7hb Mac 2009 – Perjuangan Mengegakkan Bahasa Melayu

ppsmi-dunia-kemanusiaan10

ppsmi-dunia-kemanusiaan2

ppsmi-dunia-kemanusiaan3

ppsmi-dunia-kemanusiaan4

ppsmi-dunia-kemanusiaan5

ppsmi-dunia-kemanusiaan6

ppsmi-dunia-kemanusiaan7

ppsmi-dunia-kemanusiaan8

ppsmi-dunia-kemanusiaan91

ppsmi-dunia-kemanusiaan11

ppsmi-dunia-kemanusiaan30

ppsmi-dunia-kemanusiaan12

ppsmi-dunia-kemanusiaan13

ppsmi-dunia-kemanusiaan14

ppsmi-dunia-kemanusiaan311

ppsmi-dunia-kemanusiaan32

ppsmi-dunia-kemanusiaan33

ppsmi-dunia-kemanusiaan16

ppsmi-dunia-kemanusiaan17

ppsmi-dunia-kemanusiaan18

ppsmi-dunia-kemanusiaan19

ppsmi-dunia-kemanusiaan20

ppsmi-dunia-kemanusiaan21

ppsmi-dunia-kemanusiaan22

ppsmi-dunia-kemanusiaan23

ppsmi-dunia-kemanusiaan

Aku tak suka cakap banyak.  Tengok je gambar nie dan buat keputusan sekarang.  Bersama menentang PPSMI atau ikut sama menjilat (kasar sangat ke?)….

12 Comments

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia

12 responses to “7hb Mac 2009 – Perjuangan Mengegakkan Bahasa Melayu

  1. Bossanova

    Mengapa selepas enam tahun. Mengapa hanya setelah anak-anak kami selesa dengan bahasa Inggeris. Mengapa selepas anak-anak Melayu boleh berdiri sama tinggi dengan anak-anak bukan melayu dalam penguasaah bahasa Inggeris. Ini semua politik bodoh. Orang yang kemaruk kuasa akan menggunakan semua peluang untuk menjadi jagoan. Aku bukan orang politik, Pergi mampos lah semua hipokrit2!

    • shahrulpeshawar

      Terima kasih kerana mengunjungi blog ini, baguslah kalau anak saudara Bossanova boleh berbahasa Inggeris. Perjuangan PPSMI bukan baru hari ini bermula. Ianya telah bermula pada hari ianya diistiharkan. Perjuangan Bahasa bukan perjuangan politik – tetapi masa depan bangsa dan pengukur kepada jatidiri bangsa. Saya setuju orang yang kemaruk “kehilangan” kuasa akan menggunakan semua peluang untuk menjadi jaguh. Saudara menggunakan pembaris mana sebagai kayu ukur mengatakan anak-anak Melayu boleh berdiri sama tinggi dengan anak-anak bukan Melayu? Saya merasakan kayu pembaris yang saudara gunakan adalah kayu pembaris menteri pendidikan… malang sekali… Orang yang tidak bertutur dan berfikir dalam bahasa Melayu tidak layak mengaku sebagai Melayu, memalukan – cubalah semak tafsiran siapakah orang Melayu itu.

  2. Nampaknya Bossanova sudah terputus akarnya daripada perkembangan realiti isu Melayu- Islam. Itulah, akibat banyak sangat terpengaruh dengan kebudayaan Barat.

    Sejak 2002 lagi bantahan telah dibuat. Mereka memekakkan telinga. Cara diplomasi, diskusi, wacana semua habis keringat. Mereka ni tidak faham bahasa lembut.

    Hidup Biar Berjasa!

  3. Intan

    Saya sangat terharu dengan perjuangan kalian. Saya berpendidikan dari tahun 1970an (lahir 60an) dan mengunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar semasa disekolah rendah & menengah. Begitu juga adik-adik saya, kami semua ‘berjawatan’ di sektor swasta yang rata-rata diterajui orang bukan melayu. Walau kami tidak mengunakan bahasa inggeris dalam matematik & science sewaktu disekolah dulu, tapi kami masih boleh faham tentang apa yang dibincangkan oleh orang lain dalam apa saja subjek dalam bahasa inggeris. Saya tidak pernah mengambil tuisyen sewaktu disekolah dulu. Kementerian pendidikan perlu melihat reality apa yang terjadi di luarbandar, amat memalukan di KL pun banyak anak-anak kita yang tercicir dalam subjek tersebut. Saya amat bersimpati dengan anak-anak ini, dan agak amat sedih anak saya sendiri masih terkial-kial untuk memahami subjek sains & matematik dalam bahasa inggeris, walau dia bersekolah di tengah bandar KL. Tak tau mana silapnya. Memang benar sebagaimana Prof. Ungku Aziz mengatakan, adalah penting untuk seseorang menguasai bahasa (dalam konteks ini bahasa inggeris), dengan secara langsung subjek atau apa saja bidang akan mudah difahami. Contoh hampir adalah saya dan adik saya. TQ

  4. huh! terbakar rasa hati rakyat!
    jelas sudah penderhaka Malaysia!

