TABIK untuk Ustaz Azizan – Menteri Besar Kedah

100B3041
ORANG TU KATA LAGI
Orang kata PAS ikut telunjuk DAP.
Orang kata PAS takut hilang undi Cina.
Orang kata PAS tak perjuangkan hak Melayu
Orang kata PAS tak boleh selesaikan masalah
Orang kata PAS macam-macam
Orang dulu kenapa tak selesai MASALAH BABI di Kedah
Orang dulu kenapa tak respons cepat
Orang dulu kenapa tak buat apa
Orang dulu bukan Melayu Islam ke
Orang dulu tak ikut telunjuk MCA ke?
Ada orang bantah kandang babi
Ada orang kata  babi haram
Ada orang kata tidak Islamik pindahkan kandang babi
Ada orang apikan benci Melayu dengan Cina
Ada orang semarakkan fitnah nak robohkan kuil dan to’kong
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah ARAK?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah JUDI?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah RASUAH?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah RIBA?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah KHIANAT?
Semua haram.  Sama-sama haram?  Babi boleh bantah yang lain tak nak bantah?
Apa punya Melayu daa…  semangat selsema BABI je…
*orang (baca sebagai umno/bn)
SHAHRUL PESHAWAR
Alor Setar

3 Comments

Filed under 1

3 responses to “TABIK untuk Ustaz Azizan – Menteri Besar Kedah

  1. shamsul

    Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh

    ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) — Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

    Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

    Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

    Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

    — BERNAMA

  2. shahrulpeshawar

    Gerakan apasal tak sibuk bila Khir Toyo robohkan kuil hindu di Selangor dulu? Apasal masa tu tak bising… hidung kena cucuk ke masa tu?

  3. muhariz

    Syabas pemuda gerakan kedah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s