Monthly Archives: January 2010

JUAL rakyat atau JUARA rakyat?

JUARA RAKYAT atau JUAL RAKYAT?

Apalagi nak dikelentong pada rakyat kali ini?

Tapi pelik juga di negara satu Malaysia nie, dah kena kelentong berkoyan-koyan pun masih lagi nak percaya dan nak ikut. Bagaimana nak jadi juara rakyat kalau asyik tipu rakyat dengan kenaikan harga barang.

Minyak naik, tepung naik, beras naik, roti naik, ayam naik, tambang naik, petrol naik, tariff naik segala macam benda naik. Barang keperluan pulak ada yang tak cukup stok, ada yang habis terus bekalan, nak beli kena ada kuota.

Juara rakyat kah dengan membaiki rumah rosak setelah bertahun-tahun rakyat merintih? Juara rakyatkah dengan tiba-tiba je nak naik bas dan LRT bersesak-sesak dengan rakyat. Cukupkah gimik mudah dan murah nie? Juara rakyatkah dengan mendokong anak kecil dan mengusap kepala anak kecil yang ibu dan bapanya sengsara mencari nafkah dalam sistem yang sentiasa menindas penduduk marhaen?

Kalau betul juara – baikilah lif rumah pangsa yang ada diibukota. Kalau betul juara – hapuskan semua tol yang membebankan rakyat. Kalau betul juara bantulah usahawan kecil untuk bersaing. Kalau betul juara bangunkan daerah dan negeri dengan saksama bukannya mengikut siapa ahli Parlimennya. Kalau betul juara – hadapkan saja penjarah-penjarah harta rakyat.

Kalau betul mahu jadi juara, mahu jadi juara dalam menangani rasuah… bawa saja tengkuk-tengkuk yang perlu dipenggal itu ke muka pengadilan, bukannya leher sang cacing atau sibilis tetapi sang naga dan jerung yang sentiasa menindas dan mengkhianati negara. Kalau betul nak jadi juara rakyat – keluarkan segera siapa yang hilangkan enjin jet, bukannya sarjan tu… Betul ke nak jadi juara rakyat atau nak jual rakyat je…

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Advertisements

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Kedah Memang Mundur – apa nak dimalukan?

Kedah memang mundur…

Apa yang kita nak marahkan Shafie Apdal tu?  Betul apa yang dia cakap.  Dia datang dari satu tempat yang serba serbi membangun – serba serbi cukup… tempat yang semuannya Sempoerna.  Sebab tu dia tahu apa yang dikatakan sebagai mundur.  Dia kan seorang menteri, mana boleh menteri cakap benda yang tak ada bukti…

Cuba korang check sejak dia dilantik oleh UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah… berapa puluh kali dia balik ke Kedah nie… tu yang dia faham dan tahu segala hati budi dan isi perut negeri Kedah…  Hebat nie, mana ada ramai orang macam nie kat Malaysia…

Yang dia cakap mundur tu ikut pengalaman dia, kan dia orang terpelajar.  Dia cakap tu ikut apa yang dia lihat dengan mata kepala dia, yang dihidu dan disedut dengan hidung dia, yang didengar menerobos ikut telinga dia, yang dijilat dan dilapah dengan mulut dan lidah dia.  Tak boleh salahkan dia.

Dia cakap tu semua kerana dia faham, Kedah nie mundur lagi, walaupun Kedah pernah lahirkan dua perdana menteri, tapi Kedah masih mundur lagi.  Walaupun Kedah negeri jelapang padi, boleh buat makanan asas sendiri – Kedah masih mundur lagi.  Walaupun Kedah ada Pulau Langkawi yang terkenal tu, siap ada LIMA setiap tahun pun Kedah masih mundur lagi.  Walaupun ada rangkaian lebuhraya hebat menjalar hingga ke sempadan negara Thailand, Kedah masih mundur lagi.  Walaupun berpuluh-puluh tahun UMNO memerintah, ada lagi ramai lagi orang Kedah yang hidup merempat di tanah sendiri.  Walaupun berpuluh-puluh tahun mengundi Barisan, masih ada kawasan yang tak de bekalan air bersih dan letrik, ada yang membesar tanpa melihat tiang letrik… Kemunduran Kedah itu memang warisan dari Barisan.

