Belasah Anwar kerana Chin Peng

100_4106

Hari ini ramai betul orang yang nak jadi hero.  Ada yang cadangkan Anwar di ISA kan.  Ada yang kata Anwar tak patriotik dengan alasan basi yang sama – menghiris hati anggota keselamatan.  Ada yang kata Anwar buta sejarah.  Ada yang kata Anwar hanya pentingkan politiknya sahaja… dan bermacam-macam lagi alasan tidak berasas dan berhingus dari pelbagai pihak, malah ada yang gelar depannya “Dr” pun bengong tak boleh pikir.

Anwar adalah antara jutaan rakyat yang tidak melihat dimana rasionalnya melarang Chin Peng balik ke Malaysia kerana dia seorang berfahaman komunis yang terlibat dalam perang yang dipaksakan kepadanya pada saat itu dengan berseronok memandu kereta buatan Jepun, sedangkan Jepunlah antara negara yang menyebabkan keseluruhan Tanah Melayu ketika itu duka nestapa!  Kenapa kita tidak tutup sahaja Kedutaan Jepun?

Yang melucukan ada pihak yang mendakwa ada membuat kajiselidik dikalangan rakyat Malaysia dalam bab Chin Peng, dan kononnya 80 peratus rakyat menolak Chin Peng.    Satu hoon pun aku tak percaya dengan soal selidik ni.  Rakyat bukan buta sejarah tapi rakyat bosan sejarah yang dinafikan.  Sejarah yang ditulis ala-ala penjajah – “menafikan fakta dan kebenaran”.  Sejarah jenis inilah yang sehingga kini menggambarkan orang Melayu Bugis sebagai Lanun.  Dato’ Maharaja Lela, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain sebagai penderhaka.

Chin Peng harus dibenarkan balik dan sejarah kemerdekaan negara harus dimasukkan juga pengorbanan mereka yang memilih untuk berada di sayap kiri.   Sayap kanan sahaja tidak mampu untuk membawa sang burung terbang di langit bebas.  Tetap sayap kiri diperlukan.

Kesian Anwar.

Shahrul Peshawar

7 Comments

Filed under Di Minda Saya

7 responses to “Belasah Anwar kerana Chin Peng

  1. eddie

    Cuba bayang dan hayati.
    Pada saat Chin Peng ada disini. Emak tuan sendiri dirogol oleh orang2 Chin Peng / Chin Peng sendiri. Bagaimana penerimaan tuan pada dia?

    • shahrulpeshawar

      Kalau bab merogol bukan Chin Peng je. Ismail Kerbau pun rogol gak? Kalau Ismail Kerbau rogol sedara mara awak tentu awak tak marahkan sebab dia orang Melayu? begitu ke…. tanyalah soalan cerdik sikit…

  2. zulaikha jamaludin

    Salam,,,,

    Bosan ngan sikap anwar ibrahim, tak habis-habis membela chin peng.

    Harap kerajaan malaysia dapat menguatkan sistem undang-undang, supaya chin peng tidak diharuskan pulang ke negara ini.

    Sedih teringat kisah tanah melayu dijajah, tiada sifat keperimanusian.

    Harap masyarakat dapat membuka mata, supaya negara malaysia dapat hidup dalam keamanan damai.

    • shahrulpeshawar

      Salam kembali.

      Kerajaan Malaysia tidak perlu menguatkan undang-undang, cukup dengan membodohkan rakyat jelata je… terutamanya yang masih ingat negara ni milik orang Melayu seratus peratus.

      Komunis tidak pernah menjajah Tanah Melayu. Yang menjajah Tanah Melayu ialah British, Portugis, Holland, Jepun dan British kembali… komunis adalah ideologi semata bukan satu kuasa pemerintahan. Kalau kita takut komunis yang berasal dari negara China… kenapa pula Tun Razak pergi ke China? Kenapa belajar dari komunis untuk rancangan bumi hijau dan menubuhkan tanah-tanah rancangan (FELDA)?

