Fairus Terpelanting!

Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan Eng berbohong

PULAU PINANG: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, keputusan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan adalah wajar kerana beliau tidak menjalankan tugasnya dengan baik terutama dalam membantu orang Melayu.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata, sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang mewakili orang Malayu, beliau sepatutnya membantu masyarakat Melayu di negeri ini.

“Memang wajar beliau letak jawatan kerana selama pegang jawatan pun beliau tidak buat apa apa terutama untuk masyarakat Melayu dan pembangunan di kawasannya.

“Apa yang kita nampak orang Melayu di negeri ini terus terpinggir, sedangkan semasa berkempen mereka (PKR) bersungguh-sungguh berjanji akan meningkatkan kehidupan orang Melayu,” katanya yang juga ADUN Penaga.

Azhar yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Pulau Pinang turut menyelar sikap Ketua Menteri yang cuba menipu rakyat dengan sebelum ini menafikan peletakan jawatan timbalannya itu.

Katanya sikap Lim itu menunjukkan beliau tidak jujur dan cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai kenyataan bagi menafikan perkara sebenar.

Semalam Lim dilaporkan berkata beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya itu atas permintaan Anwar dan bagaimanapun Ketua Menteri itu enggan menjelaskan sebab Fairus mengambil cuti secara tiba tiba.

Rabu lepas, timbul desas desus menyatakan Fairus telah meletak jawatan dan Lim menafikan perkara itu dan menganggap penyebaran mengenai perkara tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah khabar angin.

Sementara itu, Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Fitri Ibrahim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan bosnya itu dan memaklumkan bahawa beliau sendiri tidak tahu di mana Fairus kini berada.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Fairus untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung peletakan jawatan beliau gagal dan tinjauan di rumahnya di Taman Guar Perahu, Permatang Pauh dekat sini juga mendapati tiada sesiapa di rumah yang berkunci sejak beberapa hari lepas.

SHAHRUL PESHAWAR – pepatah Cina ada menyebut  “Orang yang kita jumpa sepanjang perjalanan mendaki gunung adalah orang yang sama kita akan jumpa bila turun dari gunung”. 

Fairus – ingatlah kawan-kawan lama, dampingi mereka semula, perbaiki diri dan atur strategi baru. 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s