Umno bukan Kerajaan…Ahmad Maslan keliru

Aku sekadar nak ambil petikan kenyataan Ahmad Maslan yang aku tebal dan merahkan kat bawah.

DSAI mengatakan dalang dalam isu kalimah ALlah ini ialah BN & UMNO, Ahmad Maslan lak kata kerajaan tak terlibat.  Dia fikir UMNO tu kerajaan.  UMNO bukan kerajaan, UMNO hanya parti yang menang dan memerintah.  Di lima buah negeri UMNO terperosok. Kerajaan di negeri-negeri tu diperintah oleh parti selain UMNO.

Berapa banyak sekolah yang didirikan oleh UMNO?  Tak ada.  Yang ada sekolah yang didirikan oleh kerajaan.  Tapi cuba kita lihat berapa banyak sekolah yang didirikan oleh PAS, banyak – melambak-lambak.

Berapa banyak hospital yang didirikan oleh UMNO? Tak ada.  Semua kerajaan yang dirikan, tapi yang dapat faedah kontrak pembinaan tu memanglah ramai ahli UMNO.  Ini jelas menunjukkan, kalau takde jentera dan bajet Kerajaan, UMNO kekal jadi parti demonstran malah lebih melarat lagi daripada parti-parti lain.  Yang jelas umno hanya menunggang kerajaan yang ada sekarang ini.

Kesimpulannya, senang aje,  Cik Ahmad Maslan, Anwar kata umno, dia tak kata kerajaan.  Kenapa pulak cik Ahmad Maslan gelabah tak tentu pasal?  Orang yang makan cili tentu dia akan rasa pedasnya, walaupun dia pura-pura tak makan cili – wakakakakakakaka.  Pertahan nama ALlah tapi tak nak tegak ayat-ayat ALlah. Nak guna nama ALlah tapi apa ALlah suruh tak nak ikut… apalah punya bebal.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Anwar tuduh melulu

SHAH ALAM – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak menuduh UMNO/Barisan Nasional (BN) sebagai dalang dalam isu kalimah Allah.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan Anwar tidak cerdik kerana hanya berpandukan kepada ‘khayalannya’ semata-mata mahu menarik sokongan rakyat kepada parti itu.

“Beliau (Anwar) boleh beceramah di mana-manapun tetapi jangan tuduh sebarangan. Saya nafikan kerajaan terlibat dalam kegiatan mereka-reka isu ini, bukan kerja kita. Tuduhan Anwar itu tidak cerdik.

“UMNO dan BN tidak pernah timbulkan isu sensasi sehingga menyebabkan rakyat susah. Kalau tidak, untuk apa kerajaan terpaksa bersusah payah mengeluarkan peruntukan yang besar untuk membaiki geraja dan menjaga keselamatannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar ketika berceramah di Dewan Badminton Cina, Kalumpang di sini, malam kelmarin bahawa UMNO-BN sengaja mencetuskan isu kalimah ‘Allah’ untuk memusnahkan kerjasama dalam Pakatan.

Anwar berkata, UMNO juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara itu dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan bukan Islam,” katanya.

Sementara itu Ahmad berkata, isu kalimah Allah timbul apabila penerbit akhbar Herald-The Catholic Weekly, Tan Sri Murphy Pakiam mengambil tindakan mahkamah setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penggunaan kalimah itu dalam penerbitan mereka.

“Dia mestilah ambil tindakan undang-undang sebab dia mewakili agama dia, kalau ada dakwaan kerajaan kuasai sistem kehakiman kenapa pula Felda kalah dalam kes mahkamah? Ini menunjukkan sistem kehakiman kita bebas,” katanya.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s