UMNO semakin tandus… tandus sumber manusia…

Umno semakin tandus… tandus tahap gaban (ikut bahasa orang muda sekarang)

Umno terima Fairus Khairuddin kembali… Fairus bukan keluar dari PKR dia sebenarnya kembali ke Umno… baguslah dia kembali sekurang-kurangnya dapat dia mempercepatkan proses pereputan Umno tu… Fairus bukannya garam yang akan menahan ikan dari busuk tetapi lalat yang akan mempercepatkan lagi proses pembusukannya.

Jahat betul bunyi tulisan aku nie, tak jahat sebenarnya sekadar nakal je… tak kanlah seorang pendekar tak tahan dengan sindiran?

Ada beberapa persoalan yang perlu kita teropong kanta kan….

1.  Kenapa Fairus kembali ke Umno sekarang?  Adakah betul sebab kalimah ALlah tu?  Kalau betul kenapa lambat sangat? Awat hang tak join demo pemuda dan perkasa hari tu?  Kan ke lebih gempaq kalau join time tu… atau hang pendekar tak berani turun demo? Jawapan tu tak cukup meyakinkan, intelligence hang tak bagi maklumat cukup meyakinkan.

2.  Orang Penanti dan Permatang Pauh mungkin dah kenal Fairus – yang cakapnya berdegar-degar, tak de yang panjang melainkan dia punya, tak de yang besar melainkan dia punya, tak de yang berat melainkan dia punya, takde yang dahsyat melainkan dia punya, tak de yang teruk melainkan dia punya, takde yang berharga melainkan dia yang punya… hahahahahahah TAPI… orang luar Penang tak kenal si Fairus – so DISINILAH peranan Fairus untuk mengelirukan orang MELAYU terutamanya di kawasan yang Umno yang kalah dalam pilihanraya lalu.  Banyak alasan boleh bagi, saya rapat dengan DSAI, saya orang no 2 dalam kerajaan Penang, saya tahu siapa Guan Eng, saya kenal orang itu saya kenal orang ini…  saya cukup pasti Fairus adalah perkakas (gadjet) baru Umno untuk menghadapi Anwar Ibrahim dan menjadi “frontline” berhadapan orang kampung dan orang Melayu. Kan umno nak jadi juara rakyat (juara Melayu sebenarnya)…

3.  Kenapa mesti Fairus keluar dari Gayong Pusaka?  Kenapa Fairus tinggalkan Mahaguru Dato’ Majid?  Bukankah semua Gayong bersaudara dan semua di alam persilatan adalah adik beradik?  Kenapa merendahkan diri kita kerana nafsu melulu?  Fairus telah khianat pada sumpah Gayong itu sendiri. Jelas selama ini Fairus menunggang Gayong Pusaka untuk dirinya sendiri, menggunakan khidmat pengawal peribadi dari kalangan adik-adik Gayong yang mempertaruhkan nyawa mereka demi dirinya sendiri, Fairus tak pernah pedulikan kebajikan budak-budak bodyguard nie, jenguk bagi air sejuk pun tak pernah kalau tunggu depan rumah dia.

4.  Lastly, kalau Fairus cadang nak buat roadshow, fikir-fikirlah sikit… nanti AMK dan orang lain “counter” roadshow tu semula … LONDEH hang nanti… malu, tak kesian kat anak bini? Hang memang tak kesianpun, hang hanya fikir diri hang sahaja.  Aku nak tengok camna Umno nak handle hang dengan “time management” dan “ego darah pendekar” hang tu…

Apapun bro, puzzle umno dekat nak complete dengan kembalinya hang ke situ…

shahrul peshawar – u know me..

3 Comments

Filed under Belasungkawa

3 responses to “UMNO semakin tandus… tandus sumber manusia…

  1. YB Ternanti

    Laaa.. YB murtada tu lupa nak update sumpah dia dalam blog.. maklumlah, blogger ni ramainya yang kaki pangkah UMNO.. kalau dah jadi UMNO ni, blog2 ni tak main la.. (Lebih suka dgn Awang Selamat..)

    p/s: ;) bukan ja terkenal dgn pengelat, silap2 lupa password blog, hahaha..

  2. aziz

    Tulisan kita mencerminkan suci bersih hati kita.
    Tapi nampaknya tulisan tuan ni.. nampaknya berbau niat jahat. Insaf & taubatlah… Tak baik jadi tukang hasut orang.

    • shahrulpeshawar

      en. aziz, artikel nie lama dah saya tulis, sebelum guru-guru kumpulan A dibenarkan “sertai” politik… jadi telahan saya tentang ketandusan sumber manusia tu memang tepat dan saya tidak menghasut sesiapa… yang berbau jahat disini mungkin datang dari pekung yang bersarang didada en. aziz sendiri, cuba check tengok…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s