Pendidikan Seks di Sekolah…

Aku kerap terfikir kenapa pendidikan seks di sekolah semacam menjadi satu masalah untuk diajar.  Masih diperdebatkan.

Reuters pernah menyindir pendidikan seks di Malaysia dengan mengatakan perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu sendiri adalah sebahagian dari pendidikan seks yang ingin diterapkan di Malaysia. (http://blogs.reuters.com/global/2009/07/15/sex-education-again-in-malaysia-thanks-to-the-courts/)

Dalam Islam, pendidikan seks bukanlah sesuatu yang pelik.  Dari kecil kita telah diajar berkaitan seks.  Mana-mana Ustaz atau Ustazah yang ada membaca tulisan aku nie tolonglah betulkan kalau tersalah.

Pendidikan seks nie terangkum beberapa bab didalamnya – antaranya ialah isu jantina, aurat, hak dan tanggungjawab, kesaksian, mahram dan sebagainya.

Pendidikan seks dalam Islam sangat murni, halus dan sistematik.  Ianya bermula dari usia kecil, sejak dari mula lahir.  Anak lelaki diazankan, anak perempuan di iqamahkan… itu permulaannya.

Menjadi lumrah anak-anak perempuan dan lelaki dikhitankan, yang lelaki pastinya tertunggu-tunggu saat ini, takut dan berdebar – anu nak dipotonglah katakan… inilah antara pendidikan seks yang dinamik didalam Islam.

Kemudian, kita semua berhadapan dengan proses aqil baligh.  Aqil baligh bukan setakat cerita mimpi best sahaja, aqil baligh adalah permulaan kepada kehidupan beragama yang sempurna.  Yang perempuan akan diajar lebih dari itu.  Kitaran haid dan seterusnya kepada perkara yang menjurus kearah itu.  Ibubapa yang mempunyai anak perempuan remaja pastinya berhadapan dengan suasana anak remajanya panik melihat darah.  Yang lelaki pula akan ada perasaan malu takut-takut dikata terkencing didalam tidur.

Dalam Islam, kita telah diajar untuk beribadah seseorang itu harus suci dari hadas besar dan hadas kecil.  Apakah dia hadas besar dan apakah dia hadas kecil… Bagaimana hadas ini berlaku dan bagaimana cara ianya dibersihkan.

Dari kecil juga, kita telah diajar mengenai aurat.  Bagi lelaki antara pusat ke lutut. Bagi perempuan seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.  Kita juga diajar perihal mahram, siapa yang kita boleh salam dan siapa yang kalau disalam akan membatalkan wudhu.

Dalam solat, bila kita solat berjemaah, pemisahan jantina akan berlaku pastinya, muslimah (ladies) akan bersolat disebelah kiri dan musliman (gents) akan bersolat di sebelah kanan.  Kalau ada makmum kanak-kanak yang belum bersunat, pastinya dia akan kena duduk di saf paling akhir (adat Malaysia).

Jadinya kalau pendidikan seks yang nak diajar di sekolah tu mengikut acuan BARAT dan kepala hotak sekular, kita akan ajar cara nak buat projek je lah. Cara buat hubungan seks yang selamat, bebas kuman, hygenic, masa yang sesuai dan sebagainya.

Kemudian akan diajar lah pulak kalau termengandung nak buat camana… jangan buat pengguguran, tapi kalau nak buat juga buatlah begini-begini.  Kalau tak sempat, anak lahir jangan dibuang, letakkanlah kat depan masjid ke, pondok bas ke…  Kalau ini ajelah acuan yang nak diajar… tak payahlah anak aku masuk sekolah tu, aku ajar sendiri je kat rumah, cukup masa ambik PMR, ambik UPSR.

Pendidikan seks ni penting, sapa kata tak penting, tapi kita kena tengok bila dan bagaimana nak mengajarnya.  Kalau disebabkan banyakknya kes buang anak, hamil bawah umur, gejala sosial berleluasa maka kita pun nak ajar seks – nantinya kita buat kerja macam BOMBA, ada api pergi padam, bila jadi lagi pergi padam. Tak berkesudahan.

Selagi pintu-pintu kearah maksiat, konsert yang tak jelas hujung pangkalnya – karnival tak karnival, majalah-majalah yang tak ada etika dan moral, semuannya sama naik macam cendawan lepas hujan, makanya tak payahlah buang duit dan masa untuk buat benda nie – tak berfaedah langsung.

Aku harap tidaklah permulaan pendidikan seks tu diajar dengan nota-nota yang ditaja oleh syarikat kondom pulak.  Sebab aku tengok dari menteri, termasuklah pembuat dasar dan pelaksana dasar tu semuannya hampeh, tak menyakinkan aku langsung.

SHAHRUL PESHAWAR

3 Comments

Filed under Di Minda Saya

3 responses to “Pendidikan Seks di Sekolah…

  1. Tahniah! Satu artikel yg segar dan berkesan. Apa lagi? cetak la bnyk2 edar di masjid2 jumaat ni, bg kesedaran sikit kat umat Islam yg tgh celaru la ni.
    Jazakallah!

    • salam, saya suka dengan ulasan dan gaya penulisan anda, edukatif dan sangat menambah kasanah dunia pendidikan, semoga saya bisa mencontoh anda dalam memberikan pemikiran dan saran bagi sesama, semoga sukses selalu.
      @ beasiswa 2010 Indonesia.

  2. cikgu yang ngajar subjek ni mesti dah pro kan..ye lah budak2 skrg pemikiran dorg out of box..pendek kate agama dan iman perlu kuat..betollah, patotnyer pendidikan agama yang patut dititik beratkan..xpe, kte tgok dulu hasilnya macam mana..

    Pendidikan Seks Diterapkan di Sekolah | Perlu atau Tidak??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s