Chin Peng kembali ke Malaysia… salah kah?

DSCN0559

Terkejut, macam tak percaya.

Sambil mengenyeh-genyeh mata yang tidak gatal… apabila saya tertatap sebuah akhbar Melayu yang meletakkan tajuk utamanya yang seolah-olah mengatakan “TIDAK kepada Komunis”. Kenyataan dari seorang yang bertaraf menteri, tapi keupayaan berfikirnya diragukan saya, semacam tidak stabil – meminjam kata Kayveas – “…perlu pergi ke Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan mental”.

Itu sepatutnya tajuk akhbar pada tahun 70an ketika ancaman Komunis bermaharajalela. Ketika itu, kita baru merdeka – prejudis kaum begitu menebal. Pengaruh British masih kuat, budaya penjajah masih bertapak.

Tidak langsung menafikan peranan anggota tentera, pasukan keselamatan, Polis, Home guard, AP, Force 136 dan yang seangkatan dengannya. Darah kalian dan airmata keluarga adalah baja yang menyuburkan negara tercinta ini.

Chin Peng adalah seorang rakyat Malaysia yang bangkit menentang penjajahan. Beliau tampil memimpin satu pergerakan bersenjata yang pada awalnya disatukan menentang penaklukan Jepun. Namun, perlawanan ini berlanjutan biarpun Tanah Melayu telah dimerdekakan oleh British.

Ada yang memilih untuk menentang British melalui arena politik, ada yang memilih melalui sudut penulisan, ada memilih melalui ruang seni dan ada yang memilih mengikut jalur pendidikan.

Jangan kita salahkan Chin Peng seorang atas kematian pejuang-pejuang negara. Beliau hanya seorang rakyat yang ingin membebaskan negaranya dari penjajahan. Apa yang lebih bergelojak dari darah yang membakar semangat seorang anak muda? Keadaan yang menyebabkan beliau terpaksa memilih untuk tinggal di hutan dan meneruskan perlawanan.

Chin Peng bukanlah ancaman lagi. Rata-rata rakyat menolak komunisme. Chin Peng adalah tokoh kiri perjuangan rakyat menentang penjajahan. Demi masa silam negara yang kelam dahulu, kita perlu izinkan Chin Peng kembali dan menceritakan duduk perkara yang sebenar menjebakkan beliau dalam kancah pertempuran. Kita telah terlepas peluang untuk mendengar pengalaman Almarhum Rashid Maidin, tokoh kiri berbangsa Melayu beragama Islam.

Chin Peng hidup di masa lalu, izinkan beliau untuk kembali dan menceritakan babak perjuangan beliau demi mengkayakan lagi khazanah riwayat kemerdekaan tanah air tercinta ini.

Kita perlu tubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menilai apakah Chin Peng ini bernilai kepada sejarah negara ataupun tidak. Orang awam kebiasaannya akan terpengaruh dengan media yang acapkali ditunggangi oleh tokoh politik murahan yang pasti mengambil kesempatan menjadi dewa penyelamat bangsa, tanpa sebarang asas yang kukuh dan sahih.

Sekali lagi, demi perwira negara yang terkorban dalam pelbagai pertempuran – izinkan Chin Peng pulang, marilah dengar apa yang beliau ingin kongsikan. Kita sudah cukup matang untuk menolak komunisme, marxisme, fasisme malahan nasionalisme sekalipun.

Saya ragu, mungkin ada pihak tidak mahu sejarah tanah air di teropong dari kacamata tentera rakyat seperti Chin Peng. Sejarah biarlah menjadi sejarah.  Izinkan Chin Peng pulang dan bercerita.  Biarlah cerdik pandai dan orang berilmu menentukannya.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

24 Comments

Filed under Di Minda Saya

24 responses to “Chin Peng kembali ke Malaysia… salah kah?

