Muktamar PAS ke 55 – Adios Pakatan Hola Barisan

Apa korang nak kata. Katalah.

Aku lihat politik budak-budak dah mula balik dalam PAS. Tokoh-tokoh dari Kelantan hampir semua tercantas, dan bendul-bendul yang setakat orang dalam parti je suka tapi rakyat belum tentu suka naik adalah sesuatu yang cukup mengharukan.  Dengan lagak ala SPR, jawatankuasa pegundian PAS aku rasa perlu kelihatan lebih telus dan bersih.

Sebagai orang luar, aku punya kira-kira senang je, “pihak-pihak tertentu” dah mungkin membuat congakan bahawa Mursyidul Am yang ada sekarang nie agak tegas dan tak suka nak bergabung dengan UMNO (Tuan Guru tak pernah kata tak nak berdamai, dia cuma tak nak bergabung je sebab ada kenangan dan pengalaman silam). Jadinya, dalam tempoh terdekat nie, dengan kesihatan yang agak merosot, Tuan Guru pastinya bukanlah penghalang utama, tapi “prodigee son” nya beserta “The A-team” akan kekal menjadi batu penghalang. Untuk menjayakan kerajaan perdamaian nie, makanya team yang cintakan UMNO ini perlu dinaikkan, kononnya untuk kepentingan umat dan bangsa Melayu atau apa saja alasannya.

Antara perkara yang aku jangka akan berlaku ialah perpecahan antara PAS dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain.  PAS akan mula mengintai UMNO lebih kerap lagi – yelah… mandat baru dapat, masih fresh.  Berdamai dengan UMNO aku lihat bukan cita-cita PAS tapi cita-cita dan cinta beberapa individu dalam PAS yang mengharapkan habuan (maaflah, agak kasar sikit.) sementelah dunia politik mereka tidak ketentuan (if you cannot beat them… joint them).

Kesan dari perpecahan ini, PAS akan kehilangan undi bukan Melayu.  Makanya dalam pilihanraya akan datang, jumlah orang bukan Melayu yang mengundi PAS akan jatuh merudum.  Puak yang pro-umno dalam PAS ni bukan peduli pun dengan pengundi-pengundi bukan Melayu, sebab diaorang nie selalu berada di zon selesa orang Melayu…

Aku rasa tokoh-tokoh yang kalah hari tu, terutamannya yang rapat dengan Anwar Ibrahim tak akan dimasukkan dalam struktur organisasi PAS bagi memastikan pengaruh mereka terus merudum.  Inipun selaras dengan kehendak kekasih baru – UMNO.

Aku malas nak komen banyak, cuma aku rasa pengundian tempohari ada yang tak kena, banyak sangat SB berkeliaran… oppsss.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Di Minda Saya

2 responses to “Muktamar PAS ke 55 – Adios Pakatan Hola Barisan

  1. Anda sudah jadi jurucakap BN? Ingatlah agenda utama penubuhan Pakatan Rakyat iaitu untuk mengakhiri pemerintahan BN yang gagal.

    Walauapapun, Pakatan rakyat yang dianggotai tiga parti pembangkang ini adalah yang terbaik yang kita ada, satu-satunya pilihan! BN seratus kali lebih buruk dari mereka!

    • shahrulpeshawar

      Bro. Zane, aku bukan jurucakap BN, cuma pandangan rakyat marhain yang Erdogan pun tidak Khomeini pun tidak.
      Isu kerajaan perpaduan akan dicanang Najib habis-habisan dan memproklamir “dasar terbuka”nya.. aku takut Manek Urai nanti pakatan terburai je…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s