Kepala Lembu – Kenapa sekarang nak berdalih pulak?

DSC00078

gambar hiasan

Bila dah gelabah mulalah tak mengaku.  Apalah lu tak gentleman langsung.  Kenapa nak buat demo, berbincanglah… kan korang suka orang berbincang je dan tak suka pada demo?  Kenapa korang tak demo je kat Batu Caves?  Satu lagi, jawatankuasa penduduk ni satu entiti yang sah ke atau syok sendiri je?  Macamana korang boleh yakin bahawa penduduk seksyen 23 memberi mandat kepada sekumpulan orang jahil cam korang?

Kalau esok orang Hindu pijak Al Quran sebagai bantahan – korang lah penyebabnya…

Penduduk tak pernah rancang bawa kepala lembu

SHAH ALAM 31 Ogos – Penduduk Seksyen 23 tidak pernah merancang membawa kepala lembu ketika mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Jumaat lalu, sebagai membantah keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan mereka.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri berkata, tindakan sebenarnya tidak diduga kerana ia tidak pernah dibangkit serta dibincangkan dalam jawatankuasa badan penduduk itu.

Sebaliknya, katanya, apa yang dirancangkan ialah mengadakan perarakan penduduk kawasan terbabit dari Masjid Negeri di Seksyen 10 ke bangunan SUK sambil membawa sepanduk yang menunjukkan bantahan daripada pihaknya.

Menurutnya, perhimpunan itu diadakan sebagai alternatif pihaknya untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri yang tetap meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu tanpa mengambil kira sensitiviti majoriti penduduk Islam.

“Sebenarnya, kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu.

“Kita tidak tahu bagaimana ia boleh ada dalam perhimpunan itu kerana dalam perbincangan di kalangan jawatankuasa penduduk, tindakan sedemikian tidak pernah dibangkitkan, apatah lagi dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama beberapa wakil penduduk kawasan itu membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15, di sini hari ini.

Laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat kenyataan beberapa pemimpin politik seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail; Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang didakwa cuba mencetuskan ketegangan antara kaum di Seksyen 23.

Para pemimpin berkenaan mendakwa tindakan mengarak kepala lembu menuju ke SUK dalam perhimpunan itu dilakukan oleh penduduk Seksyen 23 selain mengatakan tindakan sedemikian sebagai menyentuh sensitiviti masyarakat beragama Hindu.

Dalam pada itu, Ibrahim turut menyelar kenyataan para pemimpin berkenaan selain menyifatkan ia bersifat berat sebelah serta tidak adil terhadap penduduk Seksyen 23.

Menurutnya, beliau tidak tahu menahu dari mana datangnya kepala lembu itu dalam perhimpunan berkenaan.

Tambah beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan kemunculan kepala lembu pada perhimpunan itu sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu memburuk-burukkan imej penduduk di Seksyen 23.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan kenyataan pihak tertentu yang terlalu melihat kepada sensitiviti penganut Hindu ekoran insiden kepala lembu berkenaan.

Sedangkan, katanya lagi, sensitiviti penduduk Islam kawasan itu sebelum ini langsung tidak pernah diambil peduli dengan cadangan pembinaan kuil tersebut.

“Inilah yang kita kesalkan kerana kita (penduduk Islam) pula dituduh sebagai pelampau, perkauman, tidak sensitif kepada kaum dan agama lain sedangkan kita pertahankan pendirian kita membantah keputusan kerajaan negeri untuk bina kuil.

“Bagaimana pula dengan sensitiviti kami, adakah kerajaan negeri peduli?” ujarnya.

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s