conteng BINI PUAKA dengan kutuk AGONG… mana lebih besar SALAHnya?

DULU – masa mula-mula Kerajaan Negeri Terengganu nak dapat Menteri Besar baru ada orang kutuk YANG DIPERTUAN AGUNG… siap ada gambar – siap keluar suratkhabar dan tv… tapi WHY Haa?  Orang-orang tu tak kena apa-apa tindakan?  SO FUNNY.

Shahrul Peshawar

 

Polis buru 3 siswa UM di kampus

Abdul Rahim Sabri | Jul 2, 09 3:17pm

 

Polis terus memburu tiga lagi pelajar Universiti Malaya (UM) untuk membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan cubaan membakar di sebuah dewan apabila mereka menyambung pengajian mulai minggu depan.

“Kita tunggu sehingga mereka masuk UM, mereka mesti masuk (untuk) mendaftar (bagi semester baru),” kata pegawai penyiasat kes tersebut, Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam.

Kelas pengajian akan dimulakan 6 Julai ini.

Ketiga-tiga pelajar tersebut dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian menconteng, antaranya “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” di dewan Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu.

Selain contengan, polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menghadiri satu program di situ beberapa jam selepas kejadian itu.

Difahamkan, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani – ketiga-tiganya pelajar API.

Shazni Munir belajar di tahun akhir, sementara dua lagi akan memasuki tahun kedua pengajian.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, pegawai polis Brickfields itu menasihatkan ketiga-tiga mereka menyerah diri dan bekerjasama dengan polis bagi memudahkan siasatan kes tersebut.

Selasa lalu, dua pelajar akademi Islam, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.

Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan semalam selepas ikat jamin RM5,000.

Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s