PENGHANTARAN PASUKAN INSAF MALAYSIA KE KELANTAN

Pasukan INSAF Malaysia (INSAF Humanitarian Relief Malaysia) yang terdiri daripada sdr Azmani Mohd, sdr Mohd Farhan Al-Firdaus, sdr Ahmad Faisal Mohd dan seorang Doktor Perubatan iaitu Dr. Rodzila Rodi akan bergerak ke beberapa pusat pemindahan mangsa banjir di Kelantan pagi ini. Pasukan ini akan mendirikan ‘mobile clinic’ dan menyediakan rawatan percuma kepada mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat berkenaan.

Pasukan ini akan berada selama 5 hari dengan menaiki 2 buah kenderaan pacuan empat roda dan dijangka ke kawasan seperti pusat-pusat pemindahan mangsa banjir di Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai. Seperti biasa INSAF Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan dalam misi bantuan kemanusiaan ini.

INSAF Malaysia ingin turut mengucapkan kepada ribuan terima kasih kepada YB Hee Loy Sean, Ahli Parlimen PJ Selatan, Dr Azizan Abdul Aziz dari Klinik Husin, Klinik Famili TTDI dan syarikat Kontra Pharma (M) Sdn Bhd yang telah menyumbang keperluan ubat-ubatan dan kemudahan pasukan INSAF Malaysia dalam misi kemanusiaan kali ini.

INSAF Malaysia sangat berharap dan sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin turut menyumbang apa bentuk rupa bantuan dalam program misi kemanusiaan yang dijalankan INSAF Malaysia dari masa ke semasa. Semua bantuan bolehlah disalurkan terus ke akaun kami di CIMB Bank dengan nombor seperti berikut: 14350004893051.

10 November 2009
SEKRETARIAT MEDIA
INSAF Humanitarian Relief Malaysia

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s