Penghantaran Misi 1 Insaf Malaysia ke Padang pada 9hb Oktober 2009

Pasukan INSAF (INSAF Humanitarian Relief Malaysia) yang terdiri daripada 2 orang Doktor Perubatan iaitu Dr. Ahmad Abdul Wahid, Dr. Mohd Yusof Omar dan 2 orang di Bahagian Logistik iaitu En. Mohd Farhan Al-Firdaus & En.Ishak Abdul Kadir sedang dalam persiapan ke Lapangan Terbang LCCT tengahari ini untuk berlepas ke Padang, Sumatera Barat.

Sabagaimana yang tuan puan sedia maklum bahawa pada 30.9.09 hari Rabu jam 5.16 petang, satu gempa bumi yang kuat telah melanda di Padang, Sumatera Barat dengan Magnitute 7.6. Hingga ke hari ini mengikut laporan dari UN mengatakan bahawa kematian sudah mencecah 1100 orang dan beribu lagi yang cedera parah yang perlukan rawatan dengan segera. Banyak rumah-rumah yang roboh dan penduduknya memerlukan ‘shelter’ sementara saperti khemah. Dan kini mereka masih lagi dalam keadaan trauma.

Pasukan INSAF yang awal ini dipanggil “Rapid Assessement Team” bertujuan untuk mengumpul data informasi akan kedudukan keadaan di sekitar kawasan Padang dari segi kesihatan, tempat tinggal, makanan dan air bersih serta keperluan sanitasi (tandas). Seterusnya memantau keadaan kesihatan dan kecederaan pada penduduk supaya kita boleh membawa doktor, jenis ubatan dan alat alat keperluan perubatan lain.

INSAF juga akan berusaha membawa masuk pakar-pakar untuk misi yang akan datang, contohnya ‘surgent, piadetric’, ‘gynaecologist’, ‘anestatis’ dan lain-lain. Di samping itu juga membuat ‘assessment’ dengan keperluan lain saperti khemah, makanan dan air bersih di kawasan kawasan yang betul betul memerlukannya supaya bantuan ini dapat disalurkan terus di kawasan berkenaan.

INSAF (INSAF Humanitarian Relief Malaysia) akan bekerjasama dengan pihak tempatan di Padang dan juga UNHCR supaya bantuan yang kami bawa memang diperlukan dan tiada “duplication”. Sebagai contoh jika ada satu kawasan yg mana terlebih doktor atau terlebih makanan akan mengakibatkan pembaziran. Insaf HR Malaysia juga akan bersama-sama dengan rakan NGO tempatan iaitu Mercy Indonesia semasa di Padang.

Misi seterusnya ‘Misi 1’ akan berangkat ke Padang pada hari Jumaat 9.10.2009. Jumlah doktor, ubat dan keperluan lain bergantung pada ‘report’ dan ‘assessment’ nanti. ‘Acute Emergency’ biasanya 2 minggu lepas gempa. Pihak Insaf HR Malaysia berharap dapat memberi bantuan ke padang sehingga ke ‘Misi 5’ dengan pakar ‘psychology’ dan ‘psychiatry’ (post trauma).

Untuk melaksanakan semua misi kami ini semuanya bergantung pada kemampuan pihak kami dengan sumber kewangan yang ada. Dari itu kami merayu pada mereka yang mahu membantu kami di sana bolehlah membuat sumbangan terus ke akaun kami di CIMB Bank. Akaun nombor seperti berikut: 14350004893051

SEKRETARIAT MEDIA

Leave a comment

Filed under 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s