Kenyataan Media Insaf Malaysia – 9hb Oktober 2009

2 Doktor Perubatan, Dr Alvin Tan dan Dr Koh Lee Min serta seorang ‘Logistiction’, sdr Ling Ing Hook dari MISI 1- INSAF Malaysia telah berlepas ke PADANG dengan pesawat Air-Asia jam 5 petang tadi dan membawa bersama bekalan ubat-ubatan yang dipesan ‘TEAM’ RAT dari Kota Pariaman.

Mereka akan berada di sana selama seminggu dan akan mengambil alih tanggungjawab ‘TEAM’ RAT yang diketuai Dr Ahmad Abd Wahid yang telah pun berkhidmat selama seminggu di PARIAMAN. Manakala MISI 2 –INSAF Malaysia pula akan bersiap dari sekarang dan dijangka bertolak pada hari Rabu depan dengan bekalan ubat-ubatan, selimut dan makanan bayi yang akan dibeli dari Medan.
Walaubagaimana pun jumlah bekalan Misi Kemanusiaan ini bergantung penuh kepada hasil sumbangan daripada orang ramai.
Sedikit latarbelakang ‘TEAM’ ini ialah Dr Alvin Tan adalah seorang doktor perubatan yang berpengalaman yang telah berkhidmat misi-misi kemanusiaan di Pakistan, Aceh, Sichuan dan Gangsu di China. Sementara Dr Koh adalah doktor prediatic Hospital Selayang dan Sdr Ling dari Perak akan membantu dalam penyediaan bekalan air dan tandas.
SEKRETARIAT MEDIA
INSAF Humanitarian Relief Malaysia
International Social Welfare,Rescue & Humanitarian Relief, Malaysia
9-1, Jalan Setiawangsa 9,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03- 4251 9444 Fax: 03-4252 3813

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s