Daily Archives: April 29, 2009

SIA-SIA Penduduk demonstrasi bantah ternakan babi

Kenapa perlu nak demonstrasi?  Kan ada saluran betul.  Gunakanlah saluran betul.  Pergilah jumpa Ketua Menteri Melaka – dia kan seorang melayu umno – sudah tentu dan pastinya dia benci dengan babi.  Tak payahlah susahkan media untuk buat liputan kes yang asyik dipolitikan ini. Korang duduk ajelah bertapa depan pejabat dia sama macam hari dia kena tuduh rasuah politik dulu tu…

Ini semua politik murahan – suratkhabar nie pun kekadang memandai-mandai je.  Dalam banner yang sorang mamat tu pegang – dia tak kata dia nak ternakan babi dipindahkan dia cuma mahu kandang babi dimodenkan (dah selesa kot duduk dengan babi kat situ).  Aku pun jadi keliru – yang nak kandang babi moden ni orang Melayu, apasal yang dia pulak sibuk-sibuk nak kandang moden?

KESIMPULANNYA – Cerita kandang babi nie cerita murah orang politik untuk membangkitkan kemarahan orang melayu yang bodoh, yang gagal memilih wakil yang boleh memperjuangkan hak mereka – dah 30 tahun… masih duduk hidu bau tahi babi dan setiap 5 tahun pemimpin Melayu datang merayu dan Melayu bodoh nie semuannya diam dan sokong dia… sekarang buat apa bising-bising?  Tunggu ajelah 60 tahun lagi. SHAHRUL PESHAWAR

dn_161

ALOR GAJAH 28 April – Hampir 50 penduduk sekitar Pengkalan Balak di sini hari ini mengadakan perhimpunan aman membantah ternakan babi di kawasan itu yang dikhuatiri membawa kepada wabak selesema babi (H1N1).

Dengan membawa sepanduk bantahan, para penduduk mendakwa, ternakan babi di situ sejak lebih 30 tahun lalu perlu dihentikan segera sebelum ia menjadi punca merebaknya H1N1 di kalangan penduduk.

Rata-rata mereka mahu kerajaan negeri segera menghentikan operasi ternakan babi itu ekoran kebimbangan penduduk terhadap ancaman wabak terbaru tersebut.

Seorang penduduk, Zahrah Bachik, 62, berkata, walaupun belum ada kes jangkitan wabak selesema babi di negara ini, ia tidak bermakna Malaysia terselamat daripada dijangkiti H1N1.

“Dari dulu sampai sekarang, isu babi sering menjadi masalah penduduk di sini menyebabkan kami tidak pernah hidup selesa.

“Kini, nyawa kami pula menjadi pertaruhan apabila haiwan ini boleh membawa wabak baru yang mengancam nyawa,” katanya.

Justeru, dia amat berharap kerajaan negeri dapat memberi perhatian yang serius terhadap masalah dihadapi mereka yang tidak pernah selesai sehingga kini.

Salah seorang penduduk Kampung Pengkalan Balak, Zakaria Othman, 46, berkata, setiap hari penduduk hidup dalam ketakutan sejak berita tentang penemuan wabak selesema babi itu dilaporkan.

“Ia ibarat mencari penyakit kerana penduduk di sini terpaksa tinggal dalam kawasan yang mempunyai ladang ternakan babi.

“Dulu mungkin kami boleh bersabar, tapi apabila sudah sampai ada wabak yang boleh mengancam nyawa kami, takkan pihak berwajib hendak berdiam diri?” katanya.

Tambahnya, jika ladang ternakan babi di kawasan itu tidak dipindahkan sekalipun, kerajaan perlu memastikan pengusaha haiwan itu melakukan ternakan dengan cara moden.

“Ternakan cara moden mungkin memadai untuk kami berasa lebih selamat kerana tiada pencemaran berlaku,” katanya.

Sementara itu, pengusaha sebuah resort di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Ab. Rahman Yusof, 50, berkata, ternakan babi itu perlu dihentikan segera demi memastikan pembangunan pelancongan di kawasan tersebut.

“Jangan sampai berlaku kes jangkitan wabak selesema babi di kawasan ini yang akhirnya menjejaskan satu-satunya kawasan pelancongan di daerah ini.

“Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berwajib sebelum keadaan menjadi semakin serius,” katanya.

Abdul Rahman Abdullah, 45, pula, kesal kerana isu babi di kawasan itu tidak pernah selesai walaupun mendapat rungutan yang berterusan di kalangan penduduk.

“Sampai bila kami perlu hadapi masalah babi ini? Adakah ia bermakna babi lebih penting dan penduduk yang terpaksa berpindah?” soalnya.

Penularan virus H1N1 yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik, mula dikesan di Mexico City, 24 April lalu.

Sehingga semalam, angka kematian di negara itu yang disahkan dan disyaki berpunca daripada selesema babi mencecah 152 orang manakala sekitar 1,995 orang telah dimasukkan ke hospital.

Ekoran itu, Kerajaan Malaysia kini mengawal ketat semua pintu masuk negara sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak tersebut.

2 Comments

Filed under Di Minda Saya