Kerja-kerja Kemanusiaan yang tertinggal lama…

100_4567

Lama juga aku tinggalkan kerja-kerja kemanusiaan secara sepenuh masa ni…  Banyak sangat urusan peribadi dan dunia yang nak diselesaikan, tapi tak selesai-selesai pun semuannya tu… aku rasa perlu untuk buat “comeback” dan memberikan sumbangan dalam bentuk yang lebih santai tapi berkesan, biar aku tentukan hala tujunya dulu, nanti kita kongsi kemudian… Ramadhan nie menyedarkan aku agar lebih bertanggungjawab dalam penulisan blog walaupun blog ni aku yang jadi “author”nya tapi mesti ada had dan sempadan.

Ramadhan yang datang seringkali membawa nostalgia Ramadhan yang telah lalu – Ramadhan yang lepas, Ramadhan dulu-dulu, Ramadhan sebelum kahwin, Ramadhan masa mula kerja, Ramadhan masa belajar, Ramadhan di perantauan, Ramadhan di kampung, Ramadhan waktu kecik-kecik.

Aku banyak kali gak sambut Ramadhan di luar, ada sekali di Uzbekistan, banyak kali di Pakistan, Afghanistan dan Kashmir.  Syawal di perantauan memang menyedihkan, terutamanya kalau mak dan ayah masih ada…

Azam aku Ramadhan ni ialah untuk memohon keampunan sebanyak-banyaknya dari ALlah, buat bekal ke Ramadhan yang satu lagi (kalau ada umur) dan aku nak manfaatkan bulan ni untuk banyakkan amalan aku untuk bekal perjalanan seterusnya… disamping agar Allah memberikan aku dan keluarga hasanah dan barakah di dunia dan akhirat.

dan aku tak pernah lupa, setiap Ramadhan, aku berjanji… LAWAN TETAP LAWAN.

3 Comments

Filed under Di Minda Saya

3 responses to “Kerja-kerja Kemanusiaan yang tertinggal lama…

  1. Moga kita sama-sama diberi kekuatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s