Saya okey – Muhyiddin (walaupun guna helikopter tentera untuk rasmi mesyuarat UMNO)

102_4447

Saya okey – Muhyiddin

KOTA KINABALU 16 Ogos – ‘‘Saya okey, tiada masalah dan tidak terkejut,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menceritakan pengalaman apabila helikopter yang dinaikinya terpaksa melakukan pendaratan tidak dijadual di Tuaran hari ini.

Helikopter Nuri yang membawa Timbalan Perdana Menteri dan 14 yang lain melakukan pendaratan tidak dijadual di Impian Jadi Resort, Tuaran akibat cuaca buruk.

Muhyiddin dalam perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.

‘‘Saya lega kita ada juruterbang yang bagus yang merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan penerbangan ke Kota Kinabalu kerana cuaca buruk.

‘‘Jadi kita mendarat di Tuaran. Tiada perkara pelik berlaku. Dia (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul,” katanya pada sidang akhbar di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini selepas mengakhiri lawatan sehari ke Sabah.

Kelewatan akibat cuaca buruk itu memaksa Timbalan Perdana Menteri membatalkan rancangan merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.

Utusan Malaysia

JIB cuba tengokkan si DIN ni sikit… kata rakyat nak didahulukan dan pencapaian diutamakan… macamana boleh guna jentera kerajaan untuk rasmi mesyuarat UMNO?  Kalau dah tak boleh nak amanah dengan harta rakyat pun at least jadilah ahli politik yang profesional sikit – bayarlah helikopter sendiri…

Memalukan betul, tak de amanah dan tak boleh diharapkan.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Belasungkawa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s