Saya istihar letak jawatan….

100_2817

Saya istihar letak jawatan ( Chit.. dey… pilihanraya tahun lepas dia jugak yang letak jawatan)

Saya dengan ini meletakkan jawatan dalam parti XXX – letak jawatan ke kalah dalam pemilihan?

Saya tidak percaya lagi dengan perjuangan parti ZZZ – (sebab tak dapat duduk kat kerusi tertinggi)

Saya yakin parti BBB adalah yang terbaik dari parti lama saya CCC, sebelum tu saya parti TTT

Saya inginkan perubahan, itulah sebabnya saya sertai parti SSS (perubahan = poket “senyum”)

Saya dengan ini menyerahkan borang ahli saya kepada Presiden Parti DDD (mana ada orang sempat nak check time election?)

Saya sertakan bersama ini borang 500 orang bekas ahli Parti JJJ yang mengikut saya… (semua tulis pakai pen sama dakwat – nama pun ambil kat buku telefon je.. opps..)

Saya bukan lompat tapi mahukan rakyat dan pengikut terbela dibawah parti FFF – hi hi hi tipu ajelah..

Demi perubahan dan masa depan cemerlang, saya sertai parti LLL – masa depan saya sindri

Saya hilang kepercayaan kepada pemimpin Parti PPJ… – sebab lambat sangat saya nak jadi menteri…

Saya pemimpin no 5 dalam parti, semua saya tahu (saya pun buat sama gak… hehehehe)

Saya ada kotak rahsia – saya akan dedahkan (tapi kotak tu dah basah kena hujan – dakwat dah luntur le…)

Demi masa depan anak bangsa, saya mengambil langkah ini… percayalah (aku serius nie..)

Dengan kuasa saya sebagai pengerusi cawangan parti KKK, saya bubarkan cawangan ini (ahli cawangan semua adik beradik dia dan networking mlm @ downline sendiri)

Tapi sebenar-benarnya…

DEMI $$$ – DEMI RM – DEMI %

Undilah mereka yang perjuangkan Bahasa Melayu dan rakyat marhaen.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s