Selalunya bila turun ke Kedah, dia akan pergi ke kawasan DUN dan Parlimen yang UMNO menang, aktiviti yang diaorang selalu buat apa lagi kalau tak bagi basikal, duit ringgit, beras, gula, minyak, kain pelekat dan trend terbaru yang wanita dan puteri dok guna ialah bagi bubur assyura… hahahaha..  Kalau tolong buat rumah pun bukan duit UMNO tapi duit penaja, duit kontraktor dan duit dua tiga kerat businessman yang menumpang teduh dibawah pelbagai skim.  Korang perasan tak, UMNO selalu bagi beg sekolah tapi tak pernah bagi buku… hihihi depa mana hargai ilmu pengetahuan sangat.  Dah jadi trend sesetengah orang politik tu untuk biarkan beberapa orang kampung hidup melarat, nanti senang nak tunjuk kat media bila tiba musim Raya dan pesta bersedekah.

Jadinya – aku sokong kenyataan Shafie tu, memang Kedah mundur – mundur yang diwarisi dari Barisan.  Ustaz Azizan dan exconya, yang pada aku antara adunan exco Kedah yang terbaik – doktor ada, insinyur ada, ahli perniagaan ada, pensyarah ada – pastu yang boleh cakap banyak bahasa pun ada… bertungkus lumus nak bangunkan negeri ni…. hang sorang je meraban tak tentu pasai.  Kot nak jadi JUARA RAKYAT pun… cakap tu biaq ada bukti kukuh, kat sini tak mainlah seret-seret tilam.

Shafie, aku rasa hang elok pi pekena laksa Telok Kechai dulu biaq luluh hang punya bingai tu.

Shahrul Peshawar, maaf lah… kasaq sikit… almaklum kawasan munduq.

2 Comments

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Umno bukan Kerajaan…Ahmad Maslan keliru

Aku sekadar nak ambil petikan kenyataan Ahmad Maslan yang aku tebal dan merahkan kat bawah.

DSAI mengatakan dalang dalam isu kalimah ALlah ini ialah BN & UMNO, Ahmad Maslan lak kata kerajaan tak terlibat.  Dia fikir UMNO tu kerajaan.  UMNO bukan kerajaan, UMNO hanya parti yang menang dan memerintah.  Di lima buah negeri UMNO terperosok. Kerajaan di negeri-negeri tu diperintah oleh parti selain UMNO.

Berapa banyak sekolah yang didirikan oleh UMNO?  Tak ada.  Yang ada sekolah yang didirikan oleh kerajaan.  Tapi cuba kita lihat berapa banyak sekolah yang didirikan oleh PAS, banyak – melambak-lambak.

Berapa banyak hospital yang didirikan oleh UMNO? Tak ada.  Semua kerajaan yang dirikan, tapi yang dapat faedah kontrak pembinaan tu memanglah ramai ahli UMNO.  Ini jelas menunjukkan, kalau takde jentera dan bajet Kerajaan, UMNO kekal jadi parti demonstran malah lebih melarat lagi daripada parti-parti lain.  Yang jelas umno hanya menunggang kerajaan yang ada sekarang ini.

