Terjumpa Blog Dr. Abd. Wahab Arbain

130209g02

Dr. Abd Wahab Arbain nie dulu pernah mengajar aku sewaktu-waktu dahulu, masa aku muda-muda. Dia ajar aku subjek Agama Islam, cara dia mengajar santai dan simple.  Sepanjang dua tahun dia mengajar aku, tak pernah aku dapat A.  Tapi semua kawan-kawan yang aku tolong “coach” semua dapat A, ada yang A+ lagi.  Mungkin sebab waktu tu aku dah kenal Che Guevara dan Ayatollah Khomeini kot… jadi aku suka memberontak.

Tak kisahlah semua tu, alhamdulillah jadi gak aku orang walaupun subjek dia aku dapat C.  Aku masih ingat lagi time dia declare markah untuk kelas aku, dia sempat tanya aku – “saudara di hujung dapat apa?”… time tu aku geram gak, tapi sekarang bila dah tengok dunia yang lebih luas – aku faham perihal nie sesangat, tak kecil hati pun.

Apapun, aku kagum gak dengan semangat “berjuang” ustaz Wahab nie.  Aku juga kagum dengan minat berkebun dia yang agak unik – tak banyak orang buat di Malaysia nie, menanam tanaman dari belah-belah mediteranean dan iklim bukan khatulistiwa.  Dia ada pokok epal, pear, zaiton, kiwi, mulberry, anggur dan herba-herba. 

“Adakah saudara fikir bahawa seseorang itu sedang memikirkan bahawa saudara sedang memikirkan seseorang sedang memikirkan saudara sedang memikirkan seseorang”.   Lebih kurang macam nielah ayat-ayat yang selalu Ust. Wahab ungkapkan dalam kelas.. yang nie aje aku ingat. 

Apapun, kalau Ust. Wahab terbaca posting nie, aku mohon ampun dan maaf, minta halal dan restu ilmu dia pada aku.

http://kebunpokoksutera.blogspot.com/
http://pokokkiwi.blogspot.com/
http://tanamanggur.blogspot.com/
http://appledanpear.blogspot.com/

Shahrul Peshawar a.k.a Sentoul

 

Leave a comment

Filed under Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s