Elakkan dari salahguna Masjid

100_2906

Masjid sepatutnya bebas dari pengaruh mana-mana ahli politik dan mana-mana parti politik.

Masjid adalah tempat untuk ahli politik yang berbeza pandangan dan iltizam untuk duduk bersama.

Namun, imam dan kakitangan termasuk jawatankuasa masjid kenalah profesional kalau tak nak diperKUDAkan oleh orang politik.

Pentadbir masjid, bagaimanapun perlu mengajak seramai mungkin orang yang berkunjung ke kawasan pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menggunakan masjid bagi tujuan ibadah dan untuk melepaskan lelah.

Masjid perlu menjadi medan “alignment” untuk membetulkan mana-mana ceramah / wawancara yang tak benar dan membohong rakyat.

Masjid sebagai pusat penyebaran Islam harus menjadikan peluang pilihanraya ini sebagai acara untuk kempen orang mendekati Islam.  Wakil rakyat dan orang politik yang sibuk boleh meluangkan masa untuk solat berjemaah, bersihkan masjid dan surau, bersihkan kubur, bagi bajet untuk program pembangunan masjid…

Pentadbir Masjid kena profesional dan bukannya emosional.  Ramai JK Masjid orang PAS, orang UMNO dan orang PKR… Sebagaimana kita boleh letak tanda larangan telefon bimbit dalam masjid, kita juga boleh letakkan tanda larangan tiada politik kepartaian dalam masjid.

Bukankah menarik, semua orang datang menuju masjid dan solat berjemaah bersama?

Mesti korang belasah aku punya lepas nie… orang PAS pun belasah aku, UMNO lagilah, PKR pun tumpang semangkuk belasah aku…

Oklah suka hati koranglah nak guna masjid, dalam kubur nanti “sindri mau Ingat!” Orang politik nie bukan boleh kira sangat, orang ada kematian pun dijadikan tempat raih undi…

Daripada lepak hotel tak tentu hala, baiklah lepak kat masjid – dapat iktikaf, dapat pahala, paling tidak solat terjaga, pompuan dan amoi takde, aurat terjaga… betul tak?

Shahrul Peshawar

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s