      Seperti yang selalu saya tekankan, Melayu adalah bangsa yang merdeka dan kuat, kita tidak takut dan tunduk pada bayang-bayang siapa. Apakah bila Chin Peng balik ke Malaysia maka semua orang akan jadi komunis? British menjajah, menjarah dan membunuh datuk nenek kita, menafikan ketamadunan yang kita ada, memecah belahkan nusantara, menyebabkan kita kehilangan temasik, pattani, songkhla, narathiwat, mindanao dan banyak lagi… kenapa kita boleh membenarkan Kedutaan British dibuka disini? dan kenapa kita boleh adakan pulak tugu untuk mengingati tokoh mereka? Tak berdosakah kerajaan kepada Dato Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela, Rentap, Dato Dol Said, Tok Janggut dan lain-lain pejuang bangsa?

      Baca tulisan-tulisan saya sebelum ini:-

      https://shahrulpeshawar.wordpress.com/2008/06/12/now-their-turn-to-guard-istana-negara/

      https://shahrulpeshawar.wordpress.com/2009/06/26/beria-ia-nak-lawan-komunis-pun-tapi-tak-kan-sampai-jilat-penjajah-kot/

      https://shahrulpeshawar.wordpress.com/2009/05/26/chin-peng-kembali-ke-malaysia-salah-kah/

      Saya nantikan jawapan saudari Zulaikha.

  3. penamelayang

    salam,

    Jika ditanya kepada penduduk negara ini terutama yang tinggal di kampung-kampung berhampiran sempadan Thailand sekitar 60-an dan 70-an, mereka tentunya belum lupa pada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM).

    Di beberapa kawasan di Kedah seperti pekan kecil Padang Sanai, Pedu, Nami, Gubir, Belantik dan Baling, ketakutan terhadap gerila komunis dirasai hingga ke akhir tahun 80-an.

    Ketika itu nama Chin Peng dan Rashid Maidin sentiasa meniti dari bibir ke bibir penduduk.

    Bukan kerana mereka mengagung-agungkan kedua-duanya atau terlalu menghormati bekas Setiausaha Agung PKM itu, tetapi disebabkan gerun dengan imej kejamnya.

    Nama Chin Peng dan komunis menimbulkan perasaan gerun di kalangan penduduk hingga ada yang sanggup meninggalkan ladang dan huma.

    Disebabkan kegiatan komunis itu, penduduk tinggal dalam ketakutan. Ada yang terpaksa mengabaikan kebun getah dan dusun kerana sering diganggu oleh pengganas komunis pimpinan Chin Peng.

    Itu belum dikira harta benda terutama tanaman yang dirosak dan dimusnahkan kerana penduduk enggan bekerjasama dengan kegiatan mereka.

    Bagi penduduk Kedah terutama yang tinggal di daerah Sik, Padang Terap dan Baling, mereka tentu tidak dapat melupakan serang hendap oleh komunis terhadap pasukan keselamatan di Gubir yang mengorbankan banyak nyawa.

    Cerita-cerita ngeri mengenai anggota pasukan keselamatan yang terkorban kerana bertempur dengan pengganas komunis ini sering dipertuturkan.

    Ini semua merupakan imej ganas dan kejam PKM pimpinan Chin Peng yang kesannya masih dirasai hingga ke hari ini terutama oleh mereka yang terlibat secara langsung.

    Jangan pula kita lupa bahawa ramai anggota tentera dan polis kita terbunuh ketika bertugas mengawal negara daripada ancaman komunis .

    Itu belum kira mereka yang cacat seumur hidup seperti putus kaki dan tangan, buta, hilang ingatan dan sebagainya akibat terkena jerangkap samar pihak komunis.

    Malah ada antara bekas anggota keselamatan yang berkorban jiwa dan raga mempertahankan negara dari ancaman komunis pimpinan Chin Peng ini, kini hidup terlantar dan terbiar.

    Sesetengahnya pula yang cacat seumur hidup terus menderita kerana tidak mendapat pembelaan daripada sesiapa. Termasuk daripada parti-parti politik yang kini cuba tampil menjadi hero untuk membela nasib Chin Peng.

    Ini adalah fakta sejarah. Sebab itu sebarang keputusan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini perlu mengambil kira aspek sejarah ini.

    Walaupun dia dilihat sebagai tidak lagi mengancam keselamatan negara, namun perbuatan lampaunya masih dirasai.

    Memang ideologi komunis di seluruh dunia kini telah berubah. Namun ramai juga bekas pemimpin komunis di seluruh dunia yang dihukum kerana jenayah perang. Ada yang dijatuhkan hukuman mati macam Pol Pot di Kemboja.

