Isu Chin Peng – sensitif tak bertempat

Ramai yang tak setuju Chin Peng pulang ke Malaysia.   Ada yang mendakwa bahawa ianya akan memulakan semula kegiatan komunis di Malaysia – ini semua andaian mengarut dan melambangkan betapa dangkalnya sesetengah orang kita.  Komunis kalau nak masuk Malaysia dia dah masuk lama ikut internet dan tv, termasuk majalah dan buku-buku yang dijual.

Bersungguh-sungguh betul sesetengah pihak dalam cubaan menghalang Chin Peng, kerana kata mereka Chin Peng bertanggungjawab membunuh kaum keluarga dan sahabat handai mereka.

Yang menariknya, tak pernah ada sesiapa yang pertikaikan kezaliman yang dilakukan oleh Jepun dalam Perang Dunia Ke-2 dan kezaliman yang dilakukan oleh British, Belanda dan Portugis semasa era penjajahan dulu.

Kenapa kita boleh berbaik dengan Jepun?  Kenapa kita boleh memaafkan British?  British terlibat dengan penyerahan wilayah Melayu Narathiwat, Songkhla, Satun, Phuket, dan Pattani.  Belanda dan Portugis menawan Melaka, menindas penduduk Melayu, membuang maqam-maqam raja-raja Melayu, membunuh para pejuang bangsa.

Jepun dihormati kini, British, Belanda dan Protugis – pasukan bolasepak mereka dikagumi oleh rakyat Malaysia.  Kenapa yang ini tidak sensitif?   Tapi bila masuk cerita Chin Peng jadi sensitif tiba-tiba?

Chin Peng bukan penyebab perang.  Chin Peng itu sendiri adalah mangsa peperangan yang dipaksa kepada semua rakyat Malaya ketika itu.  Seharusnya penyebab peranglah yang harus di benci – British, Jepun, Belanda dan Portugis.

Tapi orang Malaysia pelik, suka dan masih percaya cakap suratkhabar yang didalamnya bercampur waktu solat dan iklan 4D.

Shahrul Peshawar

8 Comments

Filed under Di Minda Saya, Human Rights

8 responses to “Isu Chin Peng – sensitif tak bertempat

  1. jol

    chin peng?….siapa dia tu?..penting sangat ke dia hingga jadi isu?..dah lah tu..saya tengok isu pasal dia ni dah lebih-lebih hingga ada yang tak senang duduk terutamanya orang-orang bekas perajurit negara dan ahli keluarga bekas perajurit negara..hmm..yang saya berpendapat tak usah dibangkit lagi soal chin peng tu..tak berbaloi langsung dan jika dibahaskan lebih lama lagi nescaya mengundang kemudaratan.
    tengoklah sekarang ni…ada yang sokong..ada yang tidak…pengakhirannya?…bermasam muka sesama sendiri..bermusuh sesama sendiri…hanya disebabkan apa?..chin peng..buat apa sibuk-sibuk nak bela nasib dia?..nasib diri kita sendiri..nasib bangsa kita sendiri tak pulak dibela…hanya nak bela nasib dia…sanggup perjuangkan macam-macam..prinsiplah,..keadilanlah.. ideologilah.. semua tu tak ada maknanya..
    dah lah tu……kalau nak bahaskan isu yang baik biarlah isu yang membina dan menyatupadukan rakyat bukannya membahaskan isu yang mahukan perpecahan rakyat…nah kan dah ada yang menentang dan ada yang menyokong…apa nak jadi??
    pengakhirannya….tak ada jalan penyelesaiannya…
    biarlah …..kalau si chin peng tu nak sangat pulang ke Malaysia…dia sendiri yang berusahalah…kalau kerajaan tak bagi…tak..lah…kalau bagi…bagi …lah.
    seruan saya….tinggalkan isu chin peng ni…tak ada faedahnya….

    • shahrulpeshawar

      Sdr. Jol, dalam isu Chin Peng nie, kita harus terbuka. Tak perlu nak bermasam muka dan bergaduh. Chin Peng boleh balik atau tidak boleh balik tak de kena mengena dengan anggota tentera yang tak terbela. Itu isu lain. Dalam akhbar ada dinyatakan ada anggota yang cedera hanya terima pencen yang kecil jumlahnya… ini salah siapa? ini siapa yang abaikan?

      Isu Chin Peng menyatu padukan rakyat. Kita akan belajar cara untuk berbeza pendapat dalam masa yang saya menghormati pandangan orang lain. Cuma mereka yang suka menangguk di air keroh akan cuba menjadikan isu ini sebagai peluang untuk mencipta nama, “menjadi Hero”, dan bermacam lagi.

