Bawa Chin Peng kembali hiris hati ATM – Kawal Istana Buckingham tak hiris hati pejuang Melayu?

100_2609

Sekali lagi, saya hormati dan sanjung tinggi darah dan air mata anggota keselamatan negara terutamanya Tentera dan Polis.

Ahli politik selalu membodohkan kita. Menjadikan kita sentimental dan emosional tanpa sebab yang munasabah.  Membawa Chin Peng kembali di katakan menghiris hati perasaan anggota ATM tetapi ketika menghantar Regimen Askar Melayu Diraja berkawal di Istana-istana penjajah British di England tempohari tidak dikira sebagai menghina pejuang bangsa – pejuang menentang Empayar British.

Ingat tokoh-tokoh seperti Dato Dol Said, Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Abdul Rahman Embong, Dato Maharajalela, Dato Sagor, Rentap dan lain-lain.   Kenapa tidak ada orang politik – menteri – wakil rakyat – atau NGO yang mempertikaikannya?

Jadilah Melayu yang celik.  Jangan Emosi dan jangan jadi Melayu yang bodoh sombong.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Hiris perasaan anggota ATM

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 25 Mei – Sebarang usaha membawa masuk bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini menghiris perasaan seluruh warga anggota dan bekas anggota serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut juga meningkatkan semula rasa kemarahan meluap-luap mereka terhadap Chin Peng dan PKM.

Pada masa ini, katanya, seluruh anggota, bekas anggota dan keluarga ATM serta pasukan keselamatan lain menolak sebarang usaha membawa masuk Chin Peng.

“Saya mewakili warga ATM, sama ada yang sedang bertugas atau yang telah tamat perkhidmatan, berasa amat terhiris jika keputusan dibuat untuk Chin Peng diberi taraf kewarganegaraan.

“Ini kerana lebih 50,000 anggota pertahanan termasuk tentera dan polis terkorban akibat angkara pengganas PKM. Jika ini berlaku, rasa terluka yang amat sangat di kalangan anggota dan keluarga ATM,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas melancarkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Dalam Pertahanan Awam di Kem PLKN, Seri Perkasa, Mantin di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil; dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

Beliau mengulas saranan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin PKM, Chin Peng pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Tambah Ahmad Zahid, ketegasan itu tiada kaitan dengan sentimen perkauman tetapi rasa patriotisme yang telah tertanam di kalangan anggota tentera dan polis serta pasukan keselamatan negara yang lain.

“Ada yang bertanya saya, mengapa pengganas komunis yang telah menyerah diri dapat tanah, sedangkan pesara tentera tidak dapat.

“Kalau ini pun sudah disuarakan, apatah lagi jika Chin Peng dan gerombolannya diberi taraf kewarganegaraan,” tegas beliau.

Justeru Ahmad Zahid berharap jika ada parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memperjuangkan nasib Chin Peng ini, agar lebih berhati-hati.

“Fahamilah jiwa, hati dan darah daging anggota tentera sama ada yang bertugas mahupun yang tamat perkhidmatan.

“Ingatlah juga anggota keluarga yang kehilangan orang yang disayang ketika mempertahankan negara sewaktu PKM mengganas dahulu,” ujar beliau.

Menurut Ahmad Zahid, saranan membawa masuk Chin Peng telah menjejaskan moral pasukan keselamatan dan menyebabkan rasa marah kembali muncul.

“Ini soal perjuangan mempertahankan maruah negara akibat identiti dan ancaman kumpulan Chin Peng,” kata beliau.

Sumber:
Utusan Malaysia

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s