Lepas isu Raja-ketuanan Melayu-kepala lembu-chin peng- sekarang kalimah ALlah pulak…

Dulu sibuk isu derhaka pada Raja – rakyat tak main isu nie, semua tahu isu Raja ni gempaq dari BN je, terutamanya UMNO yang kehabisan modal…

Lepas tu, timbul isu Ketuanan Melayu pulak.  Puaslah UMNO nak yakinkan rakyat bahawa kontrak sosial tu sebenarnya Ketuanan Melayu agar orang bukan Melayu sedar dan akur…. hmmm tak leh pi gak…

Jadilah pula isu Kepala Lembu di Shah Alam tempohari – ramai tunjuk terror nak jadi hero – semua tahu ini game UMNO gak – terus merudum isu nie…

Timbul pulak isu Chin Peng sekali lagi – nak bangkitkan sensitiviti orang Melayu-Islam.  Dedahkan kejahatan komunis, keburukkan dan segala macam tentang Chin Peng dari perspektif diaorang, tapi bila kita minta Chin Peng balik dan buat pengakuan dan ceritakan apa sebenarnya berlaku – jadi gelabah dan tak kasi dia balik… hinggakan ada MP Pakatan pun bengong sampai nak bunuh Chin Peng..

Sekarang, isu Kalimah ALlah, saya suka sangat kenyataan YB Mahfuz – Amal Rasuah tapi sibuk nak bela kalimah ALlah.  Sudahlah, isu nie memang sensitif tapi orang Melayu dan Islam di Malaysia dah ramai yang sedar.  Orang UMNO sibuk marah orang Kristian nak guna kalimah ALlah yang korang celebrate Krismas sekali tu kenapa tak marah pulak?  Yang korang rembat harta rakyat, harta wakaf, harta kerajaan, hasil bumi, dsbnya.. tu ISLAMIK lah sangat?  

Korang pergi kat Twin Tower Petronas, pergi kat mana-mana tandas – diaorang ada BESAR punya cermin – pergilah tengok muka korang kat situ…

SHAHRUL PESHAWAR

7 Comments

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

7 responses to “Lepas isu Raja-ketuanan Melayu-kepala lembu-chin peng- sekarang kalimah ALlah pulak…

  1. minda_budaya

    dari sudut persepsi pendekatan linguistik, jika perkataan allah ini dipersembahkan atau ditampilkan di dalam ejaan rumi yang secara am hanya merujuk kepada makna tuhan iaitu sesuatu yang lebih baik dari manusia dan berkuasa terhadap alam dan nasib, adalah sepatutnya boleh digunapakai dan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan mudarat atau kekeliruan.
    akan tetapi jika ianya adalah laskar allah dalam ejaan jawi atau lakaran dalam bentuk bahasa arab dan seperti yang dapat dirujuk di dalam bahasa al-quran, yakni yang lebih merupakan simbol rohaniah dan logo umum yang merujuk terus kepada allah, tuhan agama orang islam yang esa, itu sepatutnya tidak boleh dikomersilkan oleh penganut agama lain dan wajar dikawal penggunaannya.

    kata minda_budaya

    • shahrulpeshawar

      benar kata tuan dan saya setuju.

      • org sbh yg heran..

        smue jiwa d muka bumi ini tak kira islam or kristian or whatever..adalah layak memenggil nama Allah sang penciptanya…tdkkah anda2 smue brsyukur apabila si umat manusia berdoa memenggil Allah pncipta kamu juga pencipta kami utk memohon prtolongan drpd Nya..???

  2. Dah beribu tahun digunapakai di seluruh pelusuk dunia…….baru kini nak diharamkan???
    Kalau nak haramkan….haramkan penggunaan di seluruh dunia.

    Lid

    p/s jangan pakai kopia sbb Pope Benedict pakai kopia

    • Non Bumi Muslim

      Assalammualaikum,

      Dewasa ini kita dapat melihat ramai orang islam yang dikatakan sangat adil kepada semua etnik kaum ataupun bangsa dan cenderong kepada pihak bukan islam sehinggakan agama sendiri pun tidak dibela dengan alasan tidak extrem dan mengasihni golongan minoriti. Mereka ini hanyalah manusia yang tidak mempunyai pendirian terhadap akidah sendiri dan hanya menjurus kepada kepentingan sendiri dengan bermotifkan politik semata-mata sehingga sanggup meletakkan agama dan bangsa ditempat yang hina. Apabila orang islam di kacau dipersendakan, mereka inilah akan berkata, ‘Orang bukan Islam di negara ini dan itu dah lama mengunakannya” Tetapi mereka lupa yang sebenarnya mereka berdiri dan bernafas di bumi bertuah ini MALAYSIA, BUKAN DI BUMI DIMANA TERDAPAT BANYAK KEGANASAN YANG TIDAK DAPAT DIBENDUNG DI MANA MALAYSIA INI ADALAH JAUH SANGAT BERBEZA KEADAANNYA, SUASANANYA, BUDAYANYA DAN ORANGNYA JUGA BERBEZA. Wahai orang yang berilmu dan cerdik pandai dan para perjuang agama bangunlah anda
      TINGGALKAN SEGALA PERMAHAMAN POLITIK, BERSATULAH ANDA DEMI AGAMA ISLAM, TINGGALKAN MANUSIA YANG HANYA PENTINGKAN DIRINYA SAHAJA YANG SANGGUP MENJUAL NEGARA DENGAN MENJAJA SEGALA KEBURUKKAN NEGARA DISEBABKAN KECEWA DENGAN KERJAYA POLITIK YANG TIDAK MENJADI. Ingatlah tiada siapa yang akan membela agama Islam, melainkan Orang Islam itu sendiri (Melayu).
      Ingatlah ini adalah serangan pihak kafir yang sengaja bermain api kemarahan umat islam dengan tujuan yang sangat jahat. Dan ingatlah isu panas yang terbaru ini BUKAN DITIMBULKAN OLEH ORANG ISLAM TETAPI OLEH ORANG KAFIR KRISTIAN!!!!. Sedarlah wahai Melayu……..

      Yang benar,
      Non Bumi Muslim

  3. ALLAH YANG MAHA BESAR,ALLAH YANG MAHA BERKUASA,ALLAH YANG MAHA PEMURAH, SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH SERU SEKIAN ALAM,KALAU SAYANG DAN TAKUTKAN ALLAH, KENAPA TAK LAKSANAKAN UNDANG UNDANG ISLAM? HUKUMAN SEBAT KARTIKA PUN TAK SETTLE LAGI.

    • shahrulpeshawar

      Politik yang tidak terkawal amat bahaya. Matlamat politik itu lebih diutamakan dari segala-galanya. Agama dah jadi no 2. Isu akidah atau isu ajaran Islam dilihat dari sudut keuntungan politik.

      Pertahankan nama ALlah itu usaha mulia tetapi tegakkan kalimah ALlah melalui perlaksanaan ayat-ayat ALlah adalah tuntutan sebenar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s