      Saya sarankan sdr. Jol baca lebih banyak buku mengenai perjuangan dan kemerdekaan… belajar melihat hasil perjuangan orang yang lain. Buka mata hati seluasnya dan anjakkan paradigma kearah yang lebih luas lagi…

  2. jimit

    Negera Cina dulu kuat kominis…la…dah ok…PM pun buat lawatan baru2 ni..siap bawa mak lagi…ertinya hubungan kita dengan negara luar dah bagus…semua negara ada edologi yg beza2 caranya sahaja berbeza..itu pun beza tak banyak beza..contoh: Amanah Saham Nasional…format agihan keuntungan sama diamalkan oleh negara cina…dari dulu2 lagi (bahagi keuntungan sama rata). Negara Cina mereka mengagihkan kazanah negara mereka sama rata..untuk rakyat…sama2 susah sama2 rasa…macam nabi mengagihkan harta perang semasa peperangan dizaman nya.Negara kominis ini pun cedok dari pemerintahan Islam (Nabi kita). Pemerintah di Cina ni jika mereka mengucap kalimah (menganut islam) buang edologi kominis dah tentu hebat dari kita dan negara islam lain cara mereka memerintah negara mereka. Isu Chen Peng dah berlalu…org2 Eropah membunuh orang islam lagi banyak. Jiran kita bunuh orang islam lagi banyak..tanpa sebab…Pak saudara saya yang berumur 91 menceritakan hal2 Chin Peng dan rakan2 nya kepada saya semasa mereka aktif di perak dulu2 tu.. asalnya mereka ini perjuang kemerdekaan dan melawan pihak yg bersekongkol dengan Britis. Dia kata Chin Peng ni macam Lee Kuan Yeu, Lim Kit Siang, H. S. Lee, Tun Tan Seiw Seng, Omar Ong Yoke Lee, Hond Bon Seiw, Lim Chong Yu dan lain2 cina yang berjasa kepada negara kita. Pak sedara saya kata kalau dapat rakaman perbincangan Tuan Ku dengan mereka di Baling Kedah tu…lagi bagus…pihak yang rajin2 tu cuba pi ke England cari tape rakaman mereka dan kita dengar sama2 apa kata Tun Ku kepada Chin Peng, Rahid Maydin dan lain.

    Kalau kita waras sudah tentu perkara yang telah berlalu tak dapat diulangi dan yang hilang x dapat diganti..bayangkanlah zaman itu ada pada masa kini….silap-silap kita lagi besar buat salah untuk menyelesaikan masaelah yg dihadapi oleh Tun Ku dan Chin Peng. ….Pada masa itu merekalah yang paling cerdik….jadi keadaan sekarang ni yang berlaku dari tangan dan buah fikiran mereka…ok kan?…biasalah suasana negara kita dan dunia bergolak sikit2…takkan x ada masaelah langsung…Mantan PM Tun Mahathir pun pernah berkata jika pembankang x ada dalam politik dan negara kita sentiasa ok aje…sesuatu yang pelik dan dan tak baik untuk negara kita. Kepada Ching Peng bagilah can pulang..ke Beruas…kawan dia yang lain pun dah pulang…hidup aman. Sesiapa yang terlibat dengan pengaman negara semasa zaman kominis tu..jadikanlah iktibar dan lipatan sejarah…dan sudah di takdirkan zaman itu adalah zaman yang bercorak melawan penjajah cara mencedera dan membunuh. Jepun datang lagi ganas. Portugis datang pun ganas. J.W.W. Birch dibunuh sebab dia ganas dan nak ambil kekayaan di Perak. Siam paksa bayar ufti lagi2 ganas. Lanun menceroboh negara kita pun ganas. Di Penang tahun 70an dadah bermaharaja lela..banyak yang jadi tauke…lagi ganas …sampai sekarang dadah x selesai2. ..zaman hipes masuk…ada kawan2 saya nama pun tukak nama orang putih..x mengaku islam…dah berlalu…mereka yang penagih ni lingkup…tunggu nak mati…umur mereka 50an.

    • shahrulpeshawar

      Sdr. Jimit, saya kira saudara seorang “otai” orang lama dan lebih dulu makan garam. Saya hanya orang muda yang lemas hidup dalam dunia paksaan dan kepura-puraan. Kita dipaksa untuk bersyak wasangka sepanjang masa. Disebelah tangan kita menghentam komunis tetapi disebelah tangan yang lain boleh pulak berjabat tangan? Cukuplah lakonan murahan sebegini. Zaman itu sudah berlalu.

      Saya setuju dengan saudara, yang lepas tu lepaslah.

