SPR semakin kehilangan ke-JANTAN-annya

SPR = Badut Jahat

SPR = Badut Jahat

Macam biasa, bila lambat umum akan ada saja benda baru dan tak disangka-sangka akan timbul.  Tapi semua trick tu kita dah boleh agak, siap simpan dalam poket depan lagi.

Dalam Pilihanraya 8 Mac 2008 dulu, masih ingat tak “Tragedi Cat Merah”… konon ada orang campak pada rumah Pengerusi SPR zaman tu.  Yang best kereta Kancil kena cat tu, Merc tak kena pulak. 

Lepas tu SPR janji nak tanda jari dengan dakwat – lepas tu dah dekat nak pilihanraya dia kata tak praktikal lah, bla-bla-bla.

Yang best – dia cuma tukar peti undi jadi lut-sinar untuk menampakkan ketelusan.

SPR nie ingat dia kerja zaman type-writer lagi – kadang-kadang jari terselit antara kekunci.  Dia tak sedar, sekarang nie dah zaman wireless.  Orang boleh terima-hantar emel kat handphone je. 

Cara dia marah pasal pondok panas (barong) dengan penyokong datang beramai-ramai tu cam IKLAS je, tapi semua orang tahu itu semua sebahagian daripada perancangan jahat penguasa zalim.

Korang tengoklah penipuan di Penanti kelak – dari pengundi hantu, petugas SPR = petugas UBN, jawatankuasa peti undi semua orang yang cenderung pada UBN, kempen pilihanraya dalam TV ikut suka hati diaorang  aje, pertambahan kertas undi, faktor polis, kemasukkan agensi-agensi kerajaan pusat dan sebagainya. 

Aku akan turun habis-habisan – Di Mulut Naga lagikan ku Rebut – Inikan pula ditangan Najib dan Muhyiddin… chit…

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Penamaan calon Penanti 23 Mei, mengundi 31 Mei

Oleh Saufi Hamzah
sofeeham@bharian.com.my


ABDUL AZIZ menunjukkan peta DUN Penanti kepada Pegawai Pengurus pilihan raya kecil itu, Roslan Yahaya selepas sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, semalam.

SPR larang dirikan pondok panas, 15,384 pemilih layak undi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei dan mengundi 31 Mei ini jika ada pertandingan.

Pada masa sama, SPR tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir hari pengundian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya menerima pemakluman rasmi Speaker DUN Pulau Pinang mengenai kekosongan kerusi berkenaan pada 17 April lalu yang menyertakan surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin, bertarikh 19 Mac.

“Selepas meneliti pemakluman serta salinan surat peletakan jawatan berkenaan, SPR bersetuju kerusi DUN N12 Penanti disahkan kosong berkuat kuasa pada 17 April lalu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang dikemaskini sehingga 16 April lalu mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pengundi pos.

Katanya, pusat penamaan calon dan penjumlahan undi ialah di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, manakala pengundian, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Prai Tengah.

Katanya, SPR akan menubuhkan dua Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang akan memantau pemasangan bahan dan kegiatan kempen sepanjang tempoh berkempen dari 23 Mei sehingga selesai hari mengundi jam 5 petang 31 Mei.

Abdul Aziz berkata, PP-KPR akan diketuai seorang pegawai penguat kuasa SPR dan dianggotai masing-masing seorang pegawai polis, wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon.

Pengundi boleh membuat semakan melalui laman web SPR http://www.spr.gov.my atau melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888 mulai 8 Mei ini.

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s