  5. shahrulpeshawar

    Bahasa Melayu adalah bahasa yang dituturkan oleh lebih dari 200 juta penduduk dunia – dengan mengambil kira sedikit sebanyak perbezaan dari segi sebutan dan ejaan… namun ianya terus kekal menjadi “lingua franca” di Nusantara.

    Ketika Sepanyol berjaya menewaskan pejuang sulu di Mindanao dan sekitarnya di musnahkan segala kesan & peninggalan ilmu orang Melayu.

    Ketika Siam menewaskan Raja Pattani yang terakhir dipaksa orang Melayu bertutur dalam bahasa Siam dan menghalang pengajaran bahasa Melayu – dan sehingga kini ianya menjadi perbalahan dan polemik berterusan di daerah Selatan Thai.

    Bahasa Melayu adalah Bahasa Dunia Islam yang perlu dipertahankan dan ditegakkan.

  6. shahrulpeshawar

    Meraikan nukilan puan Intan.

    Kita bukannya menentang pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Ajarlah Bahasa Inggeris tu, tak salah, dan tidak jadi kafir hanya kerana belajar bahasa Inggeris – malah berjuta orang bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi kukuh dan utuh imannya kepada Rabbul Jalil.

    Yang kita tentang ialah pengajaran Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris di SAAT PENGAJARAN MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS SENDIRI BERADA DIDALAM KEADAAN YANG SANGAT TERUK.

    Kadar lulus dalam matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tempohari adalah wayang semata-mata – dengan menurunkan peratus kelulusan, saya kira ianya adalah pengkhianatan kepada anak bangsa dan amanah pendidikan bangsa.

    Saya sendiri mengajar anak-anak saya tidak setakat Bahasa Inggeris tetapi dua dan tiga bahasa lain agar mereka dapat menguasai pelbagai cabang ilmu dan kemahiran, Insya ALlah.

  7. shahrulpeshawar

    Untuk Sdr. Hilmi

    Gerakan mempertahan isu bahasa sebegini sememangnya perlu disertai oleh orang muda, terutamanya golongan pelajar universiti dan kolej.

    Sdr. kena pantas memikirkan bagaimana gerakan ini boleh diserapkan dengan segera kepada adik-adik diperingkat sekolah menengah dan rendah.

    Bahasa Jiwa Bangsa & Hidup Biar Berjasa

  8. memeen

    Ya..kita tidak pernah menentang soal Bahasa Inggeris diajar di sekolah..soalnya bahasa pengantar untuk subjek Matematik & Sains..bukan pelajar sahaja yang tidak mahir, guru-guru yang mengajar itu pun belum tentu fasih berbahasa inggeris. Alangkan bapak-bapak mentri yang bersidang itupun tunggang terbalik ‘grammar’nya.Bila yang mengajar itu tidak betul-betul faham untuk mengajar..bagaimana pula para pelajarnya?? Kejumudan dasar ini bukan sahaja mengganggu jiwa pelajar yang tidak mahir berbahasa inggeris bahkan tenaga pengajar yang khuatir tidak dapat menyampaikan sepenuhnya ilmu yang diperlukan.

    Kita mampu jadi bangsa yang hebat andai saja kita bebas dari kelompok jumud lagi menjumudkan ini.

    Bahasa Jiwa Bangsa.

    • shahrulpeshawar

      Secara zahirnya memang tiada lagi Union Jack berkibaran, tetapi secara batin… rupanya masih banyak lagi Union Jack yang berkibar… terutamanya di Parlimen sendiri…

  9. The Freedom of Malay

    Wong edan galo …

    Bahasa Melayu sudah diperjuangkan oleh ahli-ahli bahasa dari Indonesia sejak awal abad ke 20 M. Ingat nama-nama Sutan Takdir Alisjahbana (STA), Marah Rusli, Chairil Anwar, Amir Hamzah, Armyn Pane, Pramudya Ananta Toer dan banyak yang lainnya. Bahkan Bahasa Melayu Riau telah dideklarasikan sebagai bahasa Indonesia – Bahasa Persatuan Bangsa dan Rakyat Indonesia sejak 28 Oktober 1928..

    Adakah kontribusi orang melayu di Malaysia terhadap perkembangan bahasa melayu ? NOL BESAR … Hehehehe

    Tetaplah “narrow minded” sebab anda mempunyai dan menyukai pola pikir dan pola tindak seperti itu ..

    • shahrulpeshawar

      Bahasa Melayu hak milik orang Melayu… semua Melayu perlu mempertahankannya. Mengatakan orang Melayu di Malaysia tidak berbuat sesuatu untuk mempertahankan bahasa Melayu adalah tidak benar. Dan mengatakan Melayu di Indonesia pembela bahasa Melayu semata-mata juga agak melampau.

      Firdaus_Jos, boleh berikan saya laman sawang bagi akhbar-akhbar Melayu bertulisan jawi di Indonesia? Kepingin sangat menatapnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s