Perkembangan Misi Bantuan Malaysian Relief Agency di Padang

Assalamu’alaikum,

Semua exco, sukarelawan dan sahabat MRA.

Saya ingin maklumkan mesej pesanan ringkas dari sdr. Shahran Kassim dan Dr. Hyzan Yusof yang berada lapangan pascagempa di Padang, Sumatera Barat.

Semalam iaitu hari kedua misi MRA, waktu yang amat memenatkan dan hari yang penuh keadaan menyayat hati sambil menyaksikan kemusnahan. Benak pemikiran penduduk-penduduk di Padang masih dalam keadaan trauma dan hospital-hospital penuh sesak dengan pesakit-pesakit yang mengalami kecederaan.

Pasukan menyelamat dan mencari antarabangsa termasuk dari Britain, Perancis, Switzerland serta dunia Arab sedang menggeledah runtuhan bangunan secara berhati-hati untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hidup.

Mereka mengharapkan menemui keajaiban di bawah runtuhan bangunan. Dua mangsa ditemui masih hidup dan selamat di bawah runtuhan setelah 40 jam terperangkap bersama mayat-mayat mereka yang telah menemui ajal. Hari ini, pasukan SMART Malaysia akan memulakan usaha mencari menyelamat di Hotel Mariani, Padang.

Harapan kita agar mereka berjaya mengeluarkan mangsa-mangsa yang masih hidup. Melalui kerjasama dengan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI), para doktor, jururawat dan petugas perubatan MRA akan memberikan khidmat kepada mangsa gempabumi di Rumah Sakit Siti Rahmah, Hospital Daerah Kota Padang dan Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) di kawasan Penduhulu dan Pariaman. Rumah Sakit Umum RSU M. Djamil di Padang mengalami kerosakan akibat gempa.

Salam sejahtera.

Dr. Mohd Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA

3 Comments

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Refugee

3 responses to “Perkembangan Misi Bantuan Malaysian Relief Agency di Padang

  1. hajah rohaya

    doa yang tidak putus d dinihari buat semua petugas dan mangsa bala (aayaatun bayyinatun) dr Allah Ta’ala. Inilah petanda yang nyata dariNya…

  2. sufi

    Saya berminat untuk menyertai persatuan ini untuk membuat amal kepada mereka yang kurang bernasib baik.Harap ada sesiapa yg dpt memberi maklumat lbh lanjut.thanks

  3. dear sir;as u know we r heavily sriken with flood water.we r helpless.need ur cooperation in relief work.plz do something for our shelter.because our houses r ruined.plz help us in this difficult hour.thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s