Ilal Liqa’ Kak Bibi (Bibi Hafila Muinuddin)

“Sapa dacha” kataku, “sapa dachi” jawabnya.  Kadang-kadang aku mengajuk lagi “Enge poringe?”… dan “kasi ilek..” itulah antara sapaan awal aku kalau terjumpa dengan insan yang bernama Bibi Hafila Muinuddin ini.

Kak Bibi adalah panggilan biasa aku kepada beliau.  Perkenalan kami bermula pada tahun 1994 tatkala aku memulakan latihan praktikal aku di pejabat Setiausaha Agung ABIM ketika itu terletak di The Right Angle, Seksyen 14, Pj.  Setiausaha Agung ketika itu ialah Haji Mohd Anuar Tahir.

Kak Bibi banyak mengajar aku mengarang dan menulis dalam bahasa Inggeris.  Pada masa itu, pejabat ABIM sarat dengan pelbagai misi dan agenda dan yang turut membantu operasi kami ketika itu ialah Mr. Fan Yew Teng, tokoh besar dalam dunia politik tanahair tetapi tidak dikenali oleh generasi hari ini, juga termasuk Almarhum Ustaz Hussin (Champa), Dr. Kamal (Rohingya) dan Uncle Zakaria(Mindanao).  Tidak lupa juga Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan Haji Ahmad Kamal Mohd Ali – mentor-mentor yang banyak membimbing.

kak bibi

Kak Bibi memberikan aku peluang untuk membina jaringan antarabangsa dengan menjadikan aku komiti bagi seminar anjuran sebuah kerajaan Arab ketika itu, seminar ini dihadiri oleh manusia dari segala ceruk rantau.  Kak Bibi juga menjadikan aku komiti dalam sebuah seminar mengenai AIDS di Melaka, menambahkan lagi khazanah pengetahuanku.

Jarak dan masa memisahkan kami agak lama, namun aku tahu Kak Bibi sentiasa istiqamah dengan projek-projek pengumpulan dana beliau.   Banyak projek-projek yang aku terlibat mendapat “sentuhan” Kak Bibi, sentuhan ini cukup peribadi demi membantu mereka yang malang dan kesempitan.

Kali terakhir kami bekerjasama ialah ketika aku masih di NAZA.  Kami menganjurkan satu kutipan derma bagi membantu menyelamatkan mata seorang adik yang telahpun kehilangan sebelah matanya.  Pada Ramadhan dua tahun yang lalu, sebelum Kak Bibi diserang strok yang pertama, melalui ABIM Titiwangsa dan ABIM Wilayah Persekutuan kami berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa di salah sebuah wad di HKL dan menaja kos berbuka puasa bagi rumah persinggahan HKL untuk seminggu yang terakhir.

Sebelum pada itu, aku dan seorang sahabat – Sdr. Khalid Yahya dijemput untuk membaca selawat sempena Majlis Perkahwinan anak saudara lelaki beliau, Faizal di Shah Alam.  Masih ingat lagi Kak Bibi berpesan “hang jangan tak datang dengan Khalid – hang mesti datang”.

Masa bergerak pantas, aku terus menerus berada di utara dan hanya sekali sekala pulang ke ibukota, menjadikan agak sukar bagi aku untuk menziarahi beliau, ada sesekali saja aku menelefon beliau dan beliau juga ada menelefon aku, walaupun kurang jelas nada percakapannya.

Aku banyak belajar tentang kaedah “fund raising” dari beliau, selain dari Sharifah Aminah Al Khared dan Kak Shereen.  Kak Bibi adalah Insan yang cukup kental dan mempunyai jaringan kerjasama yang agak luas.  Sukar untuk mencari ganti “fund manager” seperti beliau.  Apapun, pastinya beliau sedang tersenyum kini dan berada didalam Rahmat dan Restu ILahi.

Bibi Hafila Muinuddin atau lebih dikenali sebagai Kak Bibi telah kembali ke Rahmatullah pada 2.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 30hb Julai 2009 yang lalu.

Al Fatihah

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s