setahun Najib jadi PM…

Aku rasa tak de apa yang berubah walaupun pada peringkat awal Najib naik dia suruh kita semua ubah gaya hidup.

Kita kena kritikal dengan pemimpin negara kita, kerana kita tidak mahu pemimpin yang naik nie ingat kita yang jadi rakyat ni semacam kuli dia je.  Pada kaki bodek dan penjilat yang selalu menghimpit mereka (pemimpin) tu bolehlah diaorang kelentong dan perbodohkan aje, tapi bagi rakyat lain yang celik, bebas, yang ada maruah dan harga diri – no way hoze.

Setahun Najib tadbir Malaysia bererti setahun jugalah Rosmah ikut Najib tadbir Malaysia.

Apa pencapaian sebenar yang rakyat marhain, rakyat jelata, rakyat on-the-ground dapat kecapi?

Harga barang semacam je naik, dah naik tak turun-turun.  Gula, tepung, beras terus-terusan ketiadaan stok dan harga terus naik.  Harga minyak naik.

Kadar jenayah tinggi, terutama kes-kes seperti ragut, pecah rumah dan kecurian.  Ini semua adalah indikator yang jelas menunjukkan rakyat dibawah semakin susah, orang dah mula jadi jahat sebab nak hidup.

Mungkin ada yang kata – Klinik 1 Malaysia sebagai projek sukses yang rakyat bawahan dapat nikmati.  Kalau kita lihat dari kacamata orang biasa memanglah baik, bagus dan dapat bantu rakyat bawahan.  Tapi kalau lihat dari kacamata orang semacam aku – kenapa Klinik nie dapat sambutan gila? (entah ye entah tidak – aku takde statistik) Bukankah sebelum ni kita dah bangunkan banyak klinik luar bandar, klinik desa, hospital dan sebagainya.  Jadi Klinik 1 Malaysia nie apa kejadahnya?  bukankah baik kalau klinik dan fasiliti sedia ada tu diperkemaskan lagi fungsinya, banyak bajet dapat dikurangkan dan lebih ramai yang dapat faedah.

Setahun Najib tercemar dengan rampasan Negeri Perak.  Demokrasi gagal dilaksanakan bilamana ada campurtangan yang cukup hina menafikan pilihan yang dibuat oleh rakyat.

Setahun Najib dikejutkan lagi dengan kehilangan enjin pesawat tempur Angkatan Udara.  Ini bukan kes seorang dua anggota bawahan, tapi ini kes berprofil tinggi.  Kalau betullah sarjan tu boleh hantar enjin sampai ke Uruguay, kita “up” kan sarjan tu jadi Mejar ke.. dan kemudian gunakan dia untuk dapatkan teknologi dari negara luar pulak bagi kegunaan Malaysia.

Tak cukup lagi, setahun Najib menyaksikan kapal selam Scorpene yang pernah dibabitkan dengan wanita Mongolia yang cukup terkenal tu, tak boleh menyelam – ada masalah teknikal.  Nasib baik tak boleh menyelam, boleh timbul aje, kalau tenggelam tak timbul-timbul macam kapal selam Kursk Russia dulu – tak niaya ratusan anak-anak kapal yang diajar bertahun di Perancis dulu yang menelan belanja jutaan ringgit tu.

Setahun Najib memerintah bermakna setahun lagi regim BN memerintah, tapi masih ada lagi kedengaran penduduk miskin melarat, masih banyak kampung takde bekalan air, masih ada kampung takde letrik, masih ada kampung yang takde jalan tar…  Politik bagi basikal, beras, kain pelekat, gula sekilo, beg sekolah, uniform sekolah terus berlaku – ini menunjukkan selama nie pun BN bukan tolong sangat rakyat, jadi apalah sangat yang boleh digagau Najib dalam setahun.

Setahun Najib memerintah yang aku tahu dia ada berbohong.  Mula-mula kata tak pernah jumpa Saiful, lepas tu mengaku Saiful ada jumpa dia, lepas tu dia nasihat Saiful suruh buat report….

Setahun Najib memerintah aku tak tahu apa yang rakyat dapat nikmati melainkan manis janji dengan cerita yang mulus-mulus sahaja.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s