SPRM, PDRM, PM, TPM = DRM – orang dah tak percaya…

102_4434

Nafi tolak Chuan How jatuh

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan mereka menggunakan kaedah gestapo semasa menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada seorang daripada Exco kerajaan negeri Selangor, pada Jumaat lepas.

“Adalah ditegaskan bahawa pegawai SPRM tidak pernah sama sekali menolak Wong (Ahli Majlis Perbandaran Sepang) sehingga beliau jatuh. Kecederaan yang dialami oleh Wong tidak akan berlaku sekiranya beliau mematuhi arahan yang telah diberikan dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyempurnakan siasatan yang dijalankan,” menurut SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

SPRM berkata, siasatan awal mendapati beberapa program dan bantuan yang menggunakan peruntukan pembangunan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek telah tidak disampaikan kepada pihak pemohon walaupun kelulusan telah diberikan dan cek-cek telah diserahkan kepada Wong.

“Penemuan hasil siasatan ini menjadikan Wong sebagai suspek utama dan keputusan dibuat agar beliau ditangkap untuk siasatan lanjut, dan untuk itu SPRM pada 5 Ogos telah berusaha menghubungi Wong melalui panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbitnya tetapi tidak dibalas.

“Akhirnya, pada 13 Ogos 2009, Wong telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pegawai SPRM memaklumkan bahawa beliau bersetuju untuk bertemu dengan pegawai SPRM di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Pelek pada 14 Ogos 2009 jam 9 pagi,” kata SPRM.

Pada hari Jumaat lepas, sepasukan pegawai SPRM telah bertemu dengan Wong berserta dua peguamnya di tempat yang dijanjikan dan pegawai SPRM telah menunjukkan kad kuasa SPRM kepada mereka bertiga.

“Beliau (Wong) telah dimaklumkan bahawa beliau perlu dibawa ke Pejabat SPRM Putrajaya bagi tujuan siasatan lanjut kerana dokumen-dokumen berkaitan kes yang sedang disiasat berada di Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

SPRM berkata, Wong dan kedua-dua peguamnya membantah kerana dikatakan Wong terikat dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bil. 4 Tahun 2009 dan lanjutan daripada keengganan tersebut, Wong telah ditangkap oleh pegawai SPRM berhubung kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

“Wong juga seterusnya enggan menurunkan tandatangannya apabila notis di bawah Seksyen 53 (3) Akta SPRM 2009 dibaca dan diserahkan kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata, Wong melalui peguamnya meminta pegawai SPRM membenarkan beliau pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis berhubung tangkapan ke atasnya sebelum beliau mengikut pegawai SPRM ke Putrajaya.

Pegawai SPRM bersetuju dan memaklumkan bahawa Wong adalah di bawah pengawasan SPRM dan beliau perlu menaiki kereta pegawai SPRM untuk ke balai polis.

Kata SPRM, apabila Wong yang tidak digari hendak dimasukkan ke dalam kereta pegawai SPRM yang sudah pun menunggu di luar pusat tersebut, beliau secara tiba-tiba menepis tangan pegawai SPRM yang mengiringi beliau dan cuba melarikan diri.

“Pegawai SPRM terpaksa mengambil tindakan menghalang Wong dari melarikan diri dengan memeluk beliau dari belakang kerana beliau mula meronta-ronta dan akhirnya menjatuhkan dirinya di atas lantai kaki lima deretan kedai di situ.

“Adalah ditegaskan bahawa pegawai SPRM tidak pernah sama sekali menolak Wong sehingga beliau jatuh,” katanya.

Dengan itu SPRM memohon kerjasama orang ramai untuk memerangi jenayah rasuah dan bukannya memburukkan SPRM dengan mengeluarkan kenyataan melulu berasaskan kepada sentimen semata-mata. – BERNAMA

Utusan Malaysia lagi..

SATU Malaysia pun tak akan percaya dengan versi SPRM nie…

Tapi mungkin ada dua tiga NGO’k akan sokong – siap buat banner lagi – pakai lilit-lilit kat kepala sokong SPRM nanti – hahahaha… dapatlah nasi lemak dengan teh ais sorang sebungkus… JADILAH…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s