Monthly Archives: January 2010

Penggunaan Kalimat “ALlah”

Kenyataan Media

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH”

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BIPPA) Parti KeADILan Rakyat sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:

Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Az-Zumar 39:38)

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:

Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Ali `Imran 3:64)

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk” (An Nahl 16:125)

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka), Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri” (Al Ankabut 29:46)

PROF DR MUHD NUR MANUTY
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
06 Januari 2010
Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenyataan Media

Lepas isu Raja-ketuanan Melayu-kepala lembu-chin peng- sekarang kalimah ALlah pulak…

Dulu sibuk isu derhaka pada Raja – rakyat tak main isu nie, semua tahu isu Raja ni gempaq dari BN je, terutamanya UMNO yang kehabisan modal…

Lepas tu, timbul isu Ketuanan Melayu pulak.  Puaslah UMNO nak yakinkan rakyat bahawa kontrak sosial tu sebenarnya Ketuanan Melayu agar orang bukan Melayu sedar dan akur…. hmmm tak leh pi gak…

Jadilah pula isu Kepala Lembu di Shah Alam tempohari – ramai tunjuk terror nak jadi hero – semua tahu ini game UMNO gak – terus merudum isu nie…

Timbul pulak isu Chin Peng sekali lagi – nak bangkitkan sensitiviti orang Melayu-Islam.  Dedahkan kejahatan komunis, keburukkan dan segala macam tentang Chin Peng dari perspektif diaorang, tapi bila kita minta Chin Peng balik dan buat pengakuan dan ceritakan apa sebenarnya berlaku – jadi gelabah dan tak kasi dia balik… hinggakan ada MP Pakatan pun bengong sampai nak bunuh Chin Peng..

Sekarang, isu Kalimah ALlah, saya suka sangat kenyataan YB Mahfuz – Amal Rasuah tapi sibuk nak bela kalimah ALlah.  Sudahlah, isu nie memang sensitif tapi orang Melayu dan Islam di Malaysia dah ramai yang sedar.  Orang UMNO sibuk marah orang Kristian nak guna kalimah ALlah yang korang celebrate Krismas sekali tu kenapa tak marah pulak?  Yang korang rembat harta rakyat, harta wakaf, harta kerajaan, hasil bumi, dsbnya.. tu ISLAMIK lah sangat?  

Korang pergi kat Twin Tower Petronas, pergi kat mana-mana tandas – diaorang ada BESAR punya cermin – pergilah tengok muka korang kat situ…

SHAHRUL PESHAWAR

7 Comments

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Isu ALlah – Isu Aqidah atau tidak?

Adakah perkataan ALlah yang digunakan oleh pihak Kristian pada penerbitan dan syarahan keagamaan mereka akan mencabar dan menggugat aqidah umat Islam?

Atau adakah dengan menggunakan perkataan ALlah nanti – akan ada lebih ramai penganut Kristian melihat kebersamaan yang ada didalam Islam dan memilih untuk bersamanya nanti?

Apakah perkataan ALlah itu hak mutlak umat Islam?  Islam agama sejagat.  Kalau kita biasakan lidah penganut agama lain menyebut ALlah bukankah itu memudahkan lagi dakwah?  Saya tahu tulisan singkat ini bakal mengundang salah faham, kontroversi dan kritikan maha dahsyat – mari kita mulakan sesi percambahan fikiran ini… apakah eksklusifnya nama ALlah ini pada manusia beragama yang taat dengan mereka yang suka mengambil kesempatan, menangguk di air keruh, meniup api permusuhan yang sentiasa membara…

Mempertahankan sesuatu atas nama ALlah dan berdemo atas sepotong ayat – “ALlah” adalah dua benda berbeza.  Orang yang hidup dengan nama ALlah, atas kalimah ALlah, atas kebesaran ALlah tidak akan gelabah hanya dengan penggunaan nama ALlah oleh orang lain…. kerana hakikat dan makrifat nama ALlah itu tidak seperti yang difahami oleh orang-orang awam yang biasa.

Shahrul Peshawar

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah – PAS

Ditulis oleh Harakahdaily
TUESDAY, 05 JANUARY 2010 01:11
KUALA LUMPUR, 5 Jan – PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,” kata kenyataan itu.

PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

“PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam,” katanya lagi.

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti ‘God’ dalam bahasa Inggeris.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang  bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

1 Comment

Filed under Di Minda Saya

Ubah lagi gaya hidup? Kurangkan pengambilan gula?

Kita disaran oleh Bapak segala bapak menteri untuk amalkan hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula… kerana katanya ramai rakyat yang menderita terlebih gula.  Dulu Bapak segala bapak menteri juga pernah suruh kita ubah gaya hidup bila harga barang meningkat.

Rakyat dibodohkan siang hari.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

GULA naik

Kenapa nak terkejut?

Ini bukan tektik baru.  Ini tektik lama, tektik no 42.  Lakukan sesuatu di kala orang ramai sedang sibuk menyambut sesuatu, maka isu ini akan dilupakan.  Ini tektik manipulasi.

Alasan kerajaan bahawa rakyat patut mengurangkan pengambilan gula adalah alasan paling bangang sekali.  Mengurangkan pengambilan gula dengan ketiadaan gula adalah dua benda berbeza.  Saya tidak faham bagaimana Menteri yang berkaitan masih boleh berjumpa dengan orang ramai tanpa rasa malu diatas kegagalannya mentadbir barangan pengguna yang begitu kritikal.

Saya fikir, sebelum Zahid Hamidi nak masukkan GRO dan Ah Long ke dalam program Khidmat Negara – masukkan dulu segala menteri-menteri dan timbalan mereka yang tidak boleh diharap tu terlebih dulu – ke Sidang Parlimen yang dapat elaun pun malas nak pergi inikan pulak nak harap mereka cari kemana hilangnya gula…

Memalukan.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya