Apa yang susahnya nak tangkap penjual VCD Haram @ cetak rompak?

Malam tadi saya ke pasar malam di belakang Stesen LRT Setiawangsa.  Dah lama tak singgah di Pasar Malam kawasan Kuala Lumpur.  Saya suka cari Apam Balik, Yong Tau Foo dan Bihun Sup di Pasar Malam.

Disesetengah tempat di Kuala Lumpur, pasar malam sudah didoniminasi oleh pendatang asing (bukan pendatang haram).  Merekalah yang memeriahkan pasar malam kebelakangan ini.

Saya suka tengok gelagat penjual VCD, kebiasaannya tokey nie akan bawak kereta dan letak kat kawasan terhampir dengan kawasan pasar malam – kereta tu pulak bukan van cabuk cam SB selalu guna tu, tapi kereta canggih-manggih.

Setiap penjual nie pulak akan disediakan set walkie talkie tersendiri.  Diaorang ada channel sendiri.  Meja untuk display VCD pun jenis mudah alih (mobile), kalau kena serbu – senang nak lipat dan ringan untuk dibawa lari.  Di seseparuh tempat atas meja nie ada alas kain – kalau kena rush – diaorang tarik kain dan terus ponjotkan VCD tu.

Stail lain, VCD spare nie diaorng letak dalam kotak – dan kotak tu diaorang letak kat lot peniaga lain kat pasar malam tu… sapa yang nak gaduh dengan budak-budak jual VCD nie? VCD yang ada atas meja tu display je, kekadang kotak dengan sampul je, isinya tulah yang duduk dalam kotak spare tu.

Lebih menarik, bila penguatkuasa konon-konon nak buat serbuan – biasanya bila diaorang sampai semua budak penjual VCD dah cabut lari… dan kita tahu kat mana diaorang sembunyikan VCD tu, tapi pegawai penguatkuasa tak nampak-nampak jugak kat mana diaorang simpan… tu yang menarik tu… sebenarnya kalau nak tangkap penjual VCD nie, pasang budak pengakap yang baru ada “tenderfoot” pun dah boleh.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s