Bantuan ehsan bencana dikemas kini: TPM

KOTA SAMARAHAN (Sarawak): Kerajaan akan mengemas kini proses pengeluaran bantuan ehsan supaya ia dapat disalurkan dengan cepat kepada mangsa bencana, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pendekatan yang akan dikaji oleh Majlis Keselamatan Negara ialah bagi menurunkan kuasa membuat pengeluaran bantuan ehsan dalam jumlah tertentu kepada agensi di peringkat negeri.

“Dalam masa yang sama, pemberian bantuan ehsan kepada mangsa banjir juga tidak perlu menunggu sehingga majlis penyampaian diadakan, malah boleh dilakukan sendiri oleh wakil agensi kerajaan, ketua masyarakat di peringkat negeri atau bahagian itu sendiri,” katanya pada majlis penyampaian bantuan wang ehsan sebanyak RM34.1 juta kepada mangsa banjir di Sarawak baru-baru ini di sini hari ini.

Jumlah itu merangkumi bantuan ehsan kepada 4,112 keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan, 46,742 keluarga yang tidak berpindah, 16,760 petani dan perternak kecil, tiga keluarga kehilangan anggota keluarga dan pemilik-pemilik 68 rumah yang musnah.

Muhyiddin berkata kementerian dan agensi yang berkaitan perlu memberikan perhatian kepada usaha meningkatkan dan mempelbagaikan ekonomi masyarakat yang terlibat supaya dapat menampung keperluan kehidupan mereka selepas dilanda sesuatu kejadian bencana. – Bernama

Baguslah kalau bantuan bencana nie dapat diberikan segera dan tidak perlu menunggu terlalu banyak protokol.  Kadangkala karenah birokrasi yang melampau mengakibatkan mangsa bencana merasai diri mereka menjadi objek dan orang lain mengambil kesempatan diatas kesusahan mereka untuk mendapatkan publisiti murahan dan kadangkala menjadi agenda politik sesetengah pihak.  Perkara ini amatlah menyulitkan mereka yang sedang ditimpa masalah.  Langkah yang diambil untuk menyegerakan bantuan bencana ini amatlah dialu-alukan dan DUNIA KEMANUSIAAN berharap ianya akan dapat dilaksanakan secepat mungkin seperti yang dijanjikan.      Shahrul Peshawar, Alor Setar.

Leave a comment

Filed under Bencana Alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s