    Chin Peng juga banyak melakukan jenayah dan banyak berdosa kepada rakyat negara ini. Sehingga kini dia terlepas daripada berdepan dengan hukuman walaupun terlibat dengan segala tindakan kejam sewaktu menjadi pemimpin PKM.

    Sebab itu apabila mahkamah pada 30 April lalu menolak permohonannya untuk kembali dan menetap di negara ini, ia tentunya dibuat setelah mengambil kira kesan jika bekas Setiausaha Agung PKM dibenarkan kembali.

    Mungkin ada yang bersimpati dengan nasib Chin Peng yang kini sudah berusia 85 tahun dan ingin kembali ke Malaysia.

    Tetapi bagaimana pula sensitiviti dan sentimen mereka yang pernah menjadi mangsanya dan kini masih hidup?

    Kenapa tidak diambil kira perasaan hampir 2,000 bekas anggota tentera yang cacat dan masih hidup serta keluarga mereka masih menanggung trauma akibat pertempuran dengan komunis dahulu?

    Adakah nyawa kira-kira 5,000 anggota keselamatan yang gugur ketika ketika mempertahankan negara daripada ancaman komunis pimpinan Chin Peng itu tidak ada nilai apabila hari ini tiba-tiba kita mahu memberi layanan istimewa kepadanya?

    Persoalan-persoalan sensitif ini perlu dijawab sebelum sebarang cadangan memberi layanan istimewa kepada Chin Peng dikemukakan.

    Lagi pula aktiviti komunisme di negara ini meninggalkan pelbagai kisah duka dan sedih selain dendam yang mendalam.

    Sepatutnya Chin Peng diheret ke mahkamah dan dibicarakan atas segala keganasan dan pembunuhan yang dilakukannya. Layanan ke atasnya perlu sama seperti Pol Pot dan ramai lagi pemimpin Khmer Rouge yang kini dibicarakan oleh tribunal antarabangsa di Kemboja.

    Meminjam soalan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani: “Apa faedahnya kepulangan Chin Peng kepada negara?”

    • shahrulpeshawar

      Salam kembali…

      Tulisan yang cukup baik. Saya hormati pandangan en. trancendence_21, saya akur kesukaran dan kegelisahan yang dialami oleh penduduk di pendalaman Kedah, kekejaman yang dihadapi oleh penduduk.

      Seperti saya tekankan, saya sanjung tinggi perjuangan anggota keselamatan – yang terbunuh, yang tercedera, cacat seumur hidup, kesan psikologi dan sebagainya.

      Saya tidak mengatakan Chin Peng perlu diberikan layanan istimewa, cuma saya mengharapkan beliau dibenarkan pulang untuk kita kongsi ceritanya dan mengetahui hakikat sebenar sebuah peperangan.

      Sensitiviti melulu akan merugikan. Sebagai satu bangsa yang gagah dan merdeka – seorang Chin Peng tidak akan membawa sebarang kerosakkan.

      Kita boleh melupakan kekejaman Inggeris dan Jepun, dan sehingga kini tidak juga menghukum mereka… malah ada yang sanggup mencipta dasar pandang ke timur (jepun)… tapi dalam isu Chin Peng kita berkeras tak tentu hala. Kita tidak perlu terperangkap dengan sejarah silam.

      Apapun, saya tetap menghormati pandangan tuan.

  4. penamelayang

    Terima kasih kerana berfikiran terbuka. Tapi saya tetap dgn pendirian saya, chin peng tetap tidak harus dibenarkan balik. tapi, jika benar2 dia (chin peng) ingin menjejak kan kaki ke Malaysia, biarlah dia dihadapkan ke mahkamah utk pengadilan. Biarlah dia menjawab kembali apa sahaja yg pernah dia lakukan dahulu.

    Seperkara lg, mengenai ‘dasar pandang ke timur’, bukankah itu untuk kemajuan negara melalui proses modenisasi industri pembinaan, pembuatan dan kerjasama ekonomi. Selain itu, bukankah kerajaan Jepun telah memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi kepada semua negara yg telah ditaklukinya.

    Persoalannya, “apakah kepentingan chin peng untuk balik ke tanahair ini???” jika sekadar untuk membuka kembali lembaran sejarah yg hitam. Wallahua’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s