Kesimpulannya, senang aje,  Cik Ahmad Maslan, Anwar kata umno, dia tak kata kerajaan.  Kenapa pulak cik Ahmad Maslan gelabah tak tentu pasal?  Orang yang makan cili tentu dia akan rasa pedasnya, walaupun dia pura-pura tak makan cili – wakakakakakakaka.  Pertahan nama ALlah tapi tak nak tegak ayat-ayat ALlah. Nak guna nama ALlah tapi apa ALlah suruh tak nak ikut… apalah punya bebal.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Anwar tuduh melulu

SHAH ALAM – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak menuduh UMNO/Barisan Nasional (BN) sebagai dalang dalam isu kalimah Allah.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan Anwar tidak cerdik kerana hanya berpandukan kepada ‘khayalannya’ semata-mata mahu menarik sokongan rakyat kepada parti itu.

“Beliau (Anwar) boleh beceramah di mana-manapun tetapi jangan tuduh sebarangan. Saya nafikan kerajaan terlibat dalam kegiatan mereka-reka isu ini, bukan kerja kita. Tuduhan Anwar itu tidak cerdik.

“UMNO dan BN tidak pernah timbulkan isu sensasi sehingga menyebabkan rakyat susah. Kalau tidak, untuk apa kerajaan terpaksa bersusah payah mengeluarkan peruntukan yang besar untuk membaiki geraja dan menjaga keselamatannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar ketika berceramah di Dewan Badminton Cina, Kalumpang di sini, malam kelmarin bahawa UMNO-BN sengaja mencetuskan isu kalimah ‘Allah’ untuk memusnahkan kerjasama dalam Pakatan.

Anwar berkata, UMNO juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara itu dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan bukan Islam,” katanya.

Sementara itu Ahmad berkata, isu kalimah Allah timbul apabila penerbit akhbar Herald-The Catholic Weekly, Tan Sri Murphy Pakiam mengambil tindakan mahkamah setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penggunaan kalimah itu dalam penerbitan mereka.

“Dia mestilah ambil tindakan undang-undang sebab dia mewakili agama dia, kalau ada dakwaan kerajaan kuasai sistem kehakiman kenapa pula Felda kalah dalam kes mahkamah? Ini menunjukkan sistem kehakiman kita bebas,” katanya.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Bersatu untuk tentang akhbar promosi JUDI

Mungkin kah?

Saya harap adalah juga NGO yang akan tampil kedepan dengan segala tenaga dan kekuatan untuk menjuarai isu yang saya sebutkan ini.  Bukan apa, dalam hal kalimat “ALlah” baru-baru ini, beberapa NGO menyatakan bahawa kerisauan nantinya ialah takut-takut kalimat “ALlah” ini akan digunakan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pengetahuannya dan memesongkan sesetengah umat Islam.

Walaupun begitu, ada sebahagian pula berpendapat penggunaan kalimat “ALlah” untuk penganut agama Samawi (Kristian & Yahudi) dibenarkan tetapi tidak boleh digunakan untuk agama @ kepercayaan selain daripada itu.  Kita tinggalkan isu ini dulu untuk cerdik pandai yang ada didalam negeri yang satu ini.

Apapun, yang saya tahu semua pihak bersetuju bahawa JUDI adalah diharamkan dalam Islam, justeru marilah kita mulakan pula perang keatas JUDI secara berperingkat.  Peringkat pertama nie biarlah kita tumpukan kepada benda yang boleh kita kawal.  Kita boleh kawal akhbar sebenarnya… sepertimana kita haramkan iklan arak dalam akhbar berbahasa Melayu, serupa itulah kita boleh laksanakan pada hal ehwal JUDI.  Kita paksa (force) syarikat akhbar untuk haramkan juga iklan JUDI (keputusan ekor, ramalan nombor dan sebagainya).  Mufti, Pengarah Jabatan Agama, Menteri-menteri, Ahli-ahli Politik, pembela-pembela nasib Wanita, persatuan agama, persatuan politik, individu dan sebagainya.

Kita boleh gembleng semua NGO yang turut berjuang untuk kalimat “ALlah” baru-baru nie, tak perlulah saya namakan NGO-NGO nie semuannya untuk perkara ini.