  1. zane

    Saudara berkongsi pendapat dengan saya. Ya! Chin Peng adalah pejuang dan benarkan beliau kembali. Kita terlalu ditakutkan dengan komunis padahan ia hanyalah salah satu ideologi yang banyak negara di dunia amalkan dalam pemerintahan negara mereka. Apa salahnya mempunyai persepsi sendiri tentang bagaimana negara harus diperintah dan berjuang menegakkannya? Chin Peng memilih perjuangan dalam membebaskan negara dari penjajahan, bukankah itu hebat?Hanya media pro British yang begitu memburuk-burukkan beliau sehingga kita terpengaruh sama. Bersikap rasionallah demi kemanusiaan!

    • shahrulpeshawar

      Sdr/sdri Zane

      Saya bukan saja bersetuju tetapi mengharapkan agar beliau dibenarkan pulang hanya kerana dia seorang pejuang kemerdekaan. Saya percaya beliau meneruskan perjuangan di hutan kerana desakan pada waktu itu.

      Jangan lupa pada fakta bahawa yang mengangkat senjata menentang British pada waktu itu bukan saja Chin Peng dan rakyat berbangsa Cina (dimomokkan sebagai komunis) tetapi juga orang Melayu terutamanya dalam Rejimen ke-10, Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Orang seperti Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan ramai lagi.

      Penentang British sering kali dianggap penderhaka walhal merekalah pejuang sejati yang berkorban dan bersabung nyawa – orang seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharajalela dan sebagainya.

      Biarkan Chin Peng kembali dan berkongsi kisahnya.

      • hartini

        saya sgt2 bersetuju dengan ketegasan bahawa chin peng tidak sepatutnye dibawa pulang ke Malaysia..tapi satu shj yg menghairankan sy, kenapa br hari ini isu ini dibangkitkan???kenapa tidak 10 thn yg lalu???tidakkah anda merasakan ini smua mempunyai agenda drp pihak tertentu???mungkinkah disebalik kepincangan politik negara pada masa ini akan berlaku sekali lagi perperangan perkauman di Malaysia???benar jika sy nyatakan disini bhw ikatan silaturrahim masyawakat kita di antara setiap kaum makin pincang, jd tidak mustahil akan berlaku kekecohan di negara ini skali lagi…sy merasa rg akan tindakan pemimpin dan rakyat kita yg tidak pernah cuba untuk memahami sejarah tanah melayu dengan ikhlas hati….renung2kanla…

      • shahrulpeshawar

        Sdri Hartini

        Semalam saya berbual dengan seorang bekas tentera British. Beliau sependapat dengan sdri. bahawa Chin Peng tidak harus dibenarkan pulang. Beliau menyatakan ada melihat teman-temannya terbunuh dalam pertempuran di kala itu.

        Saya menyatakan kepada beliau, sebagai orang yang tidak hidup dizaman itu, saya perlu memuaskan hati saya untuk mendengar kisah-kisah kemerdekaan dari dua belah pihak. Pada peringkat awal, serangan komunis hanyalah tertumpu pada harta kekayaan golongan bangsawan British termasuk estet-estet yang mereka miliki.

        Hari ini, isu Chin Peng digunakan oleh sesetengah orang politik untuk mendapatkan populariti dan melonjakkan nama. Bagaimana kalau kita boleh menjadi sebuah bangsa besar kalau tidak boleh berlapang dada?

        Dakwalah beliau di mahkamah dan biarlah ianya berlaku mengikut proses undang-undang dan bukannya prasangka dan prejudis yang mengadilinya.

  2. anak melayu

    No return for Chin Peng
    musuh tetap musuh
    bg saya musuh islam. musuh negara yg pernah memerangi kita patut bunuh jer waktu dulu.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng#Memimpin_Parti_Komunis_Malaya

    http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=15&thread_id=12575&rowstart=0

    • shahrulpeshawar

      Saya faham dan mengerti maksud Sdr. Anak Melayu.

      Kalau saya hidup dizaman itu, mungkin juga saya bersetuju dan mengambil sikap yang sama.

      Komunis memang ideologi yang kita tolak atas alasan ia menafikan kewujudan tuhan, tetapi atas aspek kemanusiaan & agama – penganut @ pengikut ideologi komunis perlu disedarkan dan diberikan maklumat yang cukup.

      Bagi saya, Chin Peng pernah cuba untuk berunding dan berdamai – rundingan Baling, tapi rundingan itu gagal.

      Kalau kita hendak menghukum Chin Peng atas alasan kesilapan beliau… kenapa kita tidak menghukum rakyat berbangsa Portugis, berbangsa Belanda dan berbangsa Inggeris yang mana nenek moyang mereka bukan saja menjajah malah membunuh dan menghilangkan segala bahan bukti, monumen dan dokumen bangsa Melayu?

      Saya harap kita dapat berbincang secara rasional dan matang tanpa elemen emosi menggangu. Sekali lagi, pendapat anak melayu saya tetap hormati.

  3. Soul

    This is truly not about races (Malay, Chinese or Indian). If you can ask the elder who live back then, there are also Malay and Indian communisms in within PKM. Bet you were not aware bout that. Without prejudice, in my opinion why PKM did reacted so negatively is mainly because of the British which left Tanah Melayu during the World War 2 returned to Tanah Melayu and chase them away after the war. If you were PKM, what would your reaction be? PKM did fight and defend against many Japanese during the World War 2. Yes, many were blindly killed during their presence after the war but many would have not to see today if it was not because of them. Remember, during the war British abandon Tanah Melayu to the hands of Japanese. Many PKM members die during the war in order for us today to see our today children grow. What have we go to say to that?

    After the war, PKM acted very aggressively is because their home ground was bombed by the “after war heroes” (British solider). They were chase away from their homes to jungles and forest. From the knowledge I have collected they only seek and hunt people who were associated with the Japanese during the War. Since they were living in the jungle, they often go to villages to ask for offerings and sometimes beg for food because they have no shelter. Why the unsung heroes have to live like that?

    Today the former PKM leader Chin Peng, 85 years old wants to return to his home (Malaysia) but no one wanted him to return home. To me is like no allowing one soul to be take their last breath in the place where he once fight for. I believe many innocent lives were killed during PKM presence was not a direct order by Chin Peng himself. If he really ought to be a threat to the country. I don’t think he needed to wait till he is 85 years old and with the technology today he could have launch a rocket from China and blame it on them.

    Today, not only Japanese are allowed to trade in Malaysia but they are also allowed to migrate and be a permanent resident here. Who are they back then during the war?

    • shahrulpeshawar

      You are right Soul. We must allow Chin Peng to tell us the other side of independent war.

      Some parties are riding Chin Peng issues to spark the Malay sentiment which is very unethical and dangerous.

      I agree with you, if we really cannot forgive Chin Peng how can we forgive Japan, in-fact our previous leader are urging us to follow Japan.

      • jol

        chin peng?….siapakah dia seperti penting sangat hingga menjadi isu besar?…ada dia ke…tak ada ke..bukan ada manfaat pun.Buat apa nak heboh-heboh pasal dia ni?…Kita tak patut membiarkan isu ni menjadi perdebatan antara kita..lebih-lebih lagi saya nampak seperti mencanang pendapat masing-masing dan tidak mustahil disebabkan pendapat yang berlainan itu pastinya adanya timbul nanti rasa benci…pada siapa?..bukan hanya pada chin peng..tapi kepada siapa-siapa menyokong atau menentang kemasukannya…buat rugi kita je nak bincang isu ni sedangkan saya nampak ianya hanya memecahbelahkan perpaduan bangsa kita je…

      • shahrulpeshawar

        Chin Peng tidak penting pada saudara, tapi ianya penting pada negara. Kita mahu tahu kenapa dia memilih jalan berliku dan berbelok sedangkan jalan lurus ada terbentang.

  4. masa

    chin peng tidak akan pernah pulang ke malaysia lagi!!!tindakan yang dilakukan bknlah tindakan seorang pejuang negara yg ingin membebaskan negara dr jajahan british malah utk kepentingan diri sendiri yg mahu memiliki negara.jika benar utk kepentingan negara mengapa dia perlu membunuh dan mnyeksa org melayu.saya hanya menyuarakan apa yg sy rasa patut.dia tidak perlu pulang utk memberi keterangan tentang sejarah negara.apa yg ada sudah cukup membuktikan tindkan PKM adalah salah dan amat menyeksakan rakyat pada masa itu.jika benar kita perlu memberi peluang utknya bersuara,pergi sajalah padanya,tidak perlu membawa ia pulang ke malaysia lg.Nilai apa yg cuba disampaikan.sekian..
    bagi saya tiada lg kepentingan chin peng dalam negara sejak dia dibuang negara pada zaman dl.tindakan dia dibuang negra adalah betul.rakyat pd masa itu tahu tindakan mereka betul.tidak perlu lg kita mempertikai knnya sekarang..

