Derma melalui Iftar Ramadan

Benda baik aku keluarkan gak.

Oleh MOHD. ANUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Global Peace Mission (GPM) mensasarkan membantu 6,000 keluarga miskin di 18 buah negara menerusi program Iftar Ramadan yang kini memasuki tahun kesembilan penganjurannya.

Ketua Pegawai Eksekutif GPM, Mohd. Asri Abdul berkata, menerusi program tersebut, pihaknya akan menyalurkan bantuan bernilai RM25 kepada setiap keluarga terlibat.

”Program ini diadakan sebagai manfaat kepada umat Islam seluruh dunia terutama di negara yang umat Islamnya adalah golongan minoriti, negara dilanda bencana alam serta terlibat dengan konflik bersenjata,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya, GPM memerlukan dana sebanyak RM150,000 untuk menjayakan program tersebut.

”Sehingga hari ini GPM telah pun menerima sumbangan berjumlah kira-kira RM40,000,” ujarnya.

Mohd. Asri memberitahu, penerimanya adalah komuniti Islam terpilih di Afghanistan, Albania, Bosnia, Chechnya, Filipina, Indonesia, Iraq, Kashmir, Kemboja, Laos, Lebanon, Myanmar, Pakistan, Palestin, Sri Lanka, Sudan, Thailand dan Timor Leste.

”Bantuan ke negara tersebut akan disalurkan melalui wakil GPM di negara berkenaan,” katanya.

Selain itu, katanya, GPM juga memperuntukkan sumbangan untuk mualaf di kawasan pedalaman di bahagian Sarikei, Sarawak.

Beliau juga mengharapkan keprihatinan umat Islam di Malaysia untuk menyalurkan sumbangan supaya usaha yang murni itu dapat direalisasikan.

“Atas nama kasih sayang, GPM merayu umat Islam di Malaysia untuk menyalurkan sumbangan mereka supaya program Iftar Ramadan GPM tahun ini dapat berjalan dengan jayanya,” katanya.

Sumbangan boleh dibuat atas nama Global Peace Mission melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 14-023-01-002922-4 atau akaun Maybank bernombor 564-221-611-602.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program itu boleh hubungi pejabat GPM di talian 03-6188 3230 atau fax ke 03-6188 3233. Orang ramai juga boleh melayari laman web GPM yang beralamat di http://www.gpm.com.my.

Leave a comment

Filed under Humanitarian, IDP, Refugee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s