Menghantar Khairil ke border

Pagi tadi, aku bertemu dengan sifu Humanitarian aku, Sdr. Khairil Anuar Khalid.  Aku tolong hantar Khairil ke Bukit Kayu Hitam.

Dia dalam misinya yang tersendiri di Thailand, kemana dia pergi dan kerana apa biarlah menjadi rahsia.

Pertama kali aku bertemu Khairil ialah ketika aku menjejakkan kaki aku di Lapangan Terbang Tashkent, Republik Uzbekistan.  Masa tu dia “heavy smokers”, dia suka hisap Marlboro.  Ketika first time aku masuk pejabat, Khairil dah mula torture aku dengan semua dokumen-dokumen UN, UNHCR dan peta Uzbekistan.  Dia nak aku hazam semuannya dalam tempuh seminggu.  Itu cerita hari pertama aku jadi humanitarian ditempat orang.

Uzbekistan nie, tulisannya semua dalam bahasa Russia, aku pulak tak de pendedahan langsung sebelum pergi, jadinya memang buta huruf dibuatnya.  Pun begitu, Khairil lanyak aku gak dia suruh pi naik metro (underground) dan tramvai (trem) pegi rumah dia.  Aku duduk di Chilanzar, dia duduk di Marksim Gorki.  Jauh tu… mahu dekat 10 stesen lebih – siap kena interchange stesen lagi.  Kadang-kadang kena tahan dengan Polis kat metro tu.  Bila kena tahan, Polis tanya:-

“Kakoi strana?” – Negeri mana

“Malaysia” jawab aku

“Shto?” apa dia kata Polis

“Iz Malaysia” dari Malaysia…

“Militia?” askar? kata polis

“Nyet… Malaysia – Kuala Lumpur” tak… dari Malaysia – Kuala Lumpur

“smatret minya pasport” hah tengok pasport aku kalau tak caya

“dawai” bukan dawai kokot tapi dawai tu cam “bak sini”

dia pun tengok atas bawah – depan belakang

“rabote ili student zdis” kat sini awak kerja ke belajar

“ya izuchal” – saya belajar

“gde” kat mana tanya polis lagi

“tam… UZGUMYA – Uzbekistan Gasudarstava Miravoyezikov” aku belajar kat situ, kat Universiti Bahasa-bahasa Dunia, Tashkent.

“Xarasho” Harasho – bagus… kata polis

Lepas tu selalu polis cam biasalah… malas aku nak tulis, tapi aku selalu bantai aku student tarak duit… hihihihi, aku simpan kat poket lain sebenarnya.

Balik pada si Khairil,kami jarang-jarang berjumpa, terutama bila dia bertugas di Bosnia, aku balik duduk Malaysia stand-by je, jaga isu Rohingya dan Chechnya.   Tapi bila kami berjumpa, wave-length tu masih sama lagi…

Ada banyak hal kami bersetuju, dan ada banyak hal gak kami bertelagah.  Tapi semuannya kami selesaikan secara musyawarah.

Anyway, aku dan isteri aku memang admire Khairil dan isterinya, Kak Hashimah.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

p/s gambar tu semasa kami di salah sebuah taman di Tashkent, depan Hotel Uzbekistan.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s