    • Soul

      Saudara Masa, if you have seen any Tan Sri P.Ramlee movies or ask any elders, not only Malays were kill and torture but other races were also the same. For your information, this is not about racist but more about citizenship. Back to your statement, majority of Malays which was killed by them was because they were working with the Japanese during that period of time. In short what would you “if” Malays betray Tanah Melayu during that time? They betrayed the country but yes there were innocent victims.

      Can I asked, what brand of car do you drive? If you have such a prejudice against Chin Peng why do you even want to drive a Japanese car? Japanese killed even more Malaysian and Malays. If he was Malay what would your conception be or he is simply a Chinese. The computer you’re using to reply this blog and to read my message is made in China by Chinese. Why bother to even use either of those technologies. I honestly admit I may be a bit buyer here but come to think again. He is a old Malaysian who only want to be back home.

  5. Fay

    Mulanya saya terkejut juga, kenapa DSAI menimbulkan isu tentang dia, kebetulan PM Najib ke China dengan melaungkan kpd seluruh dunia bahawa Malaysia ni sahabat karib China sejak berpuluh2 tahun lamanya.. hmm, saya mula ragu2 dgn DSAI.. tapi bila dah baca blog2 mengenai isu ini, saya pun faham.. ya, mmg patut Chin Peng diberi peluang untuk brcakap pasal ni.. takpelah.. yg lalu tu dah lalu.. kalau ikutkan hati.. kita juga masih bermusuh dengan Jepun.. British.. dan semua yg pernah buat ‘jahat’ sama Malaysia harus dibenci .. tapi sekarang zaman moden kita harusnya dah matang .. jangan jadi pendendam pula.. kalau dendam.. dendamlah dengan org Jipun skali.. ni barang2 import dari mrk lgi brlambak kat Malaysia.. Rakyat dah matang, maafkanlah.. ok.. manalah tauu.. ada tambahan sejarah yg tercatat.. hehe..

    • shahrulpeshawar

      ISU Chin Peng hanyalah isu politik. Apa hal kita mengutuk komunis di Malaysia tetapi pemimpin no 1 negara berpeluk mesra dan berdakap-dakapan dengan pemimpin no 1 komunis di negara China? Rakyat dan penyokong yang tak dapat maklumat ataupun yang otaknya tak boleh berfikir pasti tertipu dan terhimbau dengan isu yang dimainkan oleh media. Kenapa tidak bangkitkan kekejaman Jepun? Portugis dan Inggeris? Fikirkan.

  6. Carl-Heinz

    macam-macam alasan yang menyokong dan yang menentang… tp kasihankanlah setiap orang yang telah terkorban masa tu…. jangan biarkan perang saudara tercetus di Malaysia…

  7. asimo

    Saya tidak setuju dgn alasan untuk membawa chin peng untuk pulang ke malaysia.Jika kita berkata “Untuk kebaikan negara” apakah kebaikan untuk negara?dari segi apa?.Kita mesti bercakap berdasarkan pengalaman dan ilmu.Kita berkata bahawa jepun,british,portugis lebih banyak membunuh dari chin peng.anda jgn salah sangka,negara-negara ini adalah negara luar,mereka bangsa penjajah..Sudah tentu mereka membunuh,merompak,menyamun sana-sini sebab mereka pendatang bukannya pengkhianat.Mereka datang untuk menjajah/menakluk negara dan merampas hasil ekonomi negara untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.Itu adalah adat peperangan,tidak ada undang-undang atau rule.Yang pastinya seek ,destroy and conquer.Kita boleh memaafkan kepada chin peng,tetapi bagaimana dgn majoriti rakyat??kalau keburukan lebih dari kebaikan maka kita harusnya tolak.Singapore memanglah diorang sokong chin peng sebab menteri diorang cina,malaysia untuk orang melayu.kalau kita nak bercakap isu perkauman disini,mana-mana tempat akan timbul isu perkauman baik negara sendiri mahupun negara luar..kebanyakkan orang kat malaysia berkata menteri double standard.memanglah double standard memang patut.Singapore macam maner pulak kenapa diorang nak naikan orang cina dan memencilkan orang melayu kat sana???itu tak double standard ke??Jadi kenapa malaysia atau menteri-menteri melayu tak boleh buat macam tue,kat malaysia diorang cakap double standard kalau kat singapore diorang tak double standard.

