Camne Datuk Abdul Azeez boleh kena pukul?

datuk azeez

Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul “bertubi-tubi” lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

“Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

Azeez yang ketua Putera Umno, berkata beliau sedang mempertahankan Datuk Ismail Sabri daripada diperlakukan sedemikian rupa dalam kejadian pada kira-kira jam 9.20 itu.

“Masa saya nak selamatkan Datuk Ismail Sabri, saya telah kena pukul bertubi-tubi dan ditendang di belakang saya,” katanya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang daripada individu berkenaan telah memegang dan menggoncang badannya berkali-kali dan mengatakan kepadanya: “Tahu atau tidak rasuah tu haram?”

Katanya lagi, penyokong-penyokong berkenaan telah menunjukkan duit kertas kepadanya dalam kejadian berkenaan.

Buat laporan polis

“Yang saya pasti mereka adalah penyokong-penyokong PAS. Pakaian mereka dari atas sampai bawah adalah pakaian PAS,” katanya lagi, yang telah membuat laporan polis dan pemeriksaan di sebuah hospital kerajaan.

“Saya tidak boleh bagitahulah hospital mana takut mereka datang kacau saya,” katanya lagi.

Tambahnya, pemeriksaan x-ray yang dibuat di hospital berkenaan mendapati beliau kini menderita kecederaan tulang serviks akibat trauma, kesan daripada serangan tersebut.

“Sekarang saya rasa sangat loya dan nak muntah. Belakang tengkuk saya rasa sakit sangat,” katanya lagi.

Katanya, beliau akan mengambil tindakan ke atas individu-individu terbabit selepas meneliti video rakaman berkenaan yang akan diperolehinya daripada sebuah agensi kerajaan.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Port Dickson tengahari ini, Azeez berkata beliau tidak berpuas hati dengan “tindakan melampau pihak penyokong PAS” itu.

“Saya tidak kenal siapa yang memegang kami, kami tahu mereka adalah penyokong PAS yang memakai T-shirt PAS,” katanya dalam laporan berkenaan.

Polis sedang siasat

Sementara itu, Bernama melaporkan polis masih belum mengenal pasti suspek yang menumbuk Abdul Azeez.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pihaknya sedang menyiasat insiden itu selepas Abdul Azeez, yang juga ketua Umno bahagian Baling membuat laporan di IPD Port Dickson pada jam 12.30 tengah hari.

“Kami telah menerima laporan kes tumbuk itu yang berlaku kira-kira pukul 9.20 pagi. Menurut laporan itu, si pengadu telah ditumbuk di bahagian belakang, leher dan pipi ketika beliau melalui kawasan penyokong PAS yang berkumpul, setakat ini tak ada saksi dan siapa punya angkara.

“Bagaimanapun, seorang lagi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang turut bersama beliau tidak membuat laporan kerana terselamat daripada insiden itu,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata polis akan menyiasat dengan kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Sementara itu, Osman berkata polis setakat ini tidak mendapat laporan berhubung insiden baling botol minuman yang berlaku ketika proses penamaan calon itu.

Selain beberapa insiden kekecohan yang berlaku itu, secara keseluruhannya, beliau menganggap proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson itu berjalan lancar.

Pantau keadaan

Katanya selepas ini, polis akan memantau pula aktiviti kempen oleh kedua-dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS.

Beliau berkata tidak ada had jumlah permit yang akan dikeluarkan selagi pihak yang terlibat mematuhi peraturan berkempen yang ditetapkan.

Katanya polis tidak bimbang untuk mengawasi aktiviti berkempen sehingga hari pengundian 11 Okt ini kerana mempunyai anggota yang mencukupi.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s