Nik Aziz menyeleweng? Terompah Pelastik mana yang cakap nie?

102_4440

Sapa yang pandai kata Tuan Guru Nik Aziz menyeleweng nie?

Aku tak percaya Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kata.  Dia hanya bagi kenyataan umum.

Tapi kalau USUTAN MALAYSIA dan BERITA HAIRAN  buat kerja cam Abu Jahal dan Abu Lahab melaga-lagakan Tuan Guru aku percaya – diaorang nie memang tak boleh harap – dalam suratkhabar depa pun ada iklan nombor ekor.

KENYATAAN PENUH PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

MERUJUK kenyataan yang dikeluarkan media pada 18 Ogos 2009 seperti Utusan Malaysia mengenai isu atau dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong/ahli UMNO tidak akan masuk syurga.

Sebenarnya isu ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan sejak tahun 2000 lagi dan keputusan muzakarah itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT.

Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti-parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam.

Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan juga berpendapat sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan ingin menasihatkan kepada umat Islam terutamanya kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam hendaklah berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak betul atau bidaah yang boleh mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.

Kepada orang ramai, ingin saya nyatakan bahawa dalam ajaran Islam yang sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka.

Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita.

2 Comments

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia

2 responses to “Nik Aziz menyeleweng? Terompah Pelastik mana yang cakap nie?

  1. azmi

    BODOH!!!!!
    Dia orang kita nie… akal org jenis 20-30 tahun dulu ke… Kenapa tak reti-reti lagi… Kalau jenis macam Nik Aziz pun korang nak manipulasikan, aku pun tak paham lagi pemimpim macam mana lagi yg elok ada dalam UMNO… Kepada Mudin Yasin aku makin menyampah tengok muka ko…
    Kalau diletak bersebelahan dengan Nik Aziz orang pun tahu mana yg betul… jauh lagit dari bumi.
    Bertaubatlah Mudin… banyak-banyak kan amal

  2. Saudara azmi…berfikirlah secara rasional bukan membabi buta…Palestin terbahagi dua kerana adanya dua parti yg bertelagah Hamas dan Al-Fatah…hari ini Yahudi berjaya melahirkan dua parti Islam yang bertelagah UMNO dan PAS…mengapa…? kerana orang Melayu amat buta sejarah…orang Cina sentiasa menjaga keharmonian kaumnya sehinggakan adanya rakyat berlainan idealoji pasti akan dihapuskan dan dibunuh…kerana mereka percaya dengan satu idealoji sahaja mereka akan menjadi lebih berjaya…sejarah lampau telah mengajar mereka dan hari Cina merupakan sebuah negara kaya dan wakil PBB…namun demikian kejayaan merekadi takdirkan Allah swt hanya berkisar diatas dunia sahaja sebaliknya Agama Allah swt mengutamakan dunia dan akhirat…

    Saudara azmi…adakah kerajaan hari ini meruntuhkan masjid, menggalakkan judi dan arak malah telah di nyatakan oleh kerajaan judi dan arak itu haram untuk orang Islam…membina universiti utk org Islam, membangunkan sistem perbankan utk org Islam, membangunkan ekonomi melalui badan2 spt Tabung Haji, YAPEIM dan sebagainya utk org Islam, membuka sekolah2 Agama untuk org slam, kalau dulu kita lihat ramai guru2 cina, hari ini lebih ramai guru2 melayu malah tiada kecacatannya..kalu org UMNO kaya apasalahnya org2 PAS pun kaya juga asalkan ia Melayu Islam malah ramai peniaga2 melayu UMNO dan PAS yg berjaya bukan atas pertolongan kerajaan hasil dari dasar yang dibuat oleh kerajaan UMNO….namun demikian klu dibandar2 masih lagi kita lihat 95% bangunan terdiri dari peniaga cina…malah org cina lebih berjaya di dlm perniagaan dari org melayu…kenapa kita TIDAK mencemburui mereka…hari ini PAS bermati-matian mahu menghapuskan kuasa politik melayu yg hanya tinggal sejengkal…tak malu ke sdr berbuih-buih mulut sdr mcm kena sawan babi memaki hamun org2 melayu islam…kafir sangat ke UMNO nie…Islam sangat ke PAS tu…yg jelas PAS di KELDAI oleh DAP yg mahu melihat kuasa politik melayu musnah…itu saja..benarkah PAS boleh menguasai negara…? klu benar PAS mahu mendirikan negara islam bertandinglah 222 kerusi parlimen…klu menang 120 kerusi pun sudah cukup utk mendirikan kerajaan Islam yang di dokong oleh PAS dan org2 melayu Islam dan UMNO tetap memberi sokongan penuh kepada PAS walaupun UMNO hanya memenangi 20 kerusi sahajakerana sudah jelas 100% kerajaan Melayu Islam…usahkan 120 kerusi, utk bertanding 70 kerusi pun akan di KETUK oleh DAP dan PKR…canne tu..PAS ibarat anjing menyalak bukit sahaja…yang ruginya org melayu islam…

    Agenda yahudi adalah menyekat pengaruh Islam dan memperkukohkan agenda Lee Kuan Yew sahaja..jawapannya PR sahaja dapat melemahkan Islam Radikal (PAS) dan memusnahkan Islam Fundemental (UMNO)..yakni 2 dalam 1…apakah sdr yakin Anwar yg di agung2kan Nik Aziz mampu memperjuangkan agenda Islam PAS…jgn mimpi saudara…mimpi buruk lah yg akan berlaku kpd PAS…benar Anwar akan disokong oleh DAP dan PAS maka bersorak lah sdr sambil bersukaria di ikuti dgn caci maki kpd UMNO yg kalah…lupa ke sdr…Wikileaks mendedahkan Lee Kuan Yew tahu Anwar meliwat…sudah pasti Anwar akan di tanduk hidungnya waima Anwar di lantik sebagai Perdana Menteri atau Presiden akan mem “BLACK MAIL” Anwar dan akhirnya agar tidak didedahkan, Anwar selaku Perdana Menteri/Presiden akan memberi apa sahaja kehendak org2 Cina di negara ini termasuk LKY yang akan menghalang penubohan negara Islam….(Adegan panas Arial dan Cut Tari sudah berada di setiap halaman komputer dan adegan panas Anwar sudah pasti berada di tangan Lee Kuan Yew)…sedarlah sdr azmi….percayalah…apakah pemimpin idola sdr yak ni Tok Guru tidak membaca hal ini…klu begitu martabat politik Tok Guru ibarat sampah sahaja…melaung-laungkan islam tetapi tidak tahu menilai yang mana kaca yang mana intan…hari ini Tok Guru memegang kepala Cina…hari yg akan datang Cina memenggal penyokong2 Tok Guru dan org2 melayu islam….sudah 3 kali percubaan org Cina mahu menguasai negara 1. Bintang Tiga 2…Perpisahan Singapura 3. 13 Mei …dan PRU 13 ( 1+3=4) kali yang ke- 4 Lee Kuan Yew amat mengharapkan kejayaan dan pemainnya sudah tentu Anwar dan Nik Aziz……keduanya adalah ancaman kepada kekuatan Islam di nusantara ini…nauzubillahmin zalik….BERSATULAH SDR AZMI…ORANG2 MELAYU ISLAM PERLU BERSATU AGAR BERSAMA KITA MEMBINA MARUH ISLAM DI NUSANTARA INI..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s