Rayuan Dana Ramadhan Untuk Tabung Kemanusiaan MRA

mra2

Y.Bhg Tuan/Puan,

Assalamu alaykum wrh wbt.,

RAYUAN DANA RAMADHAN UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN MRA

Didoakan semoga Tuan/Puan dilimpahi iman dan kesejahteraan dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, insyaAllah.

Malaysian Relief Agency (MRA) telah ditubuhkan atas keinsafan bahawa “sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain” dimana khidmat bakti akan diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan.  Justeru, kami telah memulakan berbagai aktiviti bantuan kemanusiaan dengan didokong oleh ahli jawatankuasa dan sahabat-sahabat MRA yang berpengalaman. Buat masa ini, kerja-kerja dalam negara antaranya adalah program kebajikan Orang Asli dan bantuan kepada pelarian dari Myanmar. Sebuah sekolah untuk kanak-kanak Rohingya di Cheras Baru telah ditubuhkan. Kami sedang merancang beberapa program lagi untuk golongan-golongan bermasalah di negara kita.

Untuk luar negara pula, kami telah menghantar rombongan ke Gaza dan Sri Lanka untuk menghulur bantuan dan mengumpul maklumat bagi program-program jangka panjang. Hasil dari lawatan ke Palestin juga, melalui NGO-NGO yang merupakan rakan tempatan di Gaza, kita telah diminta untuk memberi rawatan lanjutan kepada beberapa pesakit, melatih doktor-doktor Palestin dalam bidang bius kerana mereka kekurangan doktor bius, mengambil pelajar-pelajar untuk belajar di institut pengajian tinggi tempatan serta menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar di Palestin.

Sebagai projek permulaan, kami telah membawa ke Malaysia pada 18 Julai 2009, adik Mohamad Moussa Al-Hajj, remaja warga Palestin mangsa kekejaman tentera rejim Israel semasa serangan Israel ke atas Selatan  Lebanon  pada tahun 2006. Beliau telah mengalami kecederaan teruk dan terpaksa menjalani amputasi di kedua belah kakinya. Beliau sedang menjalani rawatan dan rehabilitasi lanjutan di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru untuk membolehkan beliau berjalan semula menggunakan prosthesis (anggota kaki palsu). Beliau dijangka berada di Malaysia selama dua bulan

Dikesempatan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kami ingin merayu sumbangan dana dari Tuan/Puan untuk bersama membantu adik Mohamad Moussa dan orang-orang lain yang memerlukan.Semoga Allah SWT membalas jasa Tuan/Puan dengan sebaik-baik balasan Sekian, terima kasih. Wassalam.

Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik
Presiden

Leave a comment

Filed under Humanitarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s