Monthly Archives: May 2009

Walk for Charity Sponsorship Request

100_2607

We at Islamic Outreach ABIM are currently organizing a walkathon event for the orphans, the poor, handicapped and disabled. We are inviting members of the public to walk with us for the benefit of our diverse programs, best expressed in our vision statement: Inviting, Sharing, Giving.

The objectives of the event, to be held on 5th July 2009, are:

  • To raise money for Islamic Outreach ABIM’s charitable activities;
  • To create awareness about he role and objectives of Islamic Outreach ABIM’s activities; and
  • To promote healthy living whilst strengthening family relationship through the spirit of sports.

To effectively present the event we would like to raise some initial funding. The fund will be used to pay for the food and beverages, transportation, souvenirs, and rental of tents and some AV equipment. We would like to request for some amount of donation from your corporation/ agency to make this event a success.

We sincerely hope for your contribution in any form, either monetary or in the form of kind services or goods. All financial contributions are tax-deductible. Sponsorship details for the event can be further discussed. Sponsorship returns may be in form of company logo placement in our promotional materials such as buntings, posters, tickets, and T-shirts. Sponsors will have the opportunity to set up promotional booth during the event. Sponsors will be mentioned in our official event press release.

We would also like to invite people from your corporation to participate in this event. The details of this event can be obtained by contacting Encik Azlan 03-42569822/ 42569763.

Once again we would like to express our hope for your contribution, and thank you for your serious consideration.

Warm regards,

Thank you,

Yours sincerely,

Azril Mohd Amin,Chairman

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen

Hati-hati bila bercadang untuk tidak makan (bila di Malaysia (Perak))

100_3755

Tak nak makan pun kena tangkap.

Aku tak tahu berapa ramai yang akan kena tangkap dalam bulan puasa nanti.

Sesetengah pihak kat Malaysia nie terlalu emosional, kata nak jadi negara maju…

Kalau makan tak bayar kena tangkap masuk akal gak…

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa

Jordan: All-out UNRWA strike could hit vulnerable refugees

AMMAN, 27 May 2009 (IRIN) – A pay dispute between employees and the management of the UN agency for Palestine refugees (UNRWA) in Jordan could affect vulnerable refugees, especially in the many UNWRA-run schools and clinics.

Thousands of UNRWA employees went on strike 12-14 May in UNRWA facilities, members of the teachers committee who declined to be identified, said, and an all-out strike – potentially paralysing hundreds of clinics and schools across Jordan – is being threatened.

The employees are demanding a 7 percent pay rise, in line with a promised government pay rise of the same magnitude for civil servants.

During the three-day strike, about 124,000 students in different parts of the kingdom, including all 10 of the UNRWA-run refugee camps, were unable to attend classes, according to UNRWA.

The strike involved about 10,000 workers, including teachers, doctors, sanitation workers and administration officials, teachers committee members say. However, some media reports put the figure at 7,000.

Health centres and refuse collection activities also came to a halt, and the alleyways of the al-Hussein-camp in Amman filled up with rubbish during the three-day strike.

Disgruntled

One of the disgruntled teachers, Salem (not his real name), said he was also a refugee and deserved a “decent salary”.

“People used to envy us. due to the good salaries, but as the years passed by and inflation ate into our pay, people began to pity us,” he told IRIN.

Salem shares his two-room concrete home near the centre of the al-Hussein-camp with his wife and eight children. He said he had no option but to strike: “The salary is barely enough for 10 days. What to do for the rest of the month?”

UNRWA provides services to Palestinian refugees who arrived in Jordan after the 1948 and 1967 wars with Israel. Together with their offspring, they now number nearly 1.8 million.

UNWRA “needs time”

Meanwhile, UNRWA officials in Amman said the strike, which came less than a month after a one-day work stoppage for the same reason, was “futile”.

UNRWA spokesman in Amman Matter Saqer said he was “concerned about the fate of tens of thousands of students as well as beneficiaries of health care in the camps and outside.”

“We made all possible efforts up to the last minute to avert the strike. We did not want this to happen, but schools were closed and health care clinics stopped working,” said Saqer, stressing that the UN agency never ignored its workers’ demands, but “needs time”.

According to officials from the Department of Palestinian Affairs (DPA), which manages the affairs of the 1.8 million Palestinian refugees, UNRWA needs urgent financial assistance to implement its programmes and increase its budget.

UNRWA’s camps contain 338,000 registered refugees, while the total number of registered refugees in Jordan is 1,951,603.

Leave a comment

Filed under Human Rights, Humanitarian, Kenyataan Media, Refugee

Bawa Chin Peng kembali hiris hati ATM – Kawal Istana Buckingham tak hiris hati pejuang Melayu?

