Kelakar – Mahu Tema Sambutan Kekal

gedung_kartun_vol1

Mahu tema sambutan kekal

KUANTAN 31 Ogos – Orang ramai di sini mahu tema Hari Kemerdekaan ke-52 1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dikekalkan setiap tahun berikutan maknanya yang begitu mendalam terutama bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Mereka berkata, tema tersebut jika dihayati oleh setiap kaum mampu mewujudkan masyarakat bersatu padu berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara.

Mereka turut bersetuju bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mewujudkan keadilan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.

Seorang peniaga, Azman Alias, 43, gagasan 1Malaysia dapat mengeratkan hubungan selain menghilangkan prasangka mengenai perkara tertentu di kalangan masyarakat.

Katanya, gagasan yang menggalakkan masyarakat hidup dalam harmoni dan saling menghormati itu tidak akan mengikis jati diri setiap kaum di negara ini.

”Misalnya, setiap masyarakat perlu saling menghormati agama lain walaupun berbeza pegangan. Bagi umat Islam, kita perlu menghormati agama lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Azman, jika setiap kaum memahami hak dan kepentingan masing-masing, gagasan 1Malaysia mampu dicapai dengan jaya dalam masa singkat.

Seorang lagi peniaga, Dayang Minsu, 55, berkata, gagasan 1Malaysia merupakan konsep yang amat bertepatan dengan suasana rakyat berbilang kaum di negara ini.

”Rakyat perlu kembali bersepakat dan meletakkan keyakinan terhadap Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan negara merdeka.

”Sambutan kemerdekaan yang diadakan juga merupakan alat yang boleh digunakan untuk memberi pemahaman mengenai makna 1Malaysia kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, generasi pascamerdeka perlu diasuh dan diberi kesedaran supaya mereka perlu mempertingkatkan perpaduan kaum selaras dengan konsep 1Malaysia.

Seorang peniaga kain, D. Saroja, 45, berkata, tema Hari Kemerdekaan ke-52 iaitu ‘1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ berjaya mewujudkan semangat cintakan negara, tanpa mengira agama dan kaum.

Meskipun berketurunan India, jelasnya, dia boleh bergaul dengan kaum lain yang berlainan agama, bahasa dan budaya tanpa sebarang masalah.

”Saya rasa tidak terpinggir dan ini adalah nikmat sebenar menjadi rakyat Malaysia,” ujarnya.

Katanya lagi, walaupun ulang tahun kemerdekaan kali ini disambut secara tertutup di sini, tetapi kemeriahannya lebih dirasai berbanding tahun lalu.

Sementara itu, seorang peruncit, Chan Wai Meng, 56, berkata, dia bersyukur kerana dapat menjalankan perniagaan dengan aman tanpa gangguan sejak negara mencapai kemerdekaan.

”Saya sendiri bangga menjadi rakyat Malaysia dan membesarkan anak-anak saya di negara yang aman ini,” katanya.

KELAKARNYA…

Kenyataan nie ada dari orang Melayu, orang Cina dan orang India.  One Malaysia lah tu?  Apa erti One Malaysia bila kerajaan gagal membela nyawa rakyatnya, membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan barangan, dan gagal mengawal stok gula, bawang putih dan beras.   Hahahahaha… One Malaysia kena tipu.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s