Release Tension

Cendawan Legong

Cendawan Legong

Kepala kita kadang-kadang sesak dengan pelbagai benda. Memikirkan tentang yang lalu dan akan datang. Risau tentang yang sedang dilalui.

Kadang-kadang kita penat memikirkan benda yang tak perlu difikirkan sangat. Sebagai contoh, sampai bila Utusan Mesia nie nak menipu rakyat, sampai bila tol akan dihapuskan, kenapa pemimpin yang khianat naik dan pemimpin yang amanah tersungkur.

Kadang kita risau dan tumpukan pada benda yang tak berapa penting, sebagai contoh kelab liga Inggeris malam tadi sapa yang menang.  Sapa yang menang grammy award, sapa yang kahwin dengan artis mat salleh yang sorang tu.

Kekadang kita dipaksa seperti tauhu sumbat – disumbat dengan berita sampah.  Artis B bercerai dengan isterinya.  Artis J dapat kereta baru – mangkuk mana yang bagi.  Kita disuruh terima benda yang tak penting tapi dipenting-pentingkan.

Kita ditakutkan dengan segala macam hantu – ada bermacam cerita pulak tu, ada hantu besar, ada hantu kecil, ada hantu budak, ada hantu perempuan, ada menteri hantu, ada pengundi hantu.  Kita nak hantar orang ke bulan dan planet marikh, apa relevannya cerita nie pada anak-anak kita. Tu belum cerita pasal Polis sebagai hero kat Malaysia.

Tulah sebabnya, semalam aku masuk Hutan Ulu Legong, melihat keindahan ciptaan ALLah disamping melarikan dari benda-benda dan maklumat yang senget dan curang.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

1 Comment

Filed under Di Minda Saya

One response to “Release Tension

  1. Memang bagus cendawan ni sheh. Ikut fakta sains cendawan mempunyai pH enzim antara 1.7 ke 11 yg membolehkan ia bertindak membersihkan darah sehinggalah membantu penceranaan dlam tubuh kita. Itu sebab perubatan cina banyak mengamalkan lingzhi (lingchi -cendawan) dalam perubatan mereka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s