100_2609

Sekali lagi, saya hormati dan sanjung tinggi darah dan air mata anggota keselamatan negara terutamanya Tentera dan Polis.

Ahli politik selalu membodohkan kita. Menjadikan kita sentimental dan emosional tanpa sebab yang munasabah.  Membawa Chin Peng kembali di katakan menghiris hati perasaan anggota ATM tetapi ketika menghantar Regimen Askar Melayu Diraja berkawal di Istana-istana penjajah British di England tempohari tidak dikira sebagai menghina pejuang bangsa – pejuang menentang Empayar British.

Ingat tokoh-tokoh seperti Dato Dol Said, Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Abdul Rahman Embong, Dato Maharajalela, Dato Sagor, Rentap dan lain-lain.   Kenapa tidak ada orang politik – menteri – wakil rakyat – atau NGO yang mempertikaikannya?

Jadilah Melayu yang celik.  Jangan Emosi dan jangan jadi Melayu yang bodoh sombong.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Hiris perasaan anggota ATM

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 25 Mei – Sebarang usaha membawa masuk bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini menghiris perasaan seluruh warga anggota dan bekas anggota serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut juga meningkatkan semula rasa kemarahan meluap-luap mereka terhadap Chin Peng dan PKM.

Pada masa ini, katanya, seluruh anggota, bekas anggota dan keluarga ATM serta pasukan keselamatan lain menolak sebarang usaha membawa masuk Chin Peng.

“Saya mewakili warga ATM, sama ada yang sedang bertugas atau yang telah tamat perkhidmatan, berasa amat terhiris jika keputusan dibuat untuk Chin Peng diberi taraf kewarganegaraan.

“Ini kerana lebih 50,000 anggota pertahanan termasuk tentera dan polis terkorban akibat angkara pengganas PKM. Jika ini berlaku, rasa terluka yang amat sangat di kalangan anggota dan keluarga ATM,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas melancarkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Dalam Pertahanan Awam di Kem PLKN, Seri Perkasa, Mantin di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil; dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

Beliau mengulas saranan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin PKM, Chin Peng pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Tambah Ahmad Zahid, ketegasan itu tiada kaitan dengan sentimen perkauman tetapi rasa patriotisme yang telah tertanam di kalangan anggota tentera dan polis serta pasukan keselamatan negara yang lain.

“Ada yang bertanya saya, mengapa pengganas komunis yang telah menyerah diri dapat tanah, sedangkan pesara tentera tidak dapat.

“Kalau ini pun sudah disuarakan, apatah lagi jika Chin Peng dan gerombolannya diberi taraf kewarganegaraan,” tegas beliau.

Justeru Ahmad Zahid berharap jika ada parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memperjuangkan nasib Chin Peng ini, agar lebih berhati-hati.

“Fahamilah jiwa, hati dan darah daging anggota tentera sama ada yang bertugas mahupun yang tamat perkhidmatan.

“Ingatlah juga anggota keluarga yang kehilangan orang yang disayang ketika mempertahankan negara sewaktu PKM mengganas dahulu,” ujar beliau.

Menurut Ahmad Zahid, saranan membawa masuk Chin Peng telah menjejaskan moral pasukan keselamatan dan menyebabkan rasa marah kembali muncul.

“Ini soal perjuangan mempertahankan maruah negara akibat identiti dan ancaman kumpulan Chin Peng,” kata beliau.

Sumber:
Utusan Malaysia

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Chin Peng kembali ke Malaysia… salah kah?

DSCN0559

Terkejut, macam tak percaya.

Sambil mengenyeh-genyeh mata yang tidak gatal… apabila saya tertatap sebuah akhbar Melayu yang meletakkan tajuk utamanya yang seolah-olah mengatakan “TIDAK kepada Komunis”. Kenyataan dari seorang yang bertaraf menteri, tapi keupayaan berfikirnya diragukan saya, semacam tidak stabil – meminjam kata Kayveas – “…perlu pergi ke Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan mental”.

Itu sepatutnya tajuk akhbar pada tahun 70an ketika ancaman Komunis bermaharajalela. Ketika itu, kita baru merdeka – prejudis kaum begitu menebal. Pengaruh British masih kuat, budaya penjajah masih bertapak.

Tidak langsung menafikan peranan anggota tentera, pasukan keselamatan, Polis, Home guard, AP, Force 136 dan yang seangkatan dengannya. Darah kalian dan airmata keluarga adalah baja yang menyuburkan negara tercinta ini.