  8. Sdr. Asimo, disinilah letaknya garis perbezaan kita. Sdr. melihat Chin Peng sebagai pengkhianat. Saya melihat Chin Peng sebagai pejuang, ya – seorang pejuang. Cuma dia tidak berbangsa Melayu – tidak Islam. Tapi dia seorang pejuang, berjuang menentang penjajah.

    Kenapa kita bercakap tentang Singapura? Singapura adalah sebuah negara orang. Suka atau tidak suka… Temasik sudah tidak wujud lagi. Temasik sudah jadi milik orang atas percaturan pentas politik yang kompleks dan tidak begitu manis untuk dibicarakan diruang lingkup blog yang tidak bersempadan ini.

    Saya tanya sdr. Asimo – apakah jika ditakdirkan sdr. berada dizaman silam – apakah sdr. rasa bangga berperang berganding bahu dengan orang putih menentang pejuang tempatan? Atau adakah sdr. akan rasa terhormat mati di medan pertempuran menentang penjajah barat yang sarat dengan agenda dan senjata?
    Menentang British dan berada di atas garisan yang sama dengan tentera British adalah tidak sama. Perjuangan itu tidak sama… jangan tertipu.. percayalah Chin Peng itu seorang pejuang dan bukannya pengkhianat. Yang mengkhianat ialah orang yang menafikan berita sebenar kepada rakyat…. siapa orang itu?

    • Soul

      I personally agree with Sharul opinion. There is no such double standard in Singapore. The double standard is actually happening in Malaysia. The definition of double standard in general is where by a rule has been set out but is one sided. Aismo, I believe you hardly understand the law and the people of Singapore. It is an open country and majority of them are open minded and not conservative. They were once behind us in the early 60’s but today as we speak they are at least 10 years in front of us no matter in economics, law or even reputation. If as what you said this is double standards, then I strongly urge and hope our government does the same practice as Singapore. Muslim, Chinese, Indian and other races pay low taxes and receive yearly bonuses every year. When Malaysia government did give you a duit raya?

      Traitor when someone has been given the trust but eventually disclose secret and open door to foreign or enemy sources to benefit themselves. The correct word to be use is actually rebel (pembentang). Chin Peng was a rebel at that time. That is no denies but for a good cause at the very beginning. He hated the Japanese and those who were associated with them. Many Malays, Chinese and Indian did join him but many of the said races also were his enemy. The traitors back then was those who sell out Tanah Melayu to the Japanese army. That is what we call traitors (pengkhianat).

      • shahrulpeshawar

        As long as there is a “cheap” political agenda behind it, Chin Peng will always be seen as a traitor.

  9. soul

    Shahrul: I totally agree. The whole idea of 1 Malaysia is a waste when “our” political agenda comes in.

  10. Soul

    I believe both you & me is the unsung 1 Malaysia. Different background but 1 heart and mind.

  11. What is one Malaysia when there is still prejudice among us, the Malaysians?… we still cant be ONE nation when we seperated with too many issues and illusions by those who are “talking” on the ONE nation concept. There shouldnt be any single party dominantly controlled by a single race in Barisan if they are serious in this “ONE” thing… which I knew they are not serious.

    Anyhow, I am still committed on having Chin Peng back in Malaysia…

  12. soul

    Keep in touch on your future plans. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s