Ilal Liqa’ Muhammad Moussa

KLIA 21 Sept –Adik Muhammad Moussa selamat berangkat ke Palestin malam tadi setelah berada di Malaysia selama 2 bulan 3 hari menjalani rawatan mendapatkan kaki palsu. Beliau mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak MRA dan Hospital Pakar Al Islam yang sentiasa bersama beliau. Beliau menyatakan ini adalah merupakan satu pengalaman manis yang beliau tidak akan lupakan disepanjang hayat beliau. Turut bersama beliau di lapangan terbang KLIA ialah para EXCO MRA yang terdiri dari Dr. Hyzan, Pn Yasmin, Sr. Shireen dan Sr. Fauziah.

Satu sidang media untuk mengucapkan terimakasih kepada seluruh penderma telah diadakan di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru pada hari Jumaat, 18 Sept. Sijil penghargaan telah diberikan kepada wakil-wakil dari MSRI, COMPLETE, Hospital Serdang dan Hospital Pakar Al Islam. Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik dalam ucapan beliau memaklumkan beberapa projek yang sedang dan akan dijalankan oleh MRA seperti bantuan pendidikan di Sri Lanka, bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal di selatan Thai dan bantuan berterusan di Palestin. Dalam konteks dalam negara pula, beliau menyatakan usaha berterusan sedang dijalankan membantu masyarakat terpinggir seperti orang asli, pencari suaka politik dan latihan kepada sukarelawan.

Dr. Hyzan selaku Ketua Biro Bantuan Perubatan memaklumkan bahawa pihak MRA sedang mengenalpasti beberapa pesakit lagi yang akan dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan bantuan perubatan. Disamping itu beberapa orang doktor perubatan dari Palestin juga akan dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan latihan intensif dalam bidang bius. Menjawab soalan wartawan, Dr. Hyzan menyatakan keseluruhan perbelanjaan perubatan adik M. Moussa adalah melebihi RM80,000.00 dan jumlah ini telah ditaja oleh beberapa pertubuhan dan orang perseorangan.

Adik Muhammad Moussa juga sempat menunjukkan demonstrasi bagaimana beliau menggunakan kaki yang baru walaupun masih dalam keadaan yang agak kekok. Kita semua mendoakan semoga adik M. Moussa dapat menyesuaikan diri dengan segera dengan kaki yang baru dan dapat memulakan kehidupan yang baru sebagai seorang remaja yang aktif dan dinamik, insyaAllah.

1-moussasit2

1-moussawalk1

1-moussawalk2

1-pc2

Leave a comment

Filed under Humanitarian, Palestine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s