Latest dari team INSAF Malaysia di Padang, Sumatera

KEDUDUKAN TERKINI ‘TEAM’ INSAF…

AHAD. 4 Okt
Sebaik sahaja pasukan INSAF Malaysia di lapangan terbang PADANG, mereka terus melaporkan diri di Pusat UN dan terus mengadakan mesyuarat koordinasi. Hujan malam itu sungguh lebat dan mencurah-curah. Sebaik sahaja selesai mesyuarat mereka telah merancang bergerak ke PARIAMAN dengan segera awal pagi esok kerana daerah disana rosak teruk.

Sebaik di sana mereka akan terus berhubung dengan Mer-C Indonesia untuk diselaraskan gerak kerja bantuan. Untuk makluman IFRC di PADANG telah mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan ubat sudah mencukupi. Mungkin disini sudah ada terdapat 5 buah hospital yang sudah didirikan iaitu Hospital Perancis, Jepun, Russia, German dan kerajaan Australia. Sedangkan Daerah PARIAMAN rosak teruk. Khemah perlu didirikan terutama untuk di kawasan sekolah. Perhubungan internet masih belum pulih sepenuhnya.
ISNIN 5 Okt
Bertolak ke PARIAMAN. Hujan lebat masih turun tanpa henti. Pasukan INSAF terus bertugas di hospital disini iaitu Rumah Sakit Umum Daerah Pariaman.

Maklumat yang dikeluarkan oleh pihak UN disini:
Di kawasan PADANG PARIAMAN mangsa terkorban adalah seramai 276 orang dan yang hilang 285 orang.

Di KOTA PADANG pula jumlah mangsa terkorban adalah 231 orang manakala mangsa yang hilang 4 orang. Sementara itu jumlah orang yang terkorban di KOTA PARIAMAN adalah seramai 32 orang dan di AGAM pula seramai 32 orang.

Manakala di PERSISIR SELATAN 10 orang telah terkorban, di KOTA SOLOK seramai 4 orang dan di PASAMAN BARAT pula seramai 3 orang.
Jumlah yang dilaporkan terkorban semua adalah seramai 588 orang dan mereka yang hilang seramai 343 orang.

Petang tadi dapat bertemu dengan Bapak Kabupaten Padang PARIAMAN dan Bapak Pemerintah memohon bantuan segera dihantar disini kerana hampir 70% penduduk disini masih belum mendapat bantuan terutama makanan bayi, khemah, selimut dan ubat-ubatan.

1 Comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian

One response to “Latest dari team INSAF Malaysia di Padang, Sumatera

  1. ahnku

    kajian pangaruh kerusakan hutan pada bencana alam…. berikan komentar kamu ya… untuk sebuah inovasi perlindungan alam di http://ahnku.wordpress.com/2009/10/11/cintai-lingkungan-dengan-efisisensi-kertas/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s