  3. perajurit_taatsetia

    salam,
    ingin saya nyatakan di sini, adalah tidak wajar chin peng pulang ke Malaysia kerana sebab2 tertentu. Saya sebagai anggota keselamatan yang di tugaskan mengkaji tentang baik dan buruk jika beliau pulang.
    Sebab2nya sy tdk perlu nyatakan kerana ia adalah rahsia negara. Ikhlas saya nyatakn 70 % daripada sbb2 itu adalah lebih kpd buruk. Tidak perlu dipertikai lagi kerana chin peng tidak dibenarkan msk malaysia.. syukur..

    • shahrulpeshawar

      Apa saja lah alasan untuk menghalang kepulangan Chin Peng. Terpulanglah. Kalaulah General Yamashita yang hendak kembali menetap di Malaysia pastinya dia akan diberikan permaidani merah agaknya?

  4. asimo

    Saya yakin chin peng akan digunakan sebagai satu “medium” untuk berpolitik.Saya akui yang chin peng adalah seorang yang cukup hebat.Kite tidak boleh mengatakan yang Brtitish,Jepun dan bangsa-bangsa luar nie kejam.Kenapa saya cakap macam tue..Kite kena fikir mereka nie Penjajah,kloni,memang keja mereka nak bunuh membunuh nie.Sebab mereka nie orang luar.Chin peng pulak dia orang Local(malaysia) maksudnya pengkhianat.Musuh dari selimut.Khianat nie lebih hina dari membunuh.Dan Pasal Rashid Maydin,kalau anda hendak tahu mereka nie bukanlah KOMUNIS seperti yang anda sebutkan.Asalnya Rashid Maydin dan orang-orang nya adalah dari persatuan permuda islam.Komunis dan PPI nie menentang bangsa2 penjajah(british,jepun etc).PPI dan Komunis nie bukan sekutu.Oleh sebab penentangan dua belah pihak ke atas british,jadi british isytiharkan PPI adalah jugak dari Komunis,disebabkan itu ramai yang salah anggap banyak orang melayu adalah komunis berbanding cina.Pada waktu itu PPI adalah orang tergolong dari golongan orang melayu dan komunis adalah dari golongan cina.

    Berbalik cerita Chin Peng kembali ke malaysia.Saya tidak menyokong mana2 pihak kerajaan mahupun pembangkang.Disini kita dapat lihat majoriti rakyat malaysia tidak membenarkan chin peng kembali ke malaysia disebabkan ke tidak puas hatian.kalau disebabkan Chin peng kembali ke malaysia dan banyak yang tidak berpuas hati bermakna nya saya sebagai rakyat tidak akan membenarkan chin peng kembali.Dan nyawa chin peng juga akan amat terancam jika chin peng kembali ke malaysia.

    • shahrulpeshawar

      Terima kasih atas komen En. Asimo. Camna lak kita boleh katakan Chin Peng pengkhianat? En. Asimo terkeliru. Yang diperangi Chin Peng ialah Kerajaan British dan setelah beliau yakin Tanah Melayu merdeka, barulah beliau sedia untuk berunding bagi menamatkan perjuangan bersenjatanya.

      Sebab itu, kita tidak boleh mengatakan komunis sahaja yang berperang di hutan menentang British, ada lagi pihak lain… siapakah mereka? Antara yang masih hidup ialah Chin Peng, sebab itulah kita nak tahu dari dia siapa yang bukan komunis dari kalangan mereka dan apakah matlamat perjuangan mereka. Ada orang yang pernah mengangkat senjata didalam hutan mengaku bahawa sasaran beliau hanyalah “mat salleh” dan bukannya askar Melayu.

      Di Malaysia, kita tidak pernah buat sebarang survey keatas orang ramai mengenai hal ini. Yang bercakap dan buat kenyataan serta memaksa orang ramai untuk bersetuju ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sahaja, jadi anggapan yang mengatakan rakyat Malaysia tidak setuju Chin Peng pulang hanyalah rekaan dan ciptaan mereka yang takut berhadapan dengan realiti perjuangan silam, yang pastinya akan menjadikan sejarah kemerdekaan ditulis dari sudut yang lain.

      Tidakkah En. Asimo terfikir kenapa Brunei yang kecil tetapi kaya itu begitu lambat dilepaskan oleh British? Tentulah sebab petrolnya yang berkoyan-koyan… Mengapa pula Malaysia yang lebih besar dari Brunei, bukan setakat petrol, lebih dari petrol pun kita ada tetapi terpaksa dilepaskan oleh British? Antaranya ialah kerana British tidak larat menghadapi tentangan berterusan dan sabotaj keatas ekonomi mereka oleh kelompok pejuang ini.

      Jika Chin Peng dibenarkan pulang, pasti banyak sejarah dapat dicatit dengan tepat dan telus. Soal kenapa rundingan Baling gagal dan sebagainya dapat dikongsi oleh generasi kini. Akhir, Chin Peng adalah seorang pejuang, dia tahu bila dan dimana nyawanya terancam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s