecederaan lain termasuk di bahagian hati, buah pinggang, perut, leher, tulang belakang dan bahagian kaki.

Laporan bedah siasat kedua itu, yang dijalankan oleh pakar patologi Dr Prashant N. Samberkar, dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), diterima peguam keluarga Kugan pada pukul 5 petang semalam.

“Pendarahan teruk dikesan dalam tisu lemak dan otot di bahagian atas dan bawah badan, kedua-kedua bahagian kaki dan tangan dan hasil bedah siasat adalah konsisten dengan kecederaan di permukaan luaran,” kata Surendran pada sidang media di sini, Selasa.

Keluarga mendiang turut menghadiri sidang media itu.

“Rhabdomyolysis merupakan penguraian otot rangka badan akibat kerosakan otot. Kerosakan itu mungkin disebabkan secara fizikal iaitu kecederaan akibat ditekan dengan kuat, kimia atau faktor biologi,” katanya.

Surendran berkata beliau akan menyerahkan laporan bedah siasat itu kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di pejabatnya esok.

Kugan, 23, meninggal dunia semasa dalam tahanan polis, di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 20 Jan lepas. Beliau ditahan reman sejak 15 Jan bagi membantu siasatan kes samun dan curi kereta mewah.

Bedah siasat kedua itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati keluarga Kugan terhadap hasil bedah siasat pertama di Hospital Serdang pada 21 Jan lalu yang mendapati punca kematiannya akibat paru-paru berair.

Sementara itu, bapa mendiang, G. Ananthan, 46, berasa lega setelah dengan keputusan bedah siasat kedua anak lelakinya itu dan berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematiannya.

— BERNAMA

Soalan yang berputar didalam kepala otak saya… siapa lagi selepas ini?

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Human Rights

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s