Kedah Memang Mundur – apa nak dimalukan?

Kedah memang mundur…

Apa yang kita nak marahkan Shafie Apdal tu?  Betul apa yang dia cakap.  Dia datang dari satu tempat yang serba serbi membangun – serba serbi cukup… tempat yang semuannya Sempoerna.  Sebab tu dia tahu apa yang dikatakan sebagai mundur.  Dia kan seorang menteri, mana boleh menteri cakap benda yang tak ada bukti…

Cuba korang check sejak dia dilantik oleh UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah… berapa puluh kali dia balik ke Kedah nie… tu yang dia faham dan tahu segala hati budi dan isi perut negeri Kedah…  Hebat nie, mana ada ramai orang macam nie kat Malaysia…

Yang dia cakap mundur tu ikut pengalaman dia, kan dia orang terpelajar.  Dia cakap tu ikut apa yang dia lihat dengan mata kepala dia, yang dihidu dan disedut dengan hidung dia, yang didengar menerobos ikut telinga dia, yang dijilat dan dilapah dengan mulut dan lidah dia.  Tak boleh salahkan dia.

Dia cakap tu semua kerana dia faham, Kedah nie mundur lagi, walaupun Kedah pernah lahirkan dua perdana menteri, tapi Kedah masih mundur lagi.  Walaupun Kedah negeri jelapang padi, boleh buat makanan asas sendiri – Kedah masih mundur lagi.  Walaupun Kedah ada Pulau Langkawi yang terkenal tu, siap ada LIMA setiap tahun pun Kedah masih mundur lagi.  Walaupun ada rangkaian lebuhraya hebat menjalar hingga ke sempadan negara Thailand, Kedah masih mundur lagi.  Walaupun berpuluh-puluh tahun UMNO memerintah, ada lagi ramai lagi orang Kedah yang hidup merempat di tanah sendiri.  Walaupun berpuluh-puluh tahun mengundi Barisan, masih ada kawasan yang tak de bekalan air bersih dan letrik, ada yang membesar tanpa melihat tiang letrik… Kemunduran Kedah itu memang warisan dari Barisan.

Selalunya bila turun ke Kedah, dia akan pergi ke kawasan DUN dan Parlimen yang UMNO menang, aktiviti yang diaorang selalu buat apa lagi kalau tak bagi basikal, duit ringgit, beras, gula, minyak, kain pelekat dan trend terbaru yang wanita dan puteri dok guna ialah bagi bubur assyura… hahahaha..  Kalau tolong buat rumah pun bukan duit UMNO tapi duit penaja, duit kontraktor dan duit dua tiga kerat businessman yang menumpang teduh dibawah pelbagai skim.  Korang perasan tak, UMNO selalu bagi beg sekolah tapi tak pernah bagi buku… hihihi depa mana hargai ilmu pengetahuan sangat.  Dah jadi trend sesetengah orang politik tu untuk biarkan beberapa orang kampung hidup melarat, nanti senang nak tunjuk kat media bila tiba musim Raya dan pesta bersedekah.

Jadinya – aku sokong kenyataan Shafie tu, memang Kedah mundur – mundur yang diwarisi dari Barisan.  Ustaz Azizan dan exconya, yang pada aku antara adunan exco Kedah yang terbaik – doktor ada, insinyur ada, ahli perniagaan ada, pensyarah ada – pastu yang boleh cakap banyak bahasa pun ada… bertungkus lumus nak bangunkan negeri ni…. hang sorang je meraban tak tentu pasai.  Kot nak jadi JUARA RAKYAT pun… cakap tu biaq ada bukti kukuh, kat sini tak mainlah seret-seret tilam.

Shafie, aku rasa hang elok pi pekena laksa Telok Kechai dulu biaq luluh hang punya bingai tu.

Shahrul Peshawar, maaf lah… kasaq sikit… almaklum kawasan munduq.

2 Comments

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

2 responses to “Kedah Memang Mundur – apa nak dimalukan?

  1. at tahrel

    really really good article…sgt sinikal lagi menusuk kalbu

    **suka2 hati dia ja nk cakap…dengaq bolee,pecaya jangann!!!

  2. razman hadi

    Wuuiiih…. ganaih hang noo.. Tak pa biaq depa dengaq sikit apa kita nak akat. Tapi prepare beb, hang dok tulih2 lagu tu Malaysia ni negara demokrasi, bebas bersuara tapi untuk menteri jee…. Orang macam kita kalu tulih lagu tu kot-kot tak ISA, akta Multimedia, tak pun akta hasutan tak pun pejadah apa lagi akta pak dia nak guna tak tau. Maklumlah menteri ni pun munduq akai jugak…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s