Kesan buruknya pemaparan elemen JUDI dalam akhbar berbahasa Melayu adalah ianya menjadi penggalak ataupun pemangkin kepada peningkatan gejala JUDI dikalangan anak-anak muda dan remaja berbangsa Melayu.  Soal bangsa lain juga terlibat dalam JUDI adalah isu lain, kita tumpukan dulu pada anak Melayu yang pastinya Islam.

Saya tinggalkan anda semua disini untuk memberikan komen dan cadangan, saya fikir dalam peringkat ini, saya boleh mencari jalan untuk menggerakkan kempen menentang akhbar JUDI ini diseluruh negara dengan cara yang tersendiri tetapi jauh disudut hati, saya mengharapkan ada NGO atau persatuan atau gerakan umat Islam yang prihatin dapat tampil dan menjadi JUARA dalam isu ini… ini bukan ISU saya dan bukan juga isu ANDA, tetapi ianya adalah isu KITA semua… mungkin boleh fikirkan kot pandangan insan kerdil-saya ni.

SHAHRUL PESHAWAR

Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.

(Surah Al-Baqarah: 219)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al-Ma’idah: 90)

Dan firmanNya yang lain:

Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.

(Surah Al-Ma’idah: 91)

6 Comments

Filed under Di Minda Saya, Kempen-kempen

ISU YBK – Bagi ajelah laporan audit tu kalau korang ada. Kalau Tak ADA katalah Tak ADA.

KENYATAAN MEDIA

12 JANUARI 2010

KERAJAAN NEGERI MAHU LAPORAN AUDIT KEWANGAN YBK

Kerajaan Negeri Selangor menyeru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membuat laporan audit yang memperincikan perjalanan kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberikan untuk menjalankan program membasmi kemiskinan.

Mengikut pemantauan Kerajaan Negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbiran selama lima tahun ini dan bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan.

Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.

Kerajaan Negeri berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha ini bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang rencanakan boleh memberi manfaat kepada golongan miskin.

Perkara ini mungkin tidak timbul dahulu kerana pentadbiran terdahulu dibawah Kerajaan Barisan Nasional tidak memberi keutamaan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban  sehingga ada aduan yang mengatakan program YBK berbaur kepentingan politik dan tidak berlandaskan keperluan atau kemiskinan.

Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang berusaha supaya program membasmi kemiskinan oleh YBK dijalankan dengan baik agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama atau sentimen politik.

Atas sebab itulah pada 20 Oktober lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara Exco Kebajikan sebagai anggota lembaga.

Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini dibangkitkan sekarang kerana sesetengah pihak yang berkepentingan khuatir pengambilalihan ini akan merugikan mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian supaya nasib semua rakyat miskin akan terbela.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Setiausaha Politk Kepada Dato’ Menteri Besar Selangor.

Leave a comment

Filed under Kenyataan Media

KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
 Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Selama berabad-abad  negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang  terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay  States)  ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.  Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.   Faktor kunci kejayaan ini  tidak lain adalah sikap ramah  bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”.   Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini  menikmati  kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.   Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan,  juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini.  Memang  dalam sejarahnya  Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam.    Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.  Justeru,  kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing.  Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya.   Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak   diusek atau diganggu.     

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam.   Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah  dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.   Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan  dan pendirian orang lain.   Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam. 

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya,  Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin.   Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain  Allah (Yang Maha Esa).  Hanya Dia yang bernama Allah,  nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya,  tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri.   Ia adalah al-Ism al-A`zam,  Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud.    Ia adalah nama yang merujuk  Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.  Sebagai nama khusus-Nya,  ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain.  Kerana  kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah  lalu disebut asma’u ‘Llah  (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya,   Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur.    Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai  nama khas (`alam)  yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya,  dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya.   Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya,  jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.  Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap  dan muktamad,   definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas,  Katakanlah:  Dia-lah Allah,  Yang Maha Esa.    Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.  Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.  Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”.    Penurunan  surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta  Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya.  Kerana itu surah ini bermula dengan kata  Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan  definisi tentang Allah.   Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik,  nama yang menolak syirik,  dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan).  Kerana itu surah ini disebut juga dengan  nama Suratu ‘t-Tawhid.  Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya.   Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah  “…a Personality”,  bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama  Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.   Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik,  termasuk faham al-tathlith atau trinity.    Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.    Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya,  lalu bagaimana mungkin  mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid  akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung  ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya?  Selama ini,  sejak ratusan tahun,  tanpa memakai nama Allah,  para penganut Katolitik telah  dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.  Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya,  malah telah dikembangkan tanpa masalah.   Lalu kenapa sekarang isu  ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif.  Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini.   Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.  

Rasanya wajar sekali  kita merenung  kata-kata Gopal Raj Kumar  yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.  Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.  Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes)  without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of  a good Catholic education.  Wrong!  It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church  has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.  It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself.  On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever  as a monument to its credo, rather than for the blemishes  in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon. wordpress. com/about/).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin.  Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya.  Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.  Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”,  selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi.   Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya.  Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu,  zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi  Melayu.    Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan,  tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society.   Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu  dilakukan atas nama “…cultivating the waste and barren soil of the native mind”.    Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,  termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu.  Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat  Abdullah Munsyi.  Bagaimanapun  orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.  Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu”  yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini,  era membina kesatuan dalam kepelbagaian.  Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari,  dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.  Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di  luar Malaysia tidak semestinya relevan  dengan masyarakat kita.   Isu ini harus dilihat secara kontekstual.  Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.  Fiqh kita  mengambilkira  `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah  mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.   

 

2 Comments

Filed under 1, Kenyataan Media

USE of Word ALlah

Media Statement

USE OF WORD “ALLAH”

We refer to our previous statement dated 22 November 2009 pertaining to the above matter. Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA), Parti KeADILan Rakyat once again would like to affirm our view on the issue.

It is our view that the wish of the non-Muslims to call their God as “Allah” is a positive turn of events and should respectably be recognized. There is no necessity for any faction in the society to take advantage of the current circumstances and turn the dispute into a narrow political propaganda to show off as if they are really the champion and guardian of Islam in this country.

Certainly, we view this phenomenon as a manifestation of the inherent human nature to reckon that this universe is undoubtedly the creation of Allah.

If indeed thou ask them who it is that created the heavens and the earth, they would be sure to say: “Allah.” … (Az Zumar 39:38)

It is without doubt that to worship and glorify Allah as the God is a fundamental right of every person. This is parallel to the provision of the Federal Constitution, Article 3(1) which guarantees the status of Islam as the Official Religion of the Federation while at the same time concedes that other religions may be practiced in peace and harmony. Unmistakably, it is also consistent with the recently affirmed Declaration of Understanding of the Pakatan Rakyat.

Additionally, we are of the opinion that the strive to advocate virtues and prevent misdeeds (amar makruf nahi mungkar) will be eased. Allah says:

Say: “O people of the Book! come to common terms as between us and you: that we worship none but Allah; that we associate no partners with Him; that we erect not from among ourselves Lords and patrons other than Allah.” If then they turn back, say: ye! “Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to Allah’s will).” (Ali Imran 3:64)

Therefore, to maintain harmony and peace it is crucial for all parties to resolve the conflict by encouraging the culture of interfaith discourse with the highest level of maturity and wisdom. Allah commands:

Invite (all) to the way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth, best who have strayed from His Path, and who receive guidance. (An Nahl 16:125)

And dispute ye not with the People of the Book, except with means better (than mere disputation) unless it be with those of them who inflict wrong (and injury): but say “We believe in the Revelation which has come down to us and in that which came down to you; Our God and your God is one; and it is to Him we bow (in Islam).” (Al Ankaboot 29:46)

PROF DR MUHD NUR MANUTY
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
06 Januari 2010

2 Comments

Filed under Kenyataan Media