Chin Peng adalah seorang rakyat Malaysia yang bangkit menentang penjajahan. Beliau tampil memimpin satu pergerakan bersenjata yang pada awalnya disatukan menentang penaklukan Jepun. Namun, perlawanan ini berlanjutan biarpun Tanah Melayu telah dimerdekakan oleh British.

Ada yang memilih untuk menentang British melalui arena politik, ada yang memilih melalui sudut penulisan, ada memilih melalui ruang seni dan ada yang memilih mengikut jalur pendidikan.

Jangan kita salahkan Chin Peng seorang atas kematian pejuang-pejuang negara. Beliau hanya seorang rakyat yang ingin membebaskan negaranya dari penjajahan. Apa yang lebih bergelojak dari darah yang membakar semangat seorang anak muda? Keadaan yang menyebabkan beliau terpaksa memilih untuk tinggal di hutan dan meneruskan perlawanan.

Chin Peng bukanlah ancaman lagi. Rata-rata rakyat menolak komunisme. Chin Peng adalah tokoh kiri perjuangan rakyat menentang penjajahan. Demi masa silam negara yang kelam dahulu, kita perlu izinkan Chin Peng kembali dan menceritakan duduk perkara yang sebenar menjebakkan beliau dalam kancah pertempuran. Kita telah terlepas peluang untuk mendengar pengalaman Almarhum Rashid Maidin, tokoh kiri berbangsa Melayu beragama Islam.

Chin Peng hidup di masa lalu, izinkan beliau untuk kembali dan menceritakan babak perjuangan beliau demi mengkayakan lagi khazanah riwayat kemerdekaan tanah air tercinta ini.

Kita perlu tubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menilai apakah Chin Peng ini bernilai kepada sejarah negara ataupun tidak. Orang awam kebiasaannya akan terpengaruh dengan media yang acapkali ditunggangi oleh tokoh politik murahan yang pasti mengambil kesempatan menjadi dewa penyelamat bangsa, tanpa sebarang asas yang kukuh dan sahih.

Sekali lagi, demi perwira negara yang terkorban dalam pelbagai pertempuran – izinkan Chin Peng pulang, marilah dengar apa yang beliau ingin kongsikan. Kita sudah cukup matang untuk menolak komunisme, marxisme, fasisme malahan nasionalisme sekalipun.

Saya ragu, mungkin ada pihak tidak mahu sejarah tanah air di teropong dari kacamata tentera rakyat seperti Chin Peng. Sejarah biarlah menjadi sejarah.  Izinkan Chin Peng pulang dan bercerita.  Biarlah cerdik pandai dan orang berilmu menentukannya.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

24 Comments

Filed under Di Minda Saya

Thousands of lives are at risk in southern Sri Lanka

Thousands of lives are at risk in Sri Lanka because aid to Internally displaced People is being restricted by difficulties in securing access for staff and vehicles international agencies said today.

As a result of the restrictions, agencies cannot adequately provide urgently needed services including food and water to people who are almost totally reliant on aid.

Heads of agencies stated, “The camps in Sri Lanka are huge. They stretch over 1,000 acres and take nearly an hour to walk across. Without vehicles we can’t do our work properly and that’s putting lives at risk.

“Thousands of people are arriving from the war zone in a very weak condition. We’re very worried about their health, with small children and the elderly being particularly at risk. Keeping aid agencies out will only make their condition more critical.

“We’re asking the Sri Lankan government to adhere to the guiding principles agreed, by them with the humanitarian community and to let us do our job properly.”

As UN Secretary General Ban Ki Moon prepares to visit the camps, the agencies called on the Sri Lankan government to allow better access to the camps and to drop the restrictions, which have been in place since the weekend.

The camps in the north of the country are still expanding with traumatised people pouring in from the conflict zone. They already hold 270,000 people. The military have told aid agencies to expect up to another 50,000 Internally Displaced People in the next few days. The new arrivals are the people who were held in the conflict zone by the Tamil Tiger rebels until their defeat on Sunday.

Circulated on behalf of

Oxfam, ASB/Solidar, ACTED, Danish Refugee Council, ZOA Refugee Care, Forut, UMCOR, Relief International, Handicap International, Save the Children, Welthungerhilfe, CARE, World Vision, Medical Teams International

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Human Rights, Humanitarian, IDP

Erdoganis

Tiba-tiba saja nama Erdogan kembali menggegar.  Kali ini bukan dunia yang digegarkannya, tapi bumi Malaysia.  Gegarannya terasa semakin kuat dari ke hari, dan mereka yang dikaitkan dengan Erdogan digelarkan sebagai Erdoganis, dan Erdoganis ini bukannya gelar biasa dalam Parti Islam Se Malaysia, ianya bukan bahasa PAS, ianya ialah bahasa suratkhabar – bahasa untuk memecah belahkan umat.  Erdogan tidak ada kena mengena.  Kelompok Erdoganis juga tidak salah.  Cuma suratkhabar berbahasa Melayu yang cuba menangguk di air keruh, cuba-cuba untuk melagakan ulama’ dan profesional.  Ah, itukan taktik musuh yang semakin terhimpit lagi tersepit.

Erdoganis ini diberi gelar kepada mereka yang rapat, pernah kenal, baik, bersahabat, serta pernah terlibat  dengan Anwar Ibrahim.  Mencari jalan memecahkan PAS dari luar agak sukar, pertahanannya kukuh, bentengnya mantap, pengawalnya sentiasa siaga, menaranya beroperasi siang dan malam.  Sukar untuk dilepasi walaupun dikirim pasukan elit.

Erdoganis adalah gelar untuk menjadi penyebab kepada perpecahan dalaman PAS.  Tidak ada benteng yang tidak boleh dimusnahkan sekiranya berlaku persengketaan dalaman.  Justeru, PAS harus dilihat tidak lebih dan tidak kurang sama seperti ”gu”nya iaitu UMNO.  Berpecah sana sini, berpuak-puak, team A dan team B, tuduh menuduh, berburuk sangka, singkir menyingkir, sindir menyindir dan saling syak wasangka.

Kenapa diberi gelar Erdoganis?  Bukan Jebat atau boneka US?  Tidak lain dan tidak bukan sekadar hanya untuk mengumpul pemimpin-pemimpin PAS yang berpotensi dalam satu kelompok untuk memudahkan mereka ini dicantas.  Kebetulan juga mereka ini baik, pernah kenal, bersahabat, satu universiti malah pernah berdemonstrasi bersama Anwar Ibrahim itu sahaja.  Ini kerja siapa? Ini bukan kerja orang PAS, ini kerja musuh PAS dan agensi-agensi kawalan mereka.

Siapa yang kenal Erdogan pasti akan menghormatinya.  Masih ingat lagi World Economic Forum dimana Erdogan telah menyelar Simon Peres secara berdepan dalam satu forum dimana Erdogan telah bangkit dan keluar dari dewan sebagai tanda protes terhadap tindakan Israel keatas rakyat Palestin.  Tidak ramai pemimpin Islam yang mempunyai keberanian seperti beliau.  Akibatnya, Erdogan dikutuk oleh Israel, US, sekutu-sekutunya termasuk oleh akhbar-akhbar pro sekular di Turki sendiri.

Namun, dari episod ini, ianya telah mengangkat Erdogan sebagai hero baru masyarakat Arab dan Dunia Islam.  Erdogan dibenci oleh dunia kafir tetapi amat dicintai oleh kaum muslimin.  Justeru meletakkan label Erdogan pada individu-individu tertentu didalam PAS seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan kepada kerja-kerja yang telah mereka lakukan untuk agama, bangsa, negara dan jemaah.

Erdogan adalah hero kepada dunia Islam moden.  Sekiranya kelompok Erdoganis ini dapat digandingkan dengan kelompok Ulama’ – masya Allah, terlalu besar bahayanya kepada puak-puak musuh yang semakin tertekan dan terumbang ambing.

Bayangkan kesan kerjasama Erdoganis dan Ulama’.  Ianya pasti membuahkan natijah yang cukup bermakna buat rakyat Malaysia dan ummah seluruhnya.

Tentang kepimpinan tertinggi PAS samada ianya seorang Ulama’ atau profesional, serahkanlah kepada kebijaksanaan Majlis Syura memikirkannya, PAS harus berbangga dan memegang kukuh tradisi ini.  Musuh PAS tidak pernah menghormati keputusan-keputusan yang dihasilkan oleh jawatankuasa yang dibentuk oleh mereka sendiri dan akibatnya ialah mereka hanyut tanpa haluan.

Erdoganis adalah percubaan musuh PAS untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS adalah sebuah parti yang tidak matang, berpuak-puak, parti radikal, menolak pembaharuan dan sebagainya.  Itu saja hajat dan hasrat mereka.

Isu Erdoganis ini jelas menunjukkan bahawa PAS cukup dicemburui oleh parti lawan dan setiap gerak geri sedang diperhatikan.  Kalau dari dalam PAS sendiri sudah dicantas senanglah sikit kerja parti lawan nanti.

SHAHRUL PESHAWAR
Alor Setar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya