Penjajahan Perak 070509 – khamis yang gelap

100_2699

SIDANG DUN PERAK dicabul oleh Barisan Nasional, bermula dengan episod lompat melompat, perlantikan MB haram, nak pergi London untuk dapatkan nasihat, halang sidang DUN sehinggalah ke episod menyeret keluar Speaker DUN yang sah dan menangguhkan Sidang DUN.

Walaupun ianya berlaku di Perak, aku dapat rasakan seluruh rakyat Malaysia melihat betapa nazaknya BN dan UMNO sehingga sanggup melakukan kudeta yang cukup memalukan negara – aku boleh samakan pencabulan DUN Perak nie dengan peristiwa bawa tilam di mahkamah dulu.

UMNO dan BN dah kalah lumat dalam PRU12 tempohari, sebaiknya tempoh sehingga PRU13 ini dimanfaatkan untuk membina semula keyakinan rakyat kepada mereka – tapi tepatlah seperti kata ramai orang – peristiwa DUN Perak ini seolah mengetuk paku terakhir ke keranda UMNO dan BN.  UMNO/BN tak belajar, tidak mahu belajar, sombong dan angkuh. 

Berselindung di belakang Sultan – hingga menjerumuskan Sultan kedalam konflik dengan rakyat adalah tindakan yang cukup hina dan memalukan.  Menjadikan seolah-olah Sultan yang bermusuh dengan rakyat.  Lagak UMNO dan BN tidak kurang daripada lagak JW Birch dan kuncunya, memaksa dan mengugut sultan dan keluarganya – malangnya penjajah kali ini terdiri dari anak bangsa Melayu sendiri.

Nampaknya, tidak ada harapan untuk demokrasi subur di Malaysia di era Najib.  Kalau dahulu Mahathir dah cantas dahan dahannya, Pak Lah pulak terlupa nak letakkan baja… matilah pohon demokrasi ini..

Penjajahan UMNO dan BN keatas Perak adalah penanda aras kepada sejauh mana Kerajaan Pusat sedia untuk berkompromi dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri yang bukan ditadbir oleh UMNO/BN.  Dasar-dasar primitif seperti tidak membenarkan agensi-agensi kerajaan persekutuan bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri pastinya akan digiatkan dan dijadikan satu polisi bagi menterjemahkan dendam kesumat yang bersarang di dada setiap pemimpin barisan. 

Kempen Najib – “Rakyat Di-dulukan” adalah retorika semata-mata.  Pembebasan pemimpin HINDRAF dalam masa terdekat adalah gula-gula Najib kepada rakyat, khususnya orang India.

Aku rasa Malaysia sedang menuju kearah untuk menjadi Myanmar ke 2.  Sedialah korang untuk tengok pembaca berita pakai kain pelikat je nanti.

SHAHRUL PESHAWAR 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s