Rumah Hantu… eee takutnya…

100_3261

Di Bukit Selambau ada rumah berhantu menurut blog teman-teman.  http://amkpendang.blogspot.com/2009/03/cabaran-datuk-mahathir-khalid-terjawab.html

Ish… mana ada hantu sekarang nie, menteri pun dah kata hantu tak ada, itu semua isu lapuk.

Tapi kalau hantu takde kenapa pasaran cerita hantu menjadi-jadi – cam cerita Jangan Pandang Belakang, Pontianak, Anak Keliwon, Puaka Nyak, Susuk, Gurakhas, Akademi Poles, Congkak dan yang sewaktu dengannya.

Betul jugak tu… kalau “orang” mesti nak tengok cerita pasal “orang”.  Hantu mestilah nak tengok cerita hantu atau cerita cam hantu. …

Ini mesti tak lain tak bukan, hantu-hantu yang menjelma saat pilihanraya… atau dikenali sebagai pengundi hantu. 

Pengundi hantu nie ada beberapa cara nak kenal:-

1.  Dia mari selalu ramai-ramai satu bas atau sebiji kereta.

2.  Dia mari seawal yang mungkin sebab nak pegi undi kat 2-3 tempat yang lain

3.  IC tu alamat tempatan tapi orang yang pegang IC tu kekadang cakap tempatan pun “out”

4.  IC tu ada binti tapi yang bawa IC tu jantan.

5.  IC tu nama Cina tapi yang bawa IC tu Melayu yang tidak ada maruah.

6.  Pemegang IC tu nama dia muncul di dua tiga pusat pemilihan lain.

7.  Orang yang tolong pimpin makcik-makcik tua dan orang buta pun kadang-kadang hantu raya gak – dia yang pangkahkan pulak

8.  Daftar terbaru UPSR (SPR) tak sama dengan Daftar yang kita ada.

9.  Pengundi hantu ni langsung tak “friendly” turun dari kenderaan terus je nak ke peti undi sebab dah tahu kerja nak buat.

Cara nak gempak pengundi hantu nie pun bukanlah susah sangat

1.  Capkan jari diaorang nie dengan dakwat – tu yang UPSR takut sangat… lebih takut dari orang yang bertanding

2.  Ambil gambar mereka yang berkelakuan mencurigakan, nanti boleh bandingkan dengan gambar di pusat pemilihan yang lain.

3.  Ambil detail no plet kenderaan yang digunakan oleh pengundi hantu (jerangkung) yang disyaki, laporkan pada bilik gerakan untuk tujuan pemantauan di pusat pemilihan yang lain.

Perhatian:  Pengundi hantu dan SB adalah dua makhluk yang berbeza, fungsinya pun lain tapi dosa tu mungkin sama kot. (SB yang jujur dan setia tidak perlu terasa sebab pastinya ia tidak ditujukan pada anda).

SHAHRUL Peshawar

Leave